Bab 40

496 27 4
                                    

Pinggan- pinggan yang sudah terisi sarapan pagi itu dihidangkan ke meja makan. Lantas tangan laju pula mengemas peralatan dapur yang sudah digunakan. Sesekali jam di dinding dikerling Rafa.

' Morning babe. Masak apa tu?' Rayyan yang sudah segak berpakaian kemeja kelabu mengambil tempat duduknya di meja makan.

'Harini saya masak spaghetti aglio olio and scrambled egg je.Simple betul
Takpe kan?' Tangan mula menyendukkan makanan ke piring Rayyan.

'Ya Allah oklah ni. Simple apanya. Syukur dapat isteri rajin' Rafa tersenyum lantas punggung dilabuhkan di kerusi sebelah suaminya. Diambil sedikit spageti dan diletakkan ke pinggannya pula.

'Ishh tak sukalah macam ni' baru sahaja suapan pertama mahu menyinggahi mulut, langkahnya terus mati mendengar kata- kata Rayyan. Muka berkerut suaminya diperhatikan. Takkan tak sedap kut, nampak tadi bukan main melahap.

' Whyy? Tak sedap ke?'Rafa membulatkan matanya. Menunggu jawapan dari mulut si suami.

'Tak suka sebab nanti berapa hari takleh nak makan makanan isteri tercinta I ni' Rafa ternganga sambil memandang Rayyan. Mata yang tadinya bulat disepetkan.

'Ingatkan apalah tadi. Awak niii. Saya ingat tak sedap ke apalah tadi. Haihhh'

'Hahahha.Gila tak sedap. Masakan you will always be no 1 lah. Cuma rindulah because isteri I ni nak balik Terengganu. Nak tinggal shuben dia, taklehlah makan sedap-sedap' Rayyan mencebik manja sambil meneruskan suapannya.

'Haih Rayyan Rayyan. Rasa bersalah lah pulak nak pergi. Kalau tak disebabkan urusan tanah tu, saya tak nak balik jugak. Hurmm. Ke nak saya tangguh?'

'Takpe takpe. Pergi je. Kita kan dah nak pergi honeymoon jadi you have to settle first apa yang patut kat sana. Takdelah jadi emergency ke apa-apa masa kat sana'

'Oklah macam tu. InsyaAllah saya settle dalam 3 hari ok?' Rayyan mengangguk. Bunyi deringan dari telefon pintarnya menghentikan sekali lagi kunyahannya lantas diangkat panggilan tersebut.

'Haa ye afiq. Ada apa?..Oh okk. Aku bagitahu Rafa kejap' telefon dimatikan.

'Raf..Qatia dah sampai'

'Aduhh okk.Jap nak habiskan makanan ni' cepat-cepat dia menyuapkan sisa spageti yang masih berada di pinggan.

'Ehh slow-slow. Tersedak nanti' Rafa hanya mengangguk tetapi tangan masih laju menyuap ke dalam mulut. Rayyan hanya mampu mengelengkan kepala. Tangan Rafa mencapai air teh o di sisi. Laju punya pasal betul-betul dia tersedak air tersebut kerana ruang mulutnya masih penuh dengan makanan.

'Haih kan dah cakap you ni' Rayyan bangun lalu menepuk-nepuk dan menggosok belakang Rafa perlahan.
Rafa mengangkat tangannya tanda ok.

'Qatia tu tak larinya kalau kena tunggu 10 minit pun.Aduhai isteri orang ni' Rayyan mengeleng-geleng. Rafa pula sudah mula mengangkat pinggan yang kotor dan terus mencucinya.

'Awak siap tak lagi makan tu? Kalau tak lagi saya nak mintak izin keluar dulu boleh?'

'Boleh je sayang'

'Tapi pinggan-pinggan kotor nanti macam mana eak?'

'Ya Allah. Takpe. Bukannya I tak pernah basuh pinggan sendiri. You pergi lah dulu. Sekarang dah pukul 10. Nanti nak sampai terengganu 6 ke 8 jam jugak. Lagi- lagi naik myvi kawan you tu. Tah 10 jam baru sampai kut' Rafa ketawa kecil.

'Ishh jahatlah awak ni. Myvi tu king of the road tau. Jangan main-main. Boleh terbang tau tak?' Rayyan turut ketawa mendengar ucapan isterniya.

' Kinglah sangat. Dah jom keluar. Mana bag? I angkatkan' Rayyan beredar mencuci mulut dan tangannya lantas dihampiri beg pakaian Rafa yang kelihatan di sisi sofa .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 27, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now