83 👣

218 10 0
                                    

Datin Mulyani terkejut memandang Afnan yg kini berada di hadapannya sambil mendukung Afriz.

" afnan. Bila sampai?  " soal Datin Mulyani.

" baru je. Maa. Betul ke berita yg Afnan dengar dari abang Eiys? " soal Afnan terus.

Datin Mulyani tersenyum penuh makna lalu mengangguk.

Mata Afnan mula berair.

" dia kat mana maa? Anan nak jumpa dia. " soal Afnan sambil memerhati ruangan rumah tersebut mencari kelibat insan yg amat di sayanginya.

" kat bilik. Tengah rehat kot. Pegi la. Afriz. Jom duduk sini. Makan. Tadi kata lapar kan? Haa mama dah siap masak. Anan? Jom la makan sekali. " pelawa Datin Mulyani.

" takpe la maa. Kejap lagi. Anan nak jumpa dia dulu. " jawab Afnan lalu menurunkan Afriz dan di letakkan ke atas kerusi.

Datin Mulyani mula menyuap Afriz.

Afnan pula memandang ruangan atas.

Afnan berjalan laju menaiki tangga.

Hatinya mula berdebar.

' ya allah. Berikan lah aku kekuatan untuk bersua dengan isteri ku. ' Afnan berdoa setelah tiba di muka pintu.

Perlahan2 tombol pintu di pulas.

Hampir jatuh melihat wajah wanita yg amat di sayanginya.

Wanita yg membuat hatinya sentiasa meronta2 untuk berada dekat dengannya.

Wanita yg sentiasa berada di hatinya.

Wanita yg sentiasa membuatnya tidak keruan dan wanita yg di tunggu2nya selama 5 tahun.

Kini wanita tersebut berada di hadapannya.

Lututnya terasa longgar untuk mendekati tubuh yg terbaring di atas katil.

Wajahnya nyenyak tidur.

Wajah yg sentiasa terlukis di fikirannya.

Afnan mendekati Rianna yg masih berehat.

' ya allah. Aku panjatkan rasa syukur ku terhadap-Mu kerana engkau telah memakbulkan doaku. Terima kasih ya allah. Engkau kembalikan orang yg aku sayangi setulus hati. ' bisik Afnan.

Afnan menahan air mata yg berlenang di tubir matanya.

Afnan duduk di sebelah  Rianna.

Perlahan2 kepala Rianna yg masih di baluti tudung di usap.

Rianna menggeliat sedikit.

Afnan mendekatkan dirinya dengan Rianna.

Apabila melihat Rianna yg masih nyenyak tidur, Afnan mengambil kesempatan meletakkan lengannya di bawah kepala Rianna untuk di jadikan bantal.

Rianna yg masih tidak sedar, mengangkat sedikit kepalanya untuk memberi ruang kepada Afnan.

Afnan menarik Rianna sedikit untuk mendekatkan jarak mereka.

Rianna yg mamai hanya menurut.

' ya allah. Haruman ni. Haruman yg aku rindukan. Biarlah aku tidur dengan haruman ini ya allah. Aku tak ingin bangun dari lena yg membuatkan aku rasa seakan2 dekat dengan orang yg aku sayangi. ' bisik Rianna.

Bagai takut untuk melepaskan waktu itu berlalu, Rianna memeluk sesuatu di hadapannya itu seerat2nya.

Afnan tersenyum apabila mendapat pelukan yg amat di rinduinya itu.

Afnan turut mendakap Rianna.

Afnan membiarkan Rianna lena di dalam pelukannya.

Waktu terus berjalan.

QUEEN OF BLACK SWAN {[COMPLETED]}Where stories live. Discover now