Bab 26

3.6K 126 12
                                    

Bangun sahaja subuh tadi Rafa terus bergegas turun ke bawah bagi menghilangkan rasa malu semalam.Sedar-sedar pagi tadi pun mereka masih berpelukan dan menghadap satu sama lain. Rafa turun meninggalkan Rayyan yang masih diulit mimpi setelah solat subuh dan mandi.

Dari awal dia juga sudah ke dapur untuk mengeluarkan bahan-bahan memasak untuk semua orang.Menu yang dipilih untuk dibuat hari ini adalah nasi lemak dengan kuah sambal sotong dan mi goreng mamak. Mujur semua barang-barang dah siap sedia di dalam peti.

Sedang asyik memasak hidangan, Rafa terasa ada satu tangan memeluk pinggangnya dari belakang.Naik bulu romanya.Tambahan lagi apabila geranan itu meletakkan kepalanya di bahu kanannya.

'Morning.Awalnya bangun. Kenapalah susah-susah nak masak?Kita makan luar jelah'si pemilik suara serak basah itu berkata sambil tangan mula memegang tangan Rafa dan turut sama cuba mengacau masakan di dalam kuali.

'Hurmmm.Takpe takyah membazir.Barang banyak dalam peti so saya masaklah' Rafa cuba untuk menolak Rayyan ke tepi sikit kerana agak menganggunya untuk bergerak namun Rayyan tidak mahu berganjak malah hanya ketawa perlahan.

'Chill baby.I'm not gonna eat you' whatttt??Baby???Dia panggil aku baby?Ya Allahhhh cair ni.Cair.Rafa bermonolog dalam hati.

'Eerrr.Rayyan boleh tak lepas kejap.Saya nak masak ni'

'Tak nak.You wangi'Rafa terkejut apabila Rayyan mencium lehernya.Walau sekejap,tapi darah Rafa dah mula menaiki kawasan muka.Rafa terpana.Dia menggoda ke ni?

'Rayyan,are you seducing me?'

'Yeah maybe'selamba badak sahaja lelaki itu menjawab.

Bunyi orang berdehem menyebabkan Rafa terus menolak Rayyan ke belakang dengan kuat sehinggakan hampir terjatuh lelaki itu.

'Eh eh.Asal berhenti berasmara dana?Teruskan jelah.Kami suka anak menantu kami macam ni.Ya tak bang?' Datin Marsha bergurau.Kedua-dua Rafa dan Rayyan sudah terasa membahang di wajah mereka.Yalah orang tua yang melihat kondisi mereka tadi.

'Betul tu yang.Haihh kita pulak rasa cam menggangu dorang berromantik kat sini'Ujar Dato' Ramsyar Samuel sambil tersengih.

'Mama Rafa ni malu ma.Dia ni dengan Rayyan pun dia malu-malu,depan orang lain lagilah.Kan sayang kan?'Rayyan mula menghampiri Rafa semula.Sengaja ingin mengacau Rafa.Rafa mengetap bibir sambil menjeling Rayyan tajam.

'Ermmm mama papa duduklah dulu kat depan.Nak siap dah ni sarapan'sengaja dia mengalih tajuk kerana makin dibiar makin menjadi-jadi Rayyan akan mengusiknya.

'Hah.Yalah.Kami ke depan dulu.Ehh btw,dorang dah bangun belum.Kita nak tolak awal ni pergi sunway lagoon'Rafa mengerutkan dahi.Sunway?Kita?Rafa mengangkat kening sebagai tanda soal kepada Rayyan.Rayyan hanya tersenyum lalu mengangkat bahu dan turut beredar dari situ bersama ibubapa mertuanya.

***

Suasana sunway lagoon yang riuh kerana musim cuti dan hari minggu diperhati Rafa.Dia mengeluh panjang.Tak sangka familinya dan Rayyan sudah merancang semua ini tanpa pengetahuannya.Habis kena ambil cuti dekat hotel.Dia tak suka sebenarnya kerana takut staf pula memandangnya pengurus yang tidak bertanggungjawab hanya kerana dia anak menantu bos.

'Heyy termenung apa tu.Jomlah pergi salin pakaian'Rafa memandang ke arah Rayyan di sebelahnya.Muka tidak puas hati ditayangnya.

'Asal tak beritahu nak datang sini?'Rafa berpeluk tubuh dengan mata memancar tepat ke dalam mata Rayyan.

'Saja.Surprise'hanya itu dijawab Rayyan sambil tangan diseluk ke dalam poket seluar.

'Kepala hotak dia surprise.Apalah nanti staf cakap kalau saya tak datang kerja.Dahlah baru sebulan lebih kerja dah ambik cuti'

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now