Bab 16

5.4K 114 3
                                    

Sebulan sudah mereka mendirikan rumah tangga dan hari-hari Rafa dan Rayyan dipenuhi dengan kadang-kadang gelak ketawa dan kadang-kadang pergaduhan.Kalau bergaduh,salah seorang pasti meminta maaf.Rafa juga menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dari segi makan pakai dan Rayyan juga setakat ini dia tidak pernah membuatkan Rafa menangis.

Rafa menguis-nguis kakinya pada permukaan air kolam renang.Rambut dibiarkan lepas.Novel ditangan yang dibaca dari tadi diletakkan ke tepi.Telefon bimbitnya dicapai.Nombor telefon suaminya didail.

'Hello.Rayyan' Rafa berkata sejurus sahaja telefon diangkat oleh si suami.

'Hah.Kenapa?'jawab Rayyan.

'Nih.Aku nak tanya.Tak nak balik makan lagi ke?Dah pukul 3 petang dah ni.Aku tunggu kau macam tunggu seven eleven nak tutup' perli Rafa.Dia dah lah sudah lapar.Sudah 2 jam dia menunggu Rayyan pulang daripada pejabat namun batang hidung pun masih tak kelihatan.

'Alah kau ni.Nanti gasterik aku pula yang susah.Okay cam ni.Kau tunggu aku 30 minit lagi aku sampai.Btw,Afiq dengan geng-geng dia tu tak ada kan dekat luar?Dia orang kata ada kerja sikit tadi.Kau kunci pintu elok-elok tak?'

'Dah kunci.Rilek lah.Sekarang ni kau cuma perlu balik and makan.Aku tunggu.Bye bro' telefon ditutup selepas itu dan dimasukkan ke dalam seluar.Rafa pergi ke dapur dan mula menyediakan makanan di atas pinggan.Makanan di bawa keluar dan dihidangkan di atas meja makan.

Ting tong...ting tong...

Rafa mengerutkan dahi sambil mata melihat ke arah jam.Baru 10 minit dari waktu dia menelefon Rayyan tadi.

'Haih.Cepat betul dia sampai.Pelik' Rafa mencapai tudung di atas kerusi dan terus berlari ke arah pintu rumah.Pintu dibuka dan dilihat seorang wanita berpurdah sedang berdiri di hadapannya kini.

'Ya cik.Cari siapa?' Tanya Rafa kepada wanita itu.Namun belum sempat wanita itu menjawab dua orang lelaki berbadan besar sudah menyerangnya dari arah lain tanpa disedari dan menekup mulut dan hidung Rafa menggunakan sapu tangan.

Berkerut-kerut dahi Rafa menahan bau yang kuat itu.Beberapa saat sahaja,matanya mula kabur dan dia tidak sedarkan diri.

***

Rafa membuka matanya perlahan-lahan.Penglihatannya yang masih kabur menyukarkannya untuk mengenal pasti persekitarannya itu.

Tangan ingin diangkat tetapi seperti sesuatu sedang mengikat tangannya.
Rafa mula dapat membuka matanya dengan luas.Matanya membulat melihat sekeliling bilik berwarna merah itu dengan suasananya yang amat suram.

Matanya beralih pula kepada badannya yang terbaring di atas katil bercadar hitam dan tangannya kini terikat kemas pada tiang katil di atas bahagian kepalanya.Baju tadi yang dipakai masih tidak terusik.

'Ya Allah apa semua ni?'Rafa mula mengalirkan air mata sambil cuba untuk melepaskan dirinya.Meronta-ronta dirinya di atas katil itu.

'Woiiiii.Apa kau orang nak buat dekat aku haaa?Siallll.Bukak lah.Woii siapa kat luar tu?'dapat didengar dari dalam bilik itu bunyi lagu yang bergema di luar sana.Namun dia tidak pasti kini dia berada di mana.

'Hai sweetie.Kenapa jerit ni sayang?' Seorang lelaki seperti kacukan melayu dan cina membuka pintu lalu mendekati Rafa.Lelaki itu mula duduk di bahagian hujung kakinya.

'Kepala hotak kau setan.Baik kau bukak ikatan ni sekarang sebelum aku terajang muka kau tu' jerit Rafa kepada lelaki berbaju hitam itu.Rafa cuba untuk bangun sedikit sambil kaki ditarik agak berada jauh dari lelaki itu.

'Alah sayang ni.Janganlah marah.Nama I rudy.I cuma nak____' belum sempat lelaki itu meneruskan kata,seorang wanita yang memakai dress tidak cukup kain pula memasuki bilik itu dan menyampuk.

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now