Bab 27

3.3K 126 20
                                    

Rayyan memandang sekejap-sekejap penampilannya di cermin pandang belakang. Sesekali rambutnya dibetulkan.Dia tersenyum sendiri.Tak sabar nak bercandle light dinner dengan isterinya.Ya dia sungguh teruja.Entah mengapa.Ada satu perasaan yang hinggap di hatinya kebelakangan ini.

Telefon mula berdering.Mungkin Rafa.Diangkat menerusi earphonenya tanpa melihat siapa gerangan yang menelefon.

'Rafa..'

'Bos.Saya ni Arysad.Bos tadi saya tunggu Puan Rafa kat rumah tapi dia tak datang-datang. Lepastu, saya pergi hotel dan telefon Puan Rafa dah berapa kali tapi sampai sekarang dia tak turun-turun dari pejabat.Saya telefon manager dia tapi harini manager tu emergency leave so dia tak tahu Puan Rafa kat mana' Rayyan sudah mula tidak sedap hati mendengar kata kata daripada pemandunya itu.

'Pergi mana pulak Rafa ni.Takpelah awak balik dulu saya pergi tengok dekat hotel'

'Okay bos'panggilan ditutup. Lamborghini nya dipandu laju,membuat pusingan patah balik ke arah hotelnya.Dadanya terasa sesak semacam.Bagai ada sesuatu yang berlaku pada isterinya.

***

Sampai di hotel terus Rayyan berlari ke ruang pejabat menempatkan Rafa.Pejabat sudah  berada dalam keadaan gelap.Officer sudah balik belaka. Tiba di bilik Rafa,Rayyan membuka lampu.Dilihat hanya telefon Rafa dan beg tangan wanita itu sahaja tertinggal di situ.

'Ya Allah.Where is she?'Rayyan terus mengambil barang-barang Rafa dan berlari turun ke bahagian security.Bilik security khas dimasuki dengan melulu.

'Boss..'semua lelaki berpakaian sut hitam itu terkejut dengan kehadiran bosnya di situ.

'I want you all to go through every security camera right now.Starting from this evening and from outside of my wife's room'kata Rayyan dengan tegas kepada mereka.

Semua mengikut arahan dan skrin-skrin besar yang menunjukkan cctv itu mula diperhati dengan cukup ketat.Rayyan melonggarkan tali lehernya dan membuka butang baju kemejanya.

Hampir 15 minit menunggu,salah seorang security memanggil Rayyan.

'Bos.Bos.Ni Puan Rafa.She's here'Rayyan melihat ke arah kamera itu.Jam pada skrin paparan menunjukkan jam 7.30 petang dan Rafa berjalan ke arah kitchen.Dan wanita itu langsung tidak keluar dari tempat itu sehingga jam sekarang iaitu 8.30 malam.Rayyan mula gelabah.

'Half of you follow me'semua mengikuti Rayyan menuju ke bawah iaitu kitchen.Mereka semua berlari pantas.
Sampai di kitchen Rayyan mula menejerit jerit memanggil nama isterinya.

'Rafaaa...Rafaaa.Where are you?Rafa'berulang ulang kali sambil air peluh sudah mula meitis di dabi akibat debaran kerana tiada siapa yang menyahut.

'Puan Rafa..Puan Rafa..'semua guard itu memanggil-manggil. Pada waktu malam,kitchen ini  tidak beroperasi.Hanya bar kitchen di dalam perkarangan lobi hotel sahaja yang beroperasi. Jadi sulit untuk mereka bertanya kepada sesiapa.

Tiba-tiba seseorang mendengar suatu suara menyebut tolong beberapa kali.Namun cukup kecil suara itu.Dan ia datangnya dari luar bangunan belakang.

'Boss..Saya dengar suara dari belakang'

'Belakang??Store Freezer?'Rayyan sudah mula berkerut dahi.Terus kaki melangkah ke arah belakang kitchen.Namun dilihat ia sudah terkunci dan dapat didengar dari dalam seseorang sedang meminta tolong.

'Damn it.Korang ada kunci tak untuk store?'

'Ada bos'terus sahaja lelaki bersuit hitam itu mencari-cari kunci dalam gugusan kunci-kunci yang lain yang tertulis store.Selang beberapa saat,pintu stor freezer itu dibuka.

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now