Bab 28

4K 139 20
                                    

Rafa yang sudah dipindahkan ke bilik vvip diperhati.Oksigen masih terpasang pada hidungnya kerana doktor memberitahu bahawa kandungan oksigen dalam badan masih kurang. Sungguh dia tidak akan memaafkan orang yang melakukan perkara jahat sebegini kepada isterinya itu.Kepalanya ligat terfikir siapa gerangan yang berbuat sedemikian kepada Rafa.Dia meraup wajah dan rambutnya beberapa kali.Baju yang masih basah masih tidak ditanggalkannya.

Bunyi deringan telefon kedengaran.Rayyan mencapai telefonnya di atas meja sebelah Rafa.Nama ibu mertuanya tertera.

'Hello assalamualaikum mama'

'Waalaikumsalam.Rayyan call ye tadi?Sorrylah mama pergi toilet tadi.Ada apa Rayyan?'Rayyan sedikit keberatan untuk memberitahu tentang perkara yang terjadi kepada isterinya.Namun dia tahu keluarga isterinya perlu mengetahui perkara itu.

'Mama..ermmm..'

'Kenapa ni Rayyan?'

'Rafa..Rafa'

'Rafa kenapa Rayyan?'

'Rafa masuk hospital mama'

'Huhh??Kenapa boleh sampai masuk hospital?Sakit apa?'sungguh cemas suara wanita separuh abad itu di talian.

'Ada orang perangkap dia.Kunci dia dalam freezer.Rayyan tahu selepas tengok cctv sebab dia tak balik-balik rumah.Bila Rayyan sampai tu dia dah pengsan dalam freezer tu'

'Ya Allah anak akuuu..kenapa Rayyan boleh sampai macam tu sekali?Apalah salah anak mama tu'alamak.Ibu mertuanya dah mula teresak.Apa patut dia buat ni?

'Sabar ma.Rafa dah sedar dah pun.Dia dah stable.Mama jangan risau tau.I will take care of her'

'Kalau mama boleh naik flight tengah malam ni..mama dah pergi dah.Kamu tolong jaga Rafa ya?Esok mama book flight pagi'esakan Datin Marsha agak perlahan berbanding tadi.

'Sokay ma.Mama kan baru drive sampai Terengganu.Rafa okay dah ma.Nanti kalau dia dah sihat Rayyan bawak dia balik Terengganu.Esok bila dia dah larat Rayyan bagi mama cakap dengan dia okay?'kesian pula dia dengan mak mertuannya itu.Mesti sangat risau wanita tua itu terhadap anak perempuannya ini.

'Baiklah kalau macam tu Rayyan. Just keep her safe.Mama nak bagitahu papa dulu.Okay lah Rayyan.Assalamualaikum'

'Okay Waalaikumsalam'panggilan ditutup.Rayyan mula membuka wassap.Pesanan ringkas kepada ibunya masih tiada bluetick. Mungkin mummynya sudah tidur.Yalah jam sudah menunjukkan jam 10.30 malam.

Bunyi ketukan pintu memecahkan keheningan bilik yang hanya berbunyi mesin.
Wajah doktor lelaki di bahagian kecemasan tadi terpacul di muka pintu.Rayyan terus mengambil tudung dan menutup kepala Rafa.

'Boleh saya masuk?'kata doktor itu.

'Boleh.Silalah doktor'dilihat di tangan doktor itu terdapat baju dan seluar.

'Saya datang ni sebab nak hantar baju ni je.Basah baju encik tu.Nanti encik pulak yang masuk hospital.So tukarlah'

'Thanks doctor.Ni doctor punya ke?Menyusahkan je doktor' Rayyan rasa terharu pula apabila doktor itu menghulurkan baju tersebut.

'Takpe.Sokay.Saya memang bawak spare selalu.I think muat kut if you wear it.Saiz kita dekat je'

'Thank you so much doctor.Nanti I bagi balik lepas cuci'

'No it's okay.Simpan je'

'Takpe ke doktor?'

'Takpe.Oklah saya nak keluar dah ni.Apa-apa just inform nurse ya?'Rayyan menangguk dan matanya hanya memerhati doktor itu keluar dari bilik tersebut.Selepas itu,terus Rayyan ke bilik mandi,mandi dan menukar bajunya.Mujurlah ada doktor yang baik begitu.Baru sahaja dia ingin mengeringkan rambutnya dengan pengering rambut yang tersedia di dalam bilik mandi itu,tiba-tiba dia mendengar suara Rafa menjerit-jerit.Bergegas Rayyan keluar dan melihat Rafa sudah mula menangis.

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now