Bab 39

332 16 7
                                    

Rayyan memasuki hospital swasta yang sentiasa dikunjunginya setiap 6 bulan sekali. Sesi "checkup" sentiasa dilakukan untuk mengawal tahap kesihatannya. Senyuman tidak lekang di wajah memikirkan hubungannya dengan Rafa yang semakin membaik. Sungguh dia jatuh cinta akan wanita itu.

Puas hatinya melihat Tasha yang seperti sudah patah kedua belah kaki dibuatnya. Dia tahu dunia peragawan adalah bagaikan nyawa buat bekas kekasihnya itu.
Memang dia sengaja merancang dan mengarahkan semua yang terlibat untuk menolak dan membuang Tasha dari set walau bagaimana cara sekalipun. Ya memang ada rasa bersalah kerana berbuat demikian tetapi Tasha harus menerima pengajaran ini. Cukup baik dia tidak memenjarakan wanita itu atas baki belas kasihan dalam dirinya.

Pintu bilik doktor diketuk. Dia masuk lantas bersalaman dengan lelaki lingkungan 50an itu.

'Hyeee unclee.Sihat?' Dengan riang dia bertanya. Doktor Razak di hadapanya mengangguk sambil tersenyum kepada anak rakannya itu. Dari waktu dirinya mula berkhidmat sebagai doktor pakar, Tan Sri Tengku Raffan akan membawa keluarganya untuk menjalani checkup di bawah penelitiannya. Jadi mereka sangatlah rapat.

'Sihat jer. Kamu macam mana?Ok? Kenapa last checkup kamu tak datang? Daddy Mummy sihat tak?' Ujar Doktor Razak.

'Alhamdulillah sihat je semua. Sorry uncle that time I balik rumah isteri dekat Terengganu so terlepas lah hehe lepastu tiba-tiba malas lah pulak nak datang balik'

'Aduhai budak ni tapi takpe asal bahagia dengan isteri.Btw, you request nak buat full set body examination kan?MRI apa semua kan?'

'Haah uncle. Sebab before this just ambil darah kan?So dh setahun tak buat full set'

'Ok baiklah. Uncle suruh nurse bawakkan kamu ya ke radiology department.Tapi macam biasalah blood test dulu ya.'

'Okay uncle' Doktor Razak mengangkat ganggang telefon disisinya dan menelefon jururawat yang berada di luar untuk masuk ke bilik.Selang beberapa saat, seorang jururawat mssuk.

'Ya doktor?' Jururawat itu berkata.

'Hantarkan Encik Rayyan untuk ambik full blood test and then radiology department'

'Baiklah doktor.Silakan Encik Rayyan' jururawat tersebut mempersilakan.

'Ohh yeah lupa. I'll give you the result by tomorrow okay? I have tons of works waiting jadi uncle nak selesaikan dulu then malam nanti uncle call you untuk result'
Sempat Doktor Razak menghentikan langkah Rayyan.

'No hal uncle. It's okay. Bukan rushing pun hehe.Ok uncle I'll go first.Bye' Rayyan mengangkat tangan dan berlalu pergi bersama jururawat tersebut.

***

Skrin telefon di tangan dileret-leretkan sambil menunggu untuk dipanggil untuk sesi pemeriksaan. Foto-foto Instagram seorang influencer berlegar di matanya. Rayyan melihat satu demi satu tempat-tempat yang dikunjungi influencer tersebut. Tiba-tiba dia berminat dengan suatu tempat dan otaknya mula berfikir akan sesuatu. Mulutnya tersenyum seraya memdail nombor telefon pembantu peribadinya.

'Hello Hisham. Aku nak kau tempahkan aku 2 tickets flight dalam minggu depan ke Japan. Settlekan pasport and visa untuk aku and my wife. Oh yeah survey sekali hotel yang best for newlyweds. Pastikan yang terbaik faham?Ok thanks' Rayyan meletakkan telefon. Senyuman kembali terhias di bibir. Tiba masanya dia dan Rafa harus berbulan madu. Dah beberapa bulan kahwin tapi masih tak pergi ke mana-mana seperti pasangan yang lain.

'Encik Tengku Rayyan Iskandar Daniel'
Suara seseorang memangilnya dari arah tepi mengejutkannya dari igaunnya. Seorang jururawat memangilnya untuk sesi pemeriksaan MRI.

'Ya saya' Rayyan menjawab lantas bangun dari tempat duduknya.

'Boleh masuk ya encik' Rayyan mengangguk lalu masuk ke dalam bilik pemeriksaan tersebut.

Cinta Itu Untuk AkuWhere stories live. Discover now