Bab 24

4.2K 162 16
                                    

Rafa yang asyik meneliti fail  di dalam telefon pintarnya memandang waktu pada skrin telefon tersebut. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.Rayyan masih tidak memanggilnya untuk pulang.Mungkin suaminya ada kerja lagi.
Bunyi ketukan pintu membuatkan Rafa terbangun.Dia pasti Rayyan yang datang untuk memanggilnya pulang.

Tapi sayang,bukan suaminya.Nini si pembantu peribadinya yang datang.

'Puan Rafa.Puan nak saya balik dulu or puan nak saya stay sampai Tengku datang?'tanya Si Nini yang hanya berdiri di muka pintu pejabat Rafa.

'Ehh takpe-takpe.You can leave. Sekejap lagi Rayyan sampai. Awak baliklah dulu'

'Betul ke ni Puan?Takpe ke puan?'Rafa mengangguk.

'Betul.You may leave'Jawab Rafa.Kesian juga kalau Si Nini ni nak kena tunggu dia yang tak tahu Rayyan mahu datang pukul berapa.

'Kalau macam tu,saya pergi dulu ye puan.Assalamualaikum'

'Waalaikumsalam'Sejurus itu Nini keluar dari ruang pejabat Rafa.Rafa mengeluh panjang.Lambat betul Rayyan hari ini.

Seminit...dua minit...Matanya makin layu.Layu selayunya sehingga tertidur di atas meja kerja.

***

Terasa dirinya seperti diawan-awangan.Rafa tersenyum sambil mata masih tertutup rapat.

'Hey.Asal senyum-senyum ni.Bangunlah'Rafa masih lagi tersenyum.Sempat dia mengeliat tangannya ke atas sebelum memeluk sesuatu yang agak keras.Kepalanya disandarkan pada sesuatu yang...Tajam tetapi melengkung.

'Amboi.Amboi bangunlah Rafa sayang'Rafa membuka matanya perlahan-lahan.Cahaya lampu yang masuk ke dalam mata menyilaukan matanya.Tiba-tiba...

'Arghhhhh'terkejut Rafa melihat mukanya yang begitu rapat dengan bibir seseorang.Perlahan-lahan dia melihat wajah pemilik bibir itu.Rayyan.Dan sekarang dia sedang merangkul kemas leher lelaki itu.Dan dia sedang digendong oleh Rayyan.Dan dia juga sudah berada di dalam rumah mereka.

'Kenapa angkat saya ni?Bukan saya ada dekat pejabat ke tadi?Macam mana dah ada dekat rumah ni?'bertubi-tubi soalan dilemparkan oleh Rafa kepada Rayyan.Rayyan ketawa melihat reaksi cuak Rafa itu.

'Hmmm.Sedap sangat tidur sampai encik suami angkat pun tak sedar'
wait.Whatttt?Aku salah dengar suara seseorang ke.Ujar Rafa di dalam hati sambil berpaling ke arah kirinya.Melepaskan satu tangan dari leher suaminya.

Alangkah terkejutnya dia melihat kesemua ahli keluarganya termasuk kakak dan abangnya berada di atas sofa.Makin terbeliak biji mata Rafa.

'Sweetnya.Angah aku nak kahwin lah lepas ni.Doakan kak long kau ni ya'Rafa makin mengerutkan dahi.Makin bengong kepalanya saat ini.Dia bermimpi atau apakah dia ini?

'Abang lang pun sama ngah.Future wife aku nanti aku nak buat macam Rayyan buat jugaklah.Hehehhe'sahut si lelaki bertshirt kelabu itu pula.

'Alah korang ni.Adik pun nak jugak'Si remaja lelaki 18 tahun itu pula bersuara.

'Adikkkkk'semua di situ menjerit termasuk kedua-dua ibubapa Rafa.Hanya Rafa yang masih diam.

'Ya.Ya.Sorry.Sorry'remaja itu mengangkat tangan tanda menyerah.

Sesaat..dua saat...tiga saat...

'Koranggggg.Jahatttt.Awak turunkan sayaaa'Mata Rafa dah mula berair.Sedih bai adik-beradik semua berkumpul kat sini.Sejurus itu Rayyan menurunkan Rafa.Rafa berlari ke arah adik beradiknya.Memeluk mereka beramai-ramai.Sudah lama mereka tidak berjumpa.

'Surpriseeee'semua berkata serentak.Termasuk Dato' Mohd Ramsyar dan Datin Marsha.

Setelah berpelukan hampir seminit,terdengar seseorang berdehem.

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now