89 👣

190 11 0
                                    

Afnan membukan pintu kereta untuk Rianna.

" apa igt saya takde tangan ke nak buka sendiri? " soal Rianna sambil menjeling Afnan.

" bukan setakat takde tangan tau. Kalau boleh Anan ingat Rian takde kaki. Boleh angkat bawa masuk mall sekali. " jawab Afnan selamba.

Rianna memberikan pandangan tajam.

Afnan hanya tersenyum.

" Afriz, jom! Dah sampaii. " ujar Afnan sambil membukakan pintu belakang.

Afriz hanya menurut lalu turun daripada kereta.

" Afriz jangan jalan sorang2 tau. Bahaya. Afriz jangan lepas tangan Baba. " ujar Afnan memberikan nasihat.

Afriz mengangguk.

" okey baba. Dulu Afriz pun selalu pegang tangan uncle Qimie. Tak lepas pun. " jawab Afriz.

Afnan terdiam seketika lalu memandang Rianna yg membetulkan tudungnya di cermin kereta.

" ekhemmm! Uncle Qimie tu siapa ya afriz?? " Afnan menekankan soalannya sengaja agar di dengari Rianna.

Rianna hanya menjeling.

" Uncle Qimie tu yg dulu selalu jaga Afriz. Dengan Mama Erin. " jawab Afriz.

" mama Erin? " fikir Afnan.

' kebetulan je kot. '

" dahh jom. Kalini biar Baba yg jaga Afriz. Dengan ummie. " ujar Afnan lalu melirik ke arah Rianna.

Mereka bertiga berjalan seiring memasuki Mall.

Afnan membawa Rianna dan Afriz menuju ke luar kawasan Mall yg mempunyai pemandangan pantai.

Rianna hanya mengikut sahaja langkah mereka dari belakang.

Afriz yg teruja dengan pemandangan di situ segera meminta Afnan untuk mendukungnya agar dia mampu melihat pantai tersebut dengan lebih luas dan jelas.

Afnan melakukan seperti apa yg di suruh.

Rianna berdiri di samping Afnan tetapi menjauh sedikit.

Muncul seorang lelaki yg mendekati Rianna.

" hai. " sapa lelaki tersebut.

Rianna hanya memberikan senyum paksa.

Mata Rianna memandang kelibat Afnan yg membelakanginya kerana Afriz meminta untuk di tunjukkan kawasan tersebut.

" nak kenal boleh? " soal lelaki itu.

Rianna mengangkat tangannya sambil menggeleng.

" takpe nak kenal juga. " ujar lelaki tersebut lalu tersenyum.

' lelaki ni buta ke tak nampak cincin kat jari aku ni. ' bisik Rianna.

Rianna membuang pandangan ke tempat lain.

" nama siapa? " soal lelaki itu lagi.

Afnan yg mendengarnya segera memandang ke belakang.

Rianna menggeleng.

" kenapa taknak kenal dengan saya? Saya doktor. Ada 2 buah kereta. 2 buah rumah. Saya ada banyak lagi. Taknak kenal ke? " soal lelaki itu memancing perhatian Rianna.

Afnan cuba untuk menahan tawanya daripada meletus.

' jantan ni nak kenal ke nak cari sugar baby. Ingat aku hadap sangat ke dengan rumah dengan kereta dia ni. Ni kalau aku lempang sia2 kena jumpa doktor lain. ' fikir Rianna.

QUEEN OF BLACK SWAN {[COMPLETED]}Where stories live. Discover now