Bab 5

5.6K 134 10
                                    

'Arghhh sakitnya badan aku'Rafa membetulkan tulang pinggangnya yang terasa sakit.Sakitlah kalau tidur atas sofa, kalau tidur atas katil tak apalah juga.Dipandang jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi.

'Eh apasal aku tidur atas sofa ni.Ya Allah tak ingat bulldozer tu dah ambik katil aku semalam'Rafa menepuk dahinya.Boleh pula dia terlupa bahawa dia telah sah menjadi isteri kepada Rayyan dan semalam katil kesayangannya telah dirampas oleh suaminya yang kejam itu.

'Ah lantak lah baik aku pergi mandi ambik wudhu lepastu  sembahyang'Rafa bangun dari sofanya.Dalam samar-samar lampu malam dia dapat melihat Rayyan yang tidak berbaju sambil tidur terlentang di atas katilnya.Namun cepat-cepat dilarikan pandangan dan terus ke bilik air.

Seusai Rafa solat Subuh, dia memandang ke arah Rayyan yang masih tidur.Dia bangun dan terus menuju ke arah tepi Rayyan yang berdengkur halus itu.

'Hei pakcik bangun.Bangun pakcik.Bangun sembahyang 'beberapa kali dipanggil namun tiada sahutan.Dengan beraninya, Rafa menggoncang beberapa kali tubuh suaminya yang tidak berbaju itu.Geli pulak kena pegang belakang badan musuhnya sendiri.Namun bila difikirkan lagi berdosa kalau dia tidak mengejutkan suaminya itu untuk bangun solat subuh.

'Hermm apa sayang? I nak tidur ni'Rayyan menepis tangan itu tanpa menyedari siapakah gerangan yang mengejutkannya itu.Rafa memerhati Rayyan yang memusingkan badannya perlahan-lahan sambil matanya masih tertutup rapat.

'Haa aku tahu sangat kau ingat aku ni Tasha kau tu.Takpe kau tunggu' ruang yang hanya mempunyai sinaran cahaya lampu yang samar-samar itu menyenangkan kerja Rafa untuk mengenakan Rayyan.

Diambil sehelai tisu yang berada bersebelahan dengan katilnya itu.Digentel-gentel hujung tisu itu.Rafa ketawa jahat lalu menjalankan misinya.
Dimasukkan tisu itu ke dalam lubang hidung Rayyan beberapa kali.Berkerut-kerut dahi lelaki yang sedang tidur itu.Sekali lagi dimasukkan lebih dalam ke dalam lubang hidung Rayyan dan kali ini membuatkan Rayyan terbuka mata luas.

'Hantuuuuuuu.Sial hantu.Lari kau lari kau setan.Mummmmyyy.Tolong Rayyan.Bismillahirahmanirahim...Allah...allah..ula..lla...hayu..yu..yu...Eh lari lah setan.Aku tak ingat dah ni surah apa.Ya Allah tolong aku'Rayyan menekup mukanya sambil terjerit-jerit meminta tolong.Namun bukan suara orang ingin menolong tetapi suara seseorang ketawa terbahak-bahak.Rayyan memandang berani ke arah suara itu dan matanya membulat melihat Rafa yang sudah memegang perutnya kerana ketawa terlalu kuat.

'Eh minah.Kau...kau..iee memang nak kena sekor ni ngan aku'Rafa masih ketawa tanpa menghiraukan Rayyan.Sungguh lucu sekali reaksi Rayyan ketika bangun tidur tadi.Dia tak tahu pulak itu reaksi Rayyan.Namun apabila difikirkan balik, sekarang dia masih lagi berpakaian kain sembahyang dan memang sah-sah Rayyan ingat dia hantu disebabkan oleh itu.

'Berhentilah bangang'terus sahaja Rafa berhenti ketawa selepas mendengar teriakan Rayyan tetapi mulutnya masih lagi sengih-sengih macam orang dah tak siuman.Rafa kalau dah ketawa memang tak akan ingat dunia.Dia akan ketawa sampai orang kata dia gila.Dipandang mata Rayyan yang sudah segar bugar itu walaupun baru sahaja bangun tidur.

'Kau asal aaa pakai Benda alah ni?Dahlah warna putih.Stupid girl'Rayyan memperbetulkan rambutnya yang kusut.Hatinya cukup panas ketika itu walaupun tak berbaju.

'Hei mulut tu jaga sikit.Benda alah kau kata.Ni telekung lah bodoh.Nampak sangat kau tak sembahyang.Patut pun susah sangat nak bangun subuh.Rupanya memang jenis tak sembahyang kau ni'nafas Rafa seperti sudah tidak stabil menahan geramnya pada Rayyan yang kurang beragama ini.Masakan telekung sembahyang dia panggil benda alah apatah lagi benda lain.

'Kau mulut tu jaga.Jangan nak biadap sangat.Aku lempang muka kau kang.Hormat sikit husband kau ni' dengan megahnya sebagai pemegang takhta suami kepada Rafa, Rayyan bertutur.Perangai gangster tahi anjing itu langsung tidak ditakuti oleh Rafa daripada sekolah menengah lagi.Yang Rafa tahu itu semua adalah bahan lawak baginya.

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now