Mata yang berat dibuka perlahan-lahan.Dilihat syiling bilik kayu jati tersebut.Kepalanya yang terasa pening dipegang sebelum badannya mula didudukkan.Sehelai kain terjatuh dari dahinya.Mungkin ada yang meletakkan kain basah supaya badannya tidak terlalu panas.Bilik yang kosong itu pula diperhatikan.Tiada siapa di sampingnya.Tingkap bilik yang lutcahaya dan tidak ditutupi langsir melihatkan suasana luar yang sudah semakin gelap ditelan malam.Sudah lamakah dia tertidur di situ?Bunyi derapan kaki dan kuakan pintu mematikan tanda tanya yang bermain di minda.Wajah Rayyan mula terpampan dan lelaki itu sedang menutup pintu bilik tersebut.Rafa mengerutkan dahi melihat cara Rayyan berpakaian.
'Hey dah bangun?Okay tak?Nak air tak I pergi ambik'Rayyan terus ke arah Rafa dan mula menyentuh dahi isterinya.Demam Rafa sudah mula menghilang.Cuma muka wanita itu kelihatan masih pucat dan tak bermaya.
'Apasal tengok I macam tu?'Pelik Rayyan dibuatnya apabila isterinya itu melihat dirinya dari atas ke bawah dengan dahi yang berlapis.
'Tak.Pelik je sejak bila Tengku sorang ni dah boleh nak pakai kain pelikat macam ni?Tak pernah nampak'Ujar Rafa dengan suara lemah.Memang hensem Rayyan dengan berkain pelikat dan berbaju tshirt kelabu.Husband melayu terakhir sangat.
'I tahulah I hensem tapi janganlah tenung macam tu.Tergoda nanti'Rayyan mengenyitkan mata kanannya.Rafa hanya menjunggilkan matanya.Saja mahu menghiburkan hati Rafa pada saat itu.Dia tahu isterinya sangat terluka dengan pemergian tok wan.Dia dah dengar semuanya dari adik beradik Rafa yang lain.Rafalah yang sentiasa pulang ke kampung di hulu terengganu ini semasa cuti ketika di sekolah menengah dahulu.Setelah kematian suami tok wan iaitu tok Ki ,Rafalah yang sentiasa meluangkan masanya bersama tok wan ketika cuti walaupun tok wan sebenarnya mempunyai sudah ramai cucu di kampung itu.Tok Wan menghidap kanser usus tahap 4 yang sudah lama yang juga menjadi punca kematiannya.Tok Wan juga tidak dapat hadir ke perkahwinan Rafa dan dirinya disebabkan oleh sakitnya itu.
'Dah pukul berapa sekarang?Isyak dah ke?'Rafa memusing-musingkan badannya mencari telefon bimbit.
'Eh isyak apanya?Dah subuh balik dah ni.Dia tu pengsan macam dah taknak bangun dah je.Tak sedar pulak'Rayyan menjentik kepala isterinya manja.Rafa mula terlopong.
'Huh??Subuh?Austaughfiruallah' Rafa meraup wajahnya. Maknanya sudah lama arwah tok wan dikebumikan.Kepala yang mula kembali teringat tok wannya mula menyebabkan air mata bertakung di tubir mata. Rambut yang terlepas di kiri dan kanan wajahnya dibiarkan.Hati mula ditikam-tikam lagi.
Rayyan yang sedar akan perubahan Rafa terus merapatkan kepala Rafa ke badannya.Dia harus mengembalikan senyuman wanita itu.Terlalu banyak perkara yang berlaku.Badan Rafa dipusing membelakanginya sedikit.Rambut wanita itu dipegang lalu disanggulkan.Rafa agak terkejut tetapi dia hanya membiarkan kerana hatinya masih sedih.Rayyan terus menghadapkan Rafa ke arahnya dan tubuh wanita itu dipeluk erat supaya wanita itu dapat melepaskan segala resah di hati.Beberapa minit berlalu barulah Rafa lega.Pelukan dilepaskan dari tubuh Rayyan dan dia mengesat baki air mata di matanya.Duduknya dibetulkan dan pandangan dilontarkan ke bawah.
'Thanks Rayyan'
'Don't mention it.Just stay calm okay?You kena janji ni last you nangis.Okay?'Rafa mengangguk.
'Dah pergi solat subuh lepastu qadar solat you tertinggal semalam'Rafa mengangguk dan terus berdiri untuk menuju ke bilik mandi.Namun dia berpaling semula ke belakang.
'Cup.Awak pergi mana tadi subuh-subuh macam ni?'ya dia pelik kenapa suaminya sudah terjaga pada waktu-waktu sebegini.
'I pergi solat berjemaah dengan your family tadi'Rafa mengangkat kening sambil tersengih senget.
'Apaa?'Rayyan menahan ketawa melihat reaksi Rafa sebegitu.Pasti pelik dengan jawapan daripadanya.Rafa hanya tersenyum lalu mengangkat ibu jari kanannya menunjukkan tanda 'thumbs up'.Mungkin Rayyan sudah mahu berubah.Dialah pasti yang paling gembira jika suaminya itu berubah dan kembali ke pangkal jalan.
YOU ARE READING
Cinta Itu Untuk Aku
RomanceRafa Rania Marisya Dato'Mohd Ramsyar Samuel.Siapa tak kenal dengan nama itu.Gadis kacukan Melayu-Cina-Arab-Thailand.Cantik bukan main seperti namanya.Tetapi perangai dan mulut mengalahkan hantu. Tengku Rayyan Iskandar Daniel Tan Sri Tengku Raffan Is...