Bab 18

6K 154 28
                                    

Sinaran pagi yang cerah mula menyapa wajah Rafa.Mulut yang terbuka luas ditutup.Rambut yang terbiar melepas mula diikat tinggi.Mata digosok dan memori hitam semalam mula dibayangkan.Rafa menutup kemas telinganya.Mengusir suara-suara syaitan yang jahat yang cuba mengacaunya.Apabila hati mula reda,dia mula melangkah ke bilik mandi dan bersedia untuk bersiram.

***

'Good morning minah'kata Rayyan yang duduk di hadapan tv.Rafa yang baru turun dari tangga terkejut dengan ucapan itu.Ingat ke saka Rayyan yang bercakap.

'Hmmm good morning.Kau nak makan apa?'

'Makan kat luar.Jomlah.Kau pun dah mandi kan?'ujar Rayyan sambil memandang Rafa yang sudah mengganti pakaian tidur semalam.

'Kenapa nak makan luar?Aku masak jelah.Bazir je'

'Tak payah.Aku nak ajak kau makan luar.Kau ni boring lah asyik nak masak je.Bajet sedap lah tu masakan dia' Rafa mencebik.

'Memang tak sedap pun kan?Sebab tu kau tambah 3 kali pinggan kan?'Sindir Rafa.

'Cis.Riak.Dahlah kau pergi siap.Pakai tudung.In 5 minutes,you should be in the car.Kalau tak siap kau'Rafa buat tidak endah dan berjalan slow motion naik ke atas.

'Ingat tu 5 minutes.Kalau tak aku hadiahkan macam semalam' mendengar sahaja ayat itu,Rafa terus terusik.Kaki terus dilangkah laju ke atas dan pakaiannya ditukar.

***

'Encik Rayyan.Apasal bawak saya pergi hotel entah sapa-sapa punya ni ya?'Rafa memerhati sekeliling.Semua orang di situ dan lebih tepat pekerja hotel itu semua menunduk hormat dan memberi laluan kepada mereka.

'Wait and see'Ujar Rayyan dan menarik tangannya ke dalam lif.Rafa melihat ke arah Rayyan yang masih memegang tangannya.Tak nak lepas ke pak cik ni?

Sampai ke tingkat 15,lif terbuka dan Rayyan menarik tangannya lalu keluar.

'Tak boleh ke kau jalan slow sikit.Dahlah kau tarik tangan aku.Sakit tau tak?'

'Oohh aah lah lupa.Lupa yang kaki kau pendek and tangan kau tengah lebam.Maaf ya'kata Rayyan sebelum melepaskan tangan Rafa.Satu jelingan maut Rafa hadiahkan kepada lelaki itu kerana memanggil dia pendek.

'Kau buta ke cakap kaki aku pendek?Tinggi aku ni dahlah nak sama tinggi dengan kau.Sedar sikit.Kenyataannya kau adalah pendek sebagai lelaki.Wekk'perempuan ni memang tak nak mengalah.Ada aja nak melawan.

'Erghhh.Cakap baik sikit eaak.Dah ah buang masa gaduh dengan kau.Ni kita dah sampai'Rayyan mengetuk pintu kayu bilik di hadapan mereka kini.Langkah kaki terus diayun masuk ke dalan ruang pejabat.

'Ehhh Rafa.Sini sayang duduk tepi mummy'Rafa tersenyum dan dia dah dapat mengagak yang pejabat ini kepunyaan ayah mertuanya.Rafa menuju ke arah Tan Sri Tengku Raffan Ismail dan Puan Sri Tengku Sandra dan bersalam dengan kedua mertuanya.Setelah itu dia duduk di sisi Rayyan.

'Rafa.Rayyan ada bagitau kamu sesuatu?'tanya Tan Sri Tengku Raffan Ismail.

'Bagitau apa daddy?Abang Rayyan takde cakap apa-apa pun'Rafa memandang muka suaminya di sisi.Rayyan hanya mengangkat bahu.

'Daddy nak offer kamu kerja,nak tak?Maklumlah kamu mesti bosan duduk rumah'Mata Rafa mula bersinar.Gembira pulak dia dengar.

'Ya Allah daddy mestilahhh nakkk.Rafa bosan duduk rumah tu'Ujar Rafa dengan terujanya sekali.

'Baguslah kalau macam tu.Daddy akan letak kamu sebagai Head of Customers Services & Developments Department.Kamu ok tak?'

'Ok je daddy.Apa apa pun boleh.Thanks for this offer daddy and mummy'

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now