Bab 25

4.7K 203 20
                                    

'Huh dah turun pun dua burung merpati sejoli ni.Lambat betul' Ratna yang sedang sibuk membakar ayam itu menegur adik dan adik iparnya.Yang lain juga sedang sibuk membakar daging dan seafood. Sehingga 3 hingga 4 tempat pemanggang diguna mereka malam ini.

'Hehe.Sembahyang maghrib sekali dengan isyak.Mudah.Nanti boleh tidur terus' ujar Rafa sambil menghampiri adik beradiknya. Rayyan juga menturuti dan mula sibuk bercakap dengan Abang Lang Rafa,Raiqal dan adik bongsu mereka,Razfar Rais Mikael.Ibu bapa Rafa pula berada di ruang tamu.Sibuk membaca "akhbar online" mereka.

'Ngah.Aku nak cakap sikit ni.Boleh?'Rafa mengerutkan dahi.Macam serius je kakaknya kali ini.Tak pernah pun selama ni nak cakap apa-apa kena tanya dia dulu.Pelik.

'Ehh cakap jelalah.Takyah tanya-tanya.Macam baru kenal aku pulak'Rafa memasang telinga sambil membalik-balikkan ayam supaya tidak terlalu hangus.

'Kau...kau happy dengan Rayyan?'Rafa berhenti seketika sambil memandang ke arah kakak sulungnya itu.Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan.

'Aku tak boleh cakap yang aku 100% happy but I'm trying to make myself happy with this marriage.Rayyan pun dah sikit-sikit terima aku.Kau tahu kan dulu masa sekolah menengah aku gaduh macam anjing dengan kucing dengan dia tu.So we often fight but right now we're trying to adapt with each other.Tapi aku harap kau tak cakap dekat mama papa benda ni.Sebab aku taknak dorang risaukan aku' Dengan kakaknya sahaja dia punya keberanian untuk bercerita kerana dia tahu Ratna faham situasinya.Perempuan dengan perempuan kan.

'Aku pun terfikir jugak tadi macam manalah kau orang boleh berjiwang depan kita orang sedangkan aku tahu bukan senang nak jadikan musuh sebagai cinta hati.Tapi kalau kau rasa kau still boleh teruskan hubungan ni and kau rasa ada kebahagian menanti kau lepas ni,aku sokong kau ngah.Buttt...if he hurts you badly just tell me.Okay?'Rafa mengangguk sambil kedua-dua mereka memeluk pinggang masing-masing.Dia tahu walaupun Ratna dan dia sentiasa berkelahi mulut sejak kecil tapi kakaknya sangat menyayangi dirinya itu.Air dicincang tak akan pernah putus.

'Adik,Ratna,tolong aku angkat yang dah siap ni masuk dalam.Angah and Rayyan tolong bakar yang lebihan ni.Kita orang nak prepare barang-barang kat dalam jap' Ujar Raiqal yang sudah mula mengangkat bahagian seafood yang siap menuju ke pintu masuk ruang tamu.

'Okeyy'kedua-dua Ratna dan Razfar menyahut.

'Aku masuk dulu.Kau tolong tengok-tengokkan ya ayam ni.Nanti aku datang'Rafa mengangguk.Dia mengusi-nguis ayam di atas pemanggang itu untuk memastikan ia masak atau tidak.Rayyan memerhati Rafa dari jauh.

'Puan Rafa buat apa tu?'Erkkk.Nak tercekik Rafa mendengar perkataan "puan" itu.Lagi-lagi disebut oleh suaminya sendiri.Rayyan merapati Rafa dan berdiri di sebelah isterinya itu.

'Bakar ayam lah,takkan bakar awak pulak' Rafa berloyar buruk.

'Takyah bakar I,sebab hati I dah terbakar untuk you.Cia cia cia'Rayyan gelak dengan lawaknya sendiri.Rafa kelihatan blur namun seketika selepas itu baru sel-sel otaknya berhubung dan dia pun gelak bersama.

'Nih you takyah buatlah.Duk tepi.I boleh buat.Nanti busuk you nanti'Rayyan cuba mengambil pengepit dari tangan Rafa namun isterinya itu enggan memberikannya.

'Ehh takyah.Takyah.Saya boleh buat.Dah tepi'Rafa menolak sedikit Rayyan ke tepi.Namun Rayyan tifak mengalah.Dicuba sekali lagi untuk mengambil pengepit.

'Iehh bagilah.Cepatlahh'

'Taknakkk.Pergi sanaa'

'Rafa Rania Marisya.Bagilahhh'

'Tengku Rayyan Iskandar Daniel.Takk payahhh'

Rafa berlari dari situ.Menawaf kawasan kolam renang rumah tersebut sambil dikejar Rayyan di belakang.Kedua-duanya berkejar-kejaran sambil bergelak ketawa.

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now