Sejak tadi dilihat Rayyan hanya diam.Hanya jawab sepatah-sepatah pertanyaan sejak dari perjalanan pulang mereka.Dipandang Rayyan yang hanya duduk menyilang kaki di sofa di bahagian kedua ruang tamu.Muka yang tidak senang ditayangkan.Rafa meninggalkan asik beradiknya yang sakan berborak dengan Amril.Kakinya menghampiri Rayyan.
'Rayyan why tak join sekali?'Rayyan memandang Rafa sekali dan tanpa menjawab dia berlalu ke atas dan masuk ke bilik mereka.Rafa menghela nafas panjang dan turut memanjat tangga rumah.Amril mengekori pergerakan Rafa menggunakan ekor matanya.Walau hati terluka melihat buah hati berlalu pergi ke atas tapi dia tetap menayangkan senyuman walaupun kelat.
Sesampai di atas Rafa menguak pintu bilik.Dilihat Rayyan yang sedang berdiri bercekak pinggang di balkoni bilik mereka.Beberapa kali keluhan keluar dari mulutnya.Rafa menghampiri dan menyentuh bahu Rayyan.Tangan Rafa ditepis.Rafa mencebik.
'Awak kenapa ni?'Rayyan berpaling menghadap Rafa.Keluhan berat dikeluarkan.
'Kenapa dia datang?Kenapa you beritahu dia?Macam mana dia tahu kampung you dekat mana?'Rayyan menyilangkan tangannya ke dada.Mata melilau-lilau ke arah lain sambil mengetap bibirnya.
Rafa tertawa kecil.Dia menarik tangan Rayyan dan digenggam tangan suaminya itu.
'Awak jealous ke?'Rafa tersenyum mengejek.
'Eh mana adalah.Dahlah lepaskan tangan I' Rafa mencebik.Dengan pantas tangannya menjentik kepala Rayyan sambil ketawa.Langkah seribu mula diambil.Rayyan menggigit bibirnya lalu mengejar Rafa yang sudah mula mencari jalan untuk keluar dari bilik.
'Ohh jentik ea?Tungguuu'Rayyan mula mengepung Rafa dengan tangannya yang didepakan.Rafa mengangkat tangan tanda menyerah akibat kelelahan setelah beberapa pusingan sudah dtawaf.
'Dahlah tu.Ermmm ni seliuh dah ni'ujar Rafa dengan manja.Rafa duduk di atas katil sambil menyua kedua kakinya.
'Seliuh?Mari I tengok'Rafa mencebik sambil meraih simpati.Sengaja dia buat begitu kerana sudah penat dikejar.
Rayyan menghampiri Rafa dan memegang kaki isterinya itu.Selang beberapa saat,ditarik laju kedua kaki Rafa sehingga membuatkan Rafa terbaring. Rayyan naik ke atas isterinya itu.
Mulutnya dibawa menghampiri telinga Rafa.'Seliuh ya?Ke saja nak goda I?' Muka Rafa mula bertukar warna.Pipi mula memerah menahan malu.Tubuh Rayyan cuba ditolak namun tidak berhasil.Mata mereka mula bertaut.Debaran di hati mula kuat.Senyuman menggoda Rayyan mengetarkan naluri perempuannya.
Cuppp.
Satu kucupan laju singgah di bibir Rayyan.Dan kala itu Rayyan terus memegang bibirnya akibat terkejut dengan ciuman pantas isterinya.Peluang itulah membebaskan Rafa dari kepungan badan Rayyan.
'Wekk.Bye'Rafa terus berlari keluar dari bilik.Badan tegapnya dilentangkan di atas katil. Senyuman lebar singgah di bibirnya.
'Haih menggoda betul dia ni' ujar Rayyan sambil masih terimbau-imbau memori tadi.
***
Sebuah majlis tahlil serdahana diadakan pada malam itu.Hanya pelajar-pelajar tahfiz,ustaz dan ahli keluarga terdekatnya sahaja.
Apabila tetamu sudah mula beranjak pulang,Rafa mula ke dapur untuk mencuci pinggan mangkuk dan mengemas dapur. Kakaknya yang sudah berada di dapur ditegur.'Along.Buat apa tu?'Sedikit tersentak bahu Ratna kala itu.
'Ishh terkejut nyah.Aku tengah gosok baju ni.Kau tak nampak?'Sindir Ratna.
'Amboi kau.Perli ek?Saja je aku tanya.Bibik mana?'Rafa melilau-lilau mencari bibiknya tapi tiada pula.Hanya Ratna seorang di situ.
'Bibik tengah kemas kat depan.Kau tak sedar ke?'
YOU ARE READING
Cinta Itu Untuk Aku
RomanceRafa Rania Marisya Dato'Mohd Ramsyar Samuel.Siapa tak kenal dengan nama itu.Gadis kacukan Melayu-Cina-Arab-Thailand.Cantik bukan main seperti namanya.Tetapi perangai dan mulut mengalahkan hantu. Tengku Rayyan Iskandar Daniel Tan Sri Tengku Raffan Is...