'Cantik menantu kau Usu.Dalam gambar dah cantik luar gambar terlebih cantik.Jealous aku'Rafa hanya tersenyum sambil menundukkan kepalanya apabila mendengar pujian daripada Tengku Sania ataupun Mak Ngah Rayyan itu.
'Kau tengoklah siapa cari.Aku kan pakar'Kata Tengku Sandra sambil tersenyum bangga.Dipandang menantunya.Menantu yang dah lama dia kenal.Dari enam tahun lagi dia kenal budak itu tapi ia tetap menjadi rahsia dia dan suaminya sehingga kini.Sengaja mahu pasangan pengantin baru itu mengetahui hal itu sendiri.Barulah jalan cerita best.
'Berlagak lah berlagak.Aku cempuk ni karang'Mak Ngah Rayyan sudah mengangkat kaki dan tanganya ala-ala ingin bergaduh dengan adiknya itu.
'Meh ah lama dah ni tak gaduh.Kau duduk jauh sangat'semua di situ ketawa mendengar celoteh adik beradik yang sudah berumur itu.
Rayyan melihat Rafa yang berada di hadapannya dengan pandangan yang pelik.Dia tertanya-tanya kenapa wanita itu asyik tertunduk apabila mata mereka bersatu.Kadang-kadang wanita itu akan membalas dengan senyuman yang susah untuk dimengertikan.Macam gelisah pun ada.
'Hah Rayyan.Bila nak bagi cucu saudara dekat Mak Ngah ni.Dah tak sabar dah ni.Nak tunggu si budak Am tu memang lambat lagi lah jawabnya' Rayyan tersenyum sinis.Inilah kesempatannya untuk mengenakan isterinya yang berperangai pelik dari tadi.Rayyan mengambil tempat duduk di atas pemangku tangan sofa yang diduduki Rafa.Tangannya dilingkarkam ke atas bahu isterinya.Rafa menelan air liur kelat.Jantung sudah berdegup kuat seperti berlari pecut.
'Mak Ngah.Rayyan ni nak je timbang anak.Ni ha.Budak ni tak nak lagi.Dia malu'kata-kata Rayyan itu membuatkan Rafa terkedu,malu. Pipinya kemerah-merahan.Tangannya pun mula mencubit peha Rayyan sekali.Geram tetap geram.Tak kiralah first love ke apa.Rayyan mengadoi manja.Manja ada maksud.
'Apalah sayang ni?Mak Ngah,Mummy tengok lah dia ni.Cubit ketam dia tu buat orang rasa nak...orang rasa nak...'Rafa memandang tajam ke arah Rayyan.Lelaki itu memang mahu ditelan hidup-hidup.
'Rasa nak apa Rayyan?Kamu ni.Dah blushing muka menantu mummy'kata Puan Sri Tengku Sandra sambil tersengih-sengih.Yang lain juga turut tersengih.
'Ni Rafa.Mak Ngah nak tanya ni.Buat apa nak malu?Malu dengan suami ke malu takut gemuk nanti lepas beranak?'Rafa mengerutkan dahinya.Apa dia nak jawab.Dia memang tak suka budak-budak tetapi tak ada pula dia sebut di hadapan Rayyan pasal cahaya mata ke apa ke.Lelaki itu memang nak kena.
'Erkkk...erkkk...tak adalah Mak Ngah.Rafa ni cuma merancang je.Naklah spend time dengan Abang Rayyan dulu sebelum ada anak.Nak honeymoon-honeymoon dulu.Lepas tu baru nak fikir pasal anak' Fuhhh.Kau terbaik otak. Terbaik.Memang pandai kau reka alasan.Terima kasih otak.
'Ia ke sayang?Tapi tak salah kan honeymoon sekali dengan baby dalam perut?'Kata Rayyan sambil mengusap-ngusap bahu Rafa.Usap untuk sengaja menaikkan angin isterinya.Rafa menelan air liur.Terasa bulu romanya semua naik ketika itu kerana geli dengan sentuhan suaminya itu.
'Hmmm...Memanglah tak salah.Tapi...tapi Rafa tak naklah abang.Tunggulah lepas dua tiga tahun.Hehe'Rafa buat-buat ketawa sambil matanya dibulatkan ke arah Rayyan.Rayyan tersenyum sinis lagi.
'Apalah kamu berdua ni.Biarlah Rayyan.Dia juga yang nak mengandungkan anak kamu.Biarlah dia buat pilihan.Mummy tak kisah bila-bila pun,asalkan korang bahagia'senyuman daripada Puan Sri Tengku Sandra tiba-tiba sahaja menyentap tangkai hati Rayyan dan Rafa.Rayyan tahu ibunya itu mahu dia bahagia bersama Rafa.Tapi siapa boleh memaksa seseorang untuk mencintai orang yang dimusuhi.
'Hah apa korang cakap-cakap ni?Orang lelaki boleh join tak?'semua memandang ke arah Tan Sri Tengku Raffan yang berdiri di sebelah birasnya,Tengku Amar.Mereka mengambil tempat duduk di sofa yang masih kosong.
YOU ARE READING
Cinta Itu Untuk Aku
RomanceRafa Rania Marisya Dato'Mohd Ramsyar Samuel.Siapa tak kenal dengan nama itu.Gadis kacukan Melayu-Cina-Arab-Thailand.Cantik bukan main seperti namanya.Tetapi perangai dan mulut mengalahkan hantu. Tengku Rayyan Iskandar Daniel Tan Sri Tengku Raffan Is...