Bab 4

5.6K 124 10
                                    

'Aku terima nikahnya Rafa Rania Marisya Binti Mohd Ramsyar Samuel dengan mas kahwinnya 150,000 ringgit tunai' mendengar sahaja ayat itu terbit dari mulut Rayyan, air mata Rafa menitis.Bukan kerana bahagia tetapi berduka kerana dia sudah sah menjadi milik Tengku Rayyan Iskandar Daniel bin Tengku Raffan Ismail.

Sejurus itu, sesi menyarungkan cincin berlangsung.Hanya sekejap tetapi banyak gambar yang telah diambil oleh setiap orang di situ.

'Pergi cium bini kamu tu Rayyan' Tan Sri Tengku Raffan Ismail menolak Rayyan menghampiri Rafa apabila Rayyan mengundur menjauhi Rafa ketika itu.Dia ingatkan sudah habis sesi "fake smilenya" tadi tapi malangnya ada lagi.Perlahan-lahan Rayyan mendekatkan kepalanya di sisi Rafa.

'Kau jangan ingat aku nak sangat cium kau ni.Aku akan samak mulut aku ni dengan 7 kali air mata air' mata Rafa mencerlung ke arah Rayyan dan sejurus itu Rayyan mencium dahi Rafa.Hanya sekejap dan tidak sampai dua saat.

'Eh lamakan lah sikit.Kami nak tangkap gambar ni'jurugambar-jurugambar profesional yang diupah oleh kedua-dua belah pihak pengantin itu membuatkan kedua-dua orang pengantin itu mendengus lembut cukup untuk hanya mereka yang dengar.
Dengan malasnya Rayyan mencium dahi Zafa.Tiba-tiba dia rasa lain.Sama seperti Rafa juga.Jantung mereka tiba-tiba berdegup.

'Dah-dah.Kalau nak,sambung dalam bilik aja.Orang suruh lama tu bukan sampai 10 jam.Bilik Rafa kat atas je kut.Sambung kat ataslah ye Rayyan'ramai yang tergelak mendengar kata-kata Puan Sri Tengku Sandra itu.Rayyan yang mendengar terus melepaskan ciumannya manakala pipi Rafa sudah mula kemarahan menahan malu.

Selepas majlis makan-makan di rumah Rafa sesudah akad nikah, sanak-saudara sebelah keluarga Rafa dan Rayyan mula bersurai untuk pulang ke hotel masing-masing menjelang petang.Majlis bagi pihak Rafa hanya diadakan secara "simple" iaitu hanya diadakan di rumah atas kehendak Rafa.Hanya 2,500 orang yang datang.Itu pun satu jumlah yang agak ramai.Rafa hanya menganggar lebih kurang 1,500 orang sahaja.

Rafa menghembus nafas lega kerana dia tidak perlu lagi mengotorkan tangannya, memegang lengan Rayyan di hadapan tetamu.Diangkat baju pengantinnya yang meleret dan terus duduk di atas sofa di dalam biliknya itu.Letih badannya hari ini kerana dari pagi sampai malam kena layan tetamu.

Rafa memerhati tangannya yang sarat dengan inai.Ukiran inai itu dipandang sepi walaupun cantik.Diukir oleh seorang profesional melukis inai yang dibayar oleh ahli keluarga Rafa.

'Aku tak sangka yang aku dah berkahwin dengan musuh aku sendiri.Ya Allah aku benci dia Ya Allah tapi kalau inilah ketentuan kau, aku terima.Kuatkanlah iman aku untuk terus sabar walaupun apa pun terjadi kerana dia'tanpa sedar sepasang mata mengintai daripada luar bilik tidur Rafa.Setiap kata-kata Rafa tadi didengar dengan jelas.

'Kau takkan pernah akan tahan hidup dengan aku.Aku akan sengsarakan hidup kau sampai kau minta cerai dari aku.Aku takkan ceraikan kau selagi kau tak datang pada aku dan melutut untuk suruh aku ceraikan' bicara Rayyan di dalam hati.Baju melayu pengantin berwarna maroon itu diperkemas dan dia masuk dengan selambanya masuk ke dalam bilik itu.

'Oiii minah.Kau buat apa haa? Berangan ehhhh?'Rayyan berbaring di atas katil Rafa yang berhadapan dengan Rafa.Kakinya disilang dan matanya menjeling-jeling muka Rafa.

'Kau sibuk asal.Aku tengok inai ni.Cantik sangat.Tak macam kau muka kau macam beruk mak nyeh'Rafa tersenyum sinis memandang Rayyan.Hatinya gembira kerana dapat menyakitkan hati Rayyan.

'Mulut kau tu jaga sikit.Kau tu dah jadi isteri aku.Jangan nak kurang ajar sangat dengan aku.Kan aku tak rela, berdosa kau sampai mampus' mendengar ayat itu terus senyum sinis Rafa tadi mati.Dia beristighfar di dalam hati.Dia akan bersabar dengan perangai Rayyan selagi dia mampu.

'Ya ya.Fine.Berdosa.Whatever.Aku nak mandi kau tolong keluar jap'Rafa menunjukkan jari telunjuknya ke luar bilik.Rayyan pila hanya buat bodoh.

'Apasal kau buat bodoh ni? Keluar lah.Tak dengar ke?'Rafa bangun dan menolak Rayyan dari terus berbaring namun Rayyan langsung tidak terjejas kerana badannya lagi besar daripada Rafa.

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now