Bab 31

4.1K 155 78
                                    

Rafa dan Rayyan naik ke bilik setelah selesai makan tengah hari.Mereka ingin merehatkan diri pada petang itu.Rafa melihat Rayyan yang bergerak ke bakul yang berisi baju kotor.Rayyan mengambil bakul itu dan menuju ke pintu bilik.

'Awak nak pergi mana dengan bakul tu?'tanya Rafa yang duduk di atas sofa.Suaminya dipandang lama.

'Nak pergi suruh bibik basuhkan' jawab Rayyan.Rafa terus mengangkat punggungnya dan menuju ke arah suaminya. Diambil bakul tersebut dari tangan Rayyan.Berkerut dahi lelaki itu.

'Kenapa ambik?'

'Sebab saya yang akan basuh baju awak ni'

'Hey you're tired right.Suruh bibik jelah'bakul di tangan Rafa cuba dirampas namun wanita itu lebih cepat mengelak.

'No way. Seluar-seluar kecik awak ni takkan nak bagi dia basuh.Lagi pun Encik Rayyan dekat rumah pun biasa saya yang basuh baju-baju awak.Saya tak bagi maid yang datang setiap hari tu pegang pun baju-baju awak ni'Ujar Rafa sambil berpaling ke belakang untuk melangkah kaki ke luar bilik.Baru sahaja dia ingin membuka pintu,Rayyan menarik tangannya lalu satu ciuman singgah di pipi Rafa.

'Nah kiss sebab you're so sweet eventhough we fight a lot and I just knew that my secret stuffs you yang basuh'Rayyan berbisik ke telinga Rafa yang terpaku dan mengenyitkan matanya lalu berlalu ke katil sejurus baring di situ.

Rafa memegang pipinya yang sudah kemerahan. Lantas,cepat-cepat dia keluar dari bilik.Sempat dia mendengar ketawa Rayyan yang pecah.

'Bencii.Suka sakat betul'ujar Rafa di dalam hati dan terus berlari turun ke bawah.Ruang membasuh pakaian dihampiri dan baju Rayyan dimasukkan ke dalam mesin basuh.Hampir sejam menunggu diruang tamu dan bermain dengan telefon bimbitnya terus baju Rayyan yang sudah siap dicuci, diambil.Belum sempat Rafa melangkah keluar dari kawasan dobi rumah, terdengar suara Ratna yang menjerit sambil menangis.

'Pa..papa..Mana papa niii..'Rafa yang mendengar dari jauh berlari ke kawasan taman di luar rumah.Dilihat Ratna yang termengah-mengah di depan bapa dan ibunya yang sedang bersantai di meja kopi.

'Kenapa dengan kamu Ratna?Cuba cakap dengan papa'Rafa menunggu apa yang ingin dikatakan oleh kakaknya.

'Tok wan..tok wan...Dah takde' Teresak-esak Ratna di sisi Dato Samuel.Rafa yang mendengar seperti satu renjatan elektrik terkena badannya.Dugaan apa lagi ini.

'Allahhh.Inallilah' Dato Ramsyar Samuel meraup wajahnya.Air mata lelakinya juga mula gugur mendengar ibunya yang sudah kembali ke rahmatuallah.

'Bang sabar bang'Datin Marsha mengusap belakang suaminya sambil air mata juga mengalir mendengar ibu mertuanya sudah tiada.

Rafa menangis teresak-esak lalu berlari naik ke atas untuk menukar baju.Dia ingin pulang ke kampung.Nenek kesayangannya sudah tiada saat dia belum sempat menjenguk wanita tua itu. Rafa memasuki bilik dan mengambil baju kurung putih bersulam manik  di dalam almari lalu dibawa ke dalam bilik mandi.Rayyan yang masih tidur tidak dihiraukan. Setelah siap menukar pakaian dia keluar dengan mata yang masih mengalirkan air mata.

Satu tangan menariknya tanpa sedar.Rayyan memegang bahunya.

'Hey kenapa ni?Kenapa nangis?' Air mata Rafa makin lebat.Dia tak mampu menyebut.Sungguh pedih untuk menerima neneknya sudah tiada.Rayyan menarik Rafa ke dalam dakapan kerana melihat Rafa yang tidak mampu mengucap sepatah pun.

'Tok..tok wan.Hurmmm.. Hurmmm..dah..dah takdee' Rafa memegang erat belakang Rayyan.Segala air mata dilempiaskan di dada bidang suaminya.

'Inallilah.Sabar Rafa' Kepala isterinya diusap perlahan.
Sesekali dikucup kepala wanita itu.Setelah beberapa ketika Rafa melepaskan dakapan suaminya.

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now