Bab 6

5.3K 113 8
                                    

((Bayangkan jelah tu bilik Rayyan rumah,mak bapak dia and cadar dia ditukar ke warna hijau))

'Minah.Kita dah sampai dah'Rafa membetulkan kedudukannya apabila dia yang tadi bermain dengan telefon bimbitnya terkejut mendengar suara Rayyan yang dari tadi diam itu.Mata Rafa seperti ingin pecah
melihat rumah agam tiga tingkat yang berada di taman perumahan persendirian itu.

Sudah seperti istana rumah ibubapa Rayyan.Rasanya rumah ini yang paling besar di kawasan ini.Ukiran luarnya cukup akan membuatkan orang ramai terpegun.Memang patutlah dengan pangkat dan keturunan diraja mereka itu.

'Kalau ya pun rumah aku ni mewah, kau tak perlulah nak ternganga mulut tu.Kalau lalat masuk kan tak pasal pasal tak jadi majlis kita Ahad ni'seraya itu Rafa menutup mulut dan menjeling tajam Rayyan yang berada di tempat pemandu.

'Dah jom masuk.Mummy dengan daddy mesti lama tunggu kita'Rafa hanya mengangguk dan mengekori Rayyan yang sudah keluar kereta.Beg pakaian di bahagian belakang diambil oleh orang gaji yang bekerja di rumah agam itu atas suruhan Rayyan tadi.

'Mummy.Daddy'Rayyan kelihatan riang di hadapan pintu dan terus menunggu pelukan daripada ibunya.Matanya dipejam sambil tangan dibuka luas.Namun hampa kerana tidak ada sebarang pelukan yang diterima tetapi hanya kedengaran gelakan daripada Tan Sri Tengku Raffan Ismail.

Mata dibuka dan dilihat Puan Sri Tengku Sandra sedang memeluk Rafa.Erat.Muka Rayyan menjadi masam mencuka.

'Menantu mummy dah sampai.Macam mana perjalanan? Okey? Rayyan buli tak?'Rafa ingin ketawa mendengar pertanyaan yang keluar daripada mulut ibu mertuanya.Buli? Aku yang buli dia adalah.

'Tak adalah mummy.I'm okay.Mummy dengan daddy tu?Okay tak flight pagi tadi? Tak sempat kami nak hantar.Maaf ya?' Ibubapa mertuanya telah mengambil tiket kapal terbang pulang ke Kuala Lumpur pagi tadi kerana ingin menyelesaikan persiapan yang banyak untuk majlis pihak lelaki pada Ahad nanti.

'Alhamdulillah okay je.Alah kamu berdua kan ratu sehari semalam.Mesti penat nak melayan tetamu seharian'

'Hemmm betul tu mummy 'Rayyan datang menghampiri Rafa dan merangkul pinggang Rafa yang langsing itu.Rafa apa lagi muka memerah.Geli dengan tindakan Rayyan itu.

'Hemmm.Dah dah.Rafa mesti penat.Rayyan ajak Rafa pergi mandi, sembahyang maghrib dulu lepastu turun makan malam'Tan Sri Tengku Raffan Ismail yang hanya menjadi penonton mula bersuara.

'Ok dad.Jom lah sayang'Rayyan terus membawa Rafa naik ke tingkat 2 sambil tangan masih setia berada di pinggang isterinya itu.

Setibanya di tingkat 2 yang menempatkan 5 bilik tidur termasuk bilik tidur Rayyan,Rafa baru sedar bahawa tangan Rayyan masih melekat pada pinggangnya.Ditolak tangan itu kasar dan tubuhnya dijauhkan daripada musuh ketatnya itu.

'Kalau ya pun nak ambil kesempatan,jangan dengan aku.Tu dekat girlfriends kau tu'Rafa membuat gaya geli geleman dek kerana pelukan Rayyan tadi.

'Kau ni mulut tu jaga sikit.How dare you to talk like that to me?Baru sehari kahwin kau dah buat bertimbun dosa dengan aku.Apa kau tak takut dosa ke?Ohh ataupun kau memang nak aku dengan perempuan lain?'Rayyan tersenyum sinis sambil memandang Rafa dengan pandangan yang cukup hodoh bagi Rafa.

'Hmmm.Yelah akulah yang buat dosa.Dah dah.Jomlah masuk bilik kau.Aku nak solat pulak ni'

'Asal cakap pasal dosa kau lari tajuk.Dah masuklah bilik termewah aku ni.Tapi sebelum tu pastikan kaki kau bersih dan suci' Rafa hanya mencebik dan dia terus melulu masuk ke dalam bilik Rayyan tanpa menunggu Rayyan.Namun langkahnya terhenti melihat isi ruang bilik itu.Sungguh dia sudah cair dengan perhiasan dalaman rumah ibubapa Rayyan ini.Bukan kerana mahal sahaja tetapi susun atur dan reka bentuknya telah menarik minat jiwa perempuannya.Rumah ini betul-betul mengikut konsep rumah Victoria-Inggeris.Bauan lavender menyerikan lagi bilik bersaiz besar itu.Satu yang ingin membuatkan Rafa tertawa.Katil Rayyan telah disarungkan dengan cadar pengantin berwarna hijau amorald.Sedangkan di rumahnya, cadar katil untuk mereka semalam hanyalah cadar yang simple tetapi tampak mewah dengan warna keemasan dan sedikit corak halus.

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now