#Maaf bab ni saya tertinggal sila baca dari sini kalau tak faham untuk bab 10.
Suasana kelab malam yang ditemani dengan lagu-lagu rancak menambahkan lagi keliaran para pengunjung yang datang.Lampu disko yang terpasang di atas ruang tarian menaikkan lagi kemeriahan ruang tersebut.Di suatu sudut terdapat sekumpulan wanita sedang bercakap-cakap sambil tekak mereka dibasahkan dengan air kecing syaitan.
'Weh.Kau ada dengar tak cerita?Boyfriend kau tu dah kahwin 'Qisha yang mendengar apa yang diperkatakan oleh rakannya itu hampir menyemburkan air yang diminumnya.Otaknya mula mentafsir data yang didengarnya sekali lagi.Kalau boyfriend maknanya Rayyan lah.
'Kau cakap apa tadi?Rayyan dah kahwin?Siapa wife dia?Kenapa aku tak tahu apa-apa pun?Ke kau saja nak reka cerita ni?' bertubi-tubi soalan yang dikeluarkan oleh Qisha kepada Nini a.k.a best friendnya.Baginya tak mungkin Rayyan akan berkahwin pada usia yang masih muda itu.Rayyan adalah lubuk emas yang sangat penting baginya.Mustahil untuk dilepaskan begitu sahaja.
'Eh,kalau nak tanya satu-satu boleh tak?Ok macam ni.Aku dapat tahu semua ni dari kawan aku yang kerja dekat hotel Rayyan tu.Pasal wife dia memang aku tak tahu siapa dan yang pasti bukan Tasha.Pekerja hotel tak dibenarkan masuk ke ballroom.Pelayan yang bertugas pun tak dibenarkan membawa telefon atau sebarang kamera ke dalam ballroom.Majlis perkahwinan tu dijalankan secara penuh privasi.Hanya kaum kerabat yang terdekat dan golongan ternama sahaja yang dijemput dan dibenarkan mengambil gambar.Oh ya.Tak ketinggalan Tasha juga djemput hadir walaupun dia bukan family ataupun vvip' terang Nini panjang lebar.Semua yang berada di situ mendengar dengan teliti termasuk Qisha yang sudah mengelegak kepanasan.
'Kenapa dia kahwin dengan perempuan lain dan bukan aku?Aku girlfriend dia and aku yang selalu teman dia dekat kelab ni dan dengar semua masalah dia.Aku yang layak.Bukan sesiapa pun.Aku kena pastikan mereka bercerai' kata Qisha dengan penuh geram dan suara yang agak lantang.Meja kaca yang berada di hadapannya ditumbuk beberapa kali sehinggakan menarik beberapa pasang mata yang berada berhampiran.Namun Qisha hanya buat bodoh dengan semua pandangan itu.
'Baik aku betulkan kau.Kau bukan girlfriend dia pun.Kau tu just dia punya salah seorang perempuan simpanan.Dia tak pernah nak kau jadi wife dia pun.Tasha tu yang dah lama couple dengan dia pun tak dapat dia.Kau?Lagi satu aku dengar wife dia tu bertudung and lawa gila.Hahaha.Rayyan tak akan punya jejak dekat kelab ni lagi.Bini dia awal-awal kunci dia dalam bilik.Buat aset lah Qish.Yalah Rayyan tu kan handsome.So biarkanlah mereka yang dah sama sepadan and let them happy.Yang kau nak mengelegak apasal?Tasha yang girlfriend dia pun tak kisah' Nini yang sudah ketawa bersama-sama rakan-rakan yang lain dipandang geram oleh Qisha.Rasa macam mahu ditelan hidup-hidup sahaja perempuan itu.Memang tak sayang mulut betul.
'Kau senyap lah.Jangan kau sebut nama model murahan tu.Tak ada siapa pun berhak ambil Rayyan aku.Mahu Tasha atau sesiapa pun.Ni Qisha lah.Qisha.Aku akan buat apa-apa pun untuk pastikan mereka berpisah' terus sahaja Qisha mengambil beg bimbitnya dan berlalu dari situ.Kan tak pasal-pasal ada yang makan penampar kalau dia meletup nanti.
***
'Mummy Daddy.Kenapa tak beritahu nak datang?Rafa tak prepare apa-apa pun.Barang dapur pulak tak ada lagi.Nanti baru nak pergi beli' Rafa menyalami kedua-dua mertuanya lalu memimpin tangan ibu mertuanya masuk dan duduk di ruang tamu.Tan Sri Tengku Raffan Ismail membuntuti dari belakang.Rafa mengambil tempat duduk berhadapan ibubapa mertuanya itu bagi memudahkan perbicaraan mereka.
'Kami saja aja singgah.Nak tengok kamu berdua.Kami tahu memang tak ada apa-apa dekat rumah ni sebab tulah Mummy bawak sikit cupcake yang mummy buat ni.Kamu belum breakfast kan?' tanya Puan Sri Tengku Sandra sambil tangan sibuk mengeluarkan bekas tupperware berisi cupcake dari beg plastik.Bekas tersebut diletakkan di atas meja.Rafa menelan air liur.Memang lama dia tak makan cupcake.Mesti sedap ni.
YOU ARE READING
Cinta Itu Untuk Aku
RomanceRafa Rania Marisya Dato'Mohd Ramsyar Samuel.Siapa tak kenal dengan nama itu.Gadis kacukan Melayu-Cina-Arab-Thailand.Cantik bukan main seperti namanya.Tetapi perangai dan mulut mengalahkan hantu. Tengku Rayyan Iskandar Daniel Tan Sri Tengku Raffan Is...