Bab 1

6.5K 142 5
                                    

'Assalamualaikum' Dato'Mohd Ramsyar Samuel berhenti membuat kerjanya.Suara anak gadisnya kedengaran di luar biliknya.

'Waalaikumsalam.Masuklah Rafa' mendengar kata-kata kebenaran papanya terus Rafa menerjah masuk.

'Kamu dah kenapa ni Rafa? Tudung dah senget-senget.Dahi berpeluh.Kena kejar dengan hantu ke?' pening kepala Dato'Mohd Ramsyar Samuel melihat anak perempuannya yang sudah termengah-mengah di hadapan pintu bilik CEO nya.

'Papa.Apasal papa nak jodohkan Rafa dengan musuh utama Rafa tu? Dah 7 tahun tau nak halau saka dia tu lari dari ingatan Rafa ni.Tup-tup nak suruh nikah.Apa pasal?'Rafa terus mengambil tempat duduk di hadapan meja papanya.

'Kamu ni kalau bercakap tak boleh nak slow sikit ke? Tak sopan langsung.Buat malu gadis-gadis yang bertudung aja'Dato' Mohd Ramsyar Samuel sudah mula membebel yang membuatkan Rafa ingin tutup telinga.

'Ok...ok...fine.Now straight forward.Papa kenapa nak jodohkan Rafa dengan mamat tak cukup seringgit tu?Rafa dengan dia berbeza.Macam langit dengan bumi.Dia tu king of the devil.Jahat tahu tak?'Rafa pula tidak berhenti bercakap.

'Listen here Rafa Rania Marisya.He's not like what you think now.Dulu kamu pun tak matang.Mulut mengalahkan hantu saka.Oppps.Sorry terlebih.Rafa tak kesiankan papa ke?Ekonomi sekarang pun tak stabil.Papa perlukan projek tu dengan family dia.Tak kesiankan papa ke kalau syarikat ni ditutup.What will our family eat? Grass? Papa kenal Rayyan tu.Dia dah berubah sekarang.Tak kasar macam dulu dah.Hari tu papa jumpa dia pun masa papa outstation ke KL.Dia ramah dan hormat pada orang tua.Rafa tolonglah papa ya? Syarikat ni papa sayang sangat.Rafa tahu kan?'Rafa yang mendengarnya mula berlembut hati walaupun pada mulanya papanya menyindir.

'Hmmmm.Macam ni pa.Rafa akan try buat solat sunat istikharah.Kalau dia yang muncul dalam mimpi, Rafa akan pilih dia.Family dia bila nak masuk meminang Rafa?Dia setuju ke?'

'Dia setuju and dia orang akan datang Jumaat minggu depan.Rafa kena behave tau masa jumpa dia nanti.Jangan malukan papa ya?' takut pula Dato'Mohd Ramsyar Samuel kalau-kalau Rafa membuat hal.

'Insya Allah tak.Rafa akan jaga sopan Rafa.Tak pelah papa.Rafa nak pergi sambung buat kerja.Bertimbun lagi tu'

'Yalah.Pergilah buat kerja kamu tu'Rafa terus berlalu meninggalkan papanya untuk menyambung kerjanya yang tertunggak.

***

'Daddy like seriously? I must marry her?She was my enemy okay?I hate her.That shit like a hell for me.Dahlah nak masuk meminang dia minggu depan' Rayyan sakit hati mendengar kata-kata Tan Sri Tengku Raffan Ismail yang ingin menjodohkan dirinya dengan makhluk yang bernama Rafa itu.

'Watch out your mouth son.Kamu ni makin hari makin teruk perangai.Makin daddy biarkan makin tak beradap kamu ni.Kamu nak daddy rampas credit cards, cars and anything that I had give you? Or else you want me to kick you out from my house? Kamu kena kahwin jugak dengan dia.I like her.Dia dari dulu bertudung litup.Aurat dia jaga.Tak macam GIRLFRIENDS kamu kat luar sana tu' Tan Sri Tengku Raffan Ismail menekankan perkataan girlfriends itu .Almaklumlah dia tahu anaknya itu playboy kelas pertama di abad ini.

'Tapi daddy....Rayyan tak suka dia.Tak pernah akan suka dia.Nanti siapa nak jaga hotel kita dekat kl ni kalau Rayyan kahwin dengan dia? Rayyan tak nak duduk dekat Terengganu tu.And one more thing I'm just 25 okay.Still wild, young and free'Rayyan masih lagi tidak mahu mengalah.Keras sungguh kepalanya.

'Lepas kahwin ajak je dia pindah KL.Abang dia akan gantikan tempat dia nanti sebab dah habis sambung master.And one more thing 25 tu dah okey dah nak kahwin.Tak wild young and free pun.No answers anymore.Marry her.Or else....?'Rayyan mengeluh mendengar kata-kata daddynya.Susah ingin membantah lagi.

'Yalah..yalah...tapi kalau Rayyan tak happy dengan dia macam mana?'soalan itu membuatkan Tan Sri Tengku Raffan Ismail tersenyum.

'Kamu akan bahagia.Daddy tahu, my son' mendengar ayat itu Rayyan berkerut dahi.

'Dah tak payah nak berlapis sangat dahi tu.Dah macam kuih lapis pulak daddy tengok.Sebut pasal kuih lapis mummy kamu dah masakkan kuih lapis untuk kita malam ni kat bawah tu.Jomlah'Rayyan hanya mengikut jejak daddynya yang ingin keluar dari bilik tidurnya yang mewah itu.

'Ooohhh before I forget this thing.Buanglah subang kamu tu.Dah macam gay daddy tengok kamu tindik sebelah telinga.Rambut tu pun inai hitamkan balik.Jijik tahu tak warna rambut oren kamu? Bertaubatlah son.Allah will always give you forgiveness.'Tan Sri Tengku Raffan Ismail terus meninggalkan anaknya yang sudah terpaku di hadapan
pintu bilik.

'Erghhhh.Kau jaga Rafa.Lepas kau dah jadi milik aku, kau takkan pernah akan rasa bahagia lagi'darahnya membuak-buak malam itu.Bencinya pada perempuan itu lebih mendalam lagi.

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now