Bab 38

604 33 15
                                    

' Good morning' Rafa menyapa Rayyan yang menuruni tangga. Tangan sibuk menghidangkan makanan di atas meja.

' Morningg babe.. Wahhh sedapnya bau. Rajinnya masak nasi lemak' Rayyan menghampiri Rafa dan mencium pipi isterinya. Memerah muka Rafa dibuatnya. Janggal pula apabila diperlakukan sebegitu. Rayyan hanya tersenyum melihat muka Rafa yang memerah. Kerusi di hadapan isterinya di tarik. 

'Haah na..nasi lemak' Rafa mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menghampiri sisi Rayyan dan menuangkan air teh susu ke dalam cawan suaminya lantas menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan Rayyan. Setelah itu dia duduk berhadapan suaminya.

'Thanks sayang' senyuman diberi lantas nasi lemak mula disuap ke dalam mulutnya. 

'Awak balik pukul berapa semalam? Maaflah saya tertidur semalam. Penat' ujar Rafa sambil memandang Rayyan yang sudah mula menjamah seperti kelaparan itu.Selang beberapa saat barulah Rayyan menjawab.

' Sorry. Sorry sedap sangat nasi lemak you. Hihi. I balik pukul 10.30 semalam. Jumpa client sekejap semalam. Nak kejut tapi nampak nyenyak sangat sayang saya ni' Rayyan tergelak halus menampakkan "smile eyesnya" yang comel sambil menghirup air teh di dalam cawan tersebut.

' Thanksss..tambahlah lagi. Banyak lagi ni' Rafa menyenduk lagi nasi lalu diletakkan di pinggan Rayyan. 

' Haih kalau hari-hari macam ni memang gemuklah suami you ni. Tak hensem dah nanti' 

'Takde makna nya. Hensem je' Rayyan tersipu.

'You cakap apa tadi? Hensem? Ni yang I nak dengar sangat ni. Boleh ulang sekali lagi tak? Tak jelas sangat tadi' Rayyan menyuakan telinganya. Rafa mencebik.

'Dia ni puji sikit mulalah..Dah cepat makan. Nak pergi office pulak ni'

'Amboi Puan Rafa. Lebih dari bos ya. Awal bebenor nak pergi kerja'

'Eh mesti saya kan pekerja berhemah. Awak tahu apa? Hurmm'

'Hah angkatlah bakul sendiri. Angkatlah lagi. Hahaha. Comellah' Rayyan tergelak kecil sambil merenung Rafa. Tangan ligat menyuap nasi ke dalam mulut.

'Haih makanlah jangan duk tenung saya macam tu. Nak makan pun tak senang hurmm. Tak lari pun saya ni' Rafa menjungilkan matanya ke kiri dan kanan. Rasa sudah tiada oksigen ditenung oleh Rayyan sebegitu.

' Betul ke you takkan lari dari I? ' Rayyan masih merenung. Tiba-tiba keadaan sunyi. Rafa terkesima akan soalan Rayyan itu. Nampak serious je suaminya saat itu.

'Ya nak lari ke mana Encik Rayyan? Saya takkan lari selagi awak masih nak saya stay' Rafa menunduk, menguis-nguis nasi yang tersisa di pinggan. 

' Hahahaha seriousnya you jawab. I gurau jelah. You lari I carilah you sampai lubang cacing pun' Rafa mencebik. Malu pulak dengan jawapannya tadi. Rayyan bergurau rupanya. 

Mereka menghabiskan makanan sebelum berangkat ke pejabat bersama-sama.

***

Tasha berjalan menuju ke lokasi syutingnya pada hari ini. Kasut tumit tingginya digerakkan laju kerana dia tahu dia sudah sangat terlambat. Dia sudah beberapa malam dia tidak dapat tidur disebabkan Rayyan yang tidak mahu menjawab panggilan telefonnya. Disebabkan itu dia lambat datang ke lokasi penggambarannya pada hari ini. Sesampai di lokasi, tanpa dia sedari ramai staff yang memerhatinya dengan pandangan pelik bermula dari luar bangunan set penggambaran.

Tiba betul-betul di hadapan ruang syuting di mana kliennya berada, Tasha terkejut apabila seorang model sedang memperagakan baju yang sepatutnya dia pakai untuk penggambaran pada hari tersebut. Membulat matanya.

'Heyyyy apa ni? You all kenapa shoot perempuan ni? I yang sepatutnya shoot hari ni kan? Dan kenapa dia pakai baju I' Tasha  melagkah laju ke tepi wanita yang juga model tersebut lalu memegang kasar baju di tubuh wanita itu. 

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now