'Rafa kau okey ke?Dari keluar kafe tadi aku nampak kau sedih aja' sambil memandu kereta Myvinya sempat Qatia memandang ke arah sebelah kiri.Dilihat wajah Rafa masam mencuka dari tadi.Dia sedar masa di kafe lagi tetapi tidaklah mahu dia bertanya di hadapan dua orang yang lain.Dia sengaja mengajak Rafa menaiki keretanya apabila Fasya dan Nad menawarkan Rafa untuk menaiki kereta mereka berdua yang dibawa secara berasingan dengan Amilah.
'Aku okay je.Tak ada apa-apa pun' kata Rafa yang tersedar dari lamunanya.Dia tidak tahu mengapa dia masih lagi terkesan dengan apa yang dilihatnya tadi.Otaknya ligat berfikir situasi "hangat" yang dilakonkan oleh suaminya itu.
'Kau jangan nak tipu aku lah.Kau ingat kita baru kenal satu dua hari?Babe.Aku kenal kau sedekad dah.Cepat ah cerita dekat aku.Kau tahu kan I'm a good listener' terus sahaja Qatia mencapai tangan Rafa.Memberikan keyakinan kepada gadis itu untuk bercerita.
'Hmmm.Actually,tadi masa kita tengah syok cakap.Rayyan masuk kafe tu jugak...'
'Wehh kenapa tak cakap dekat aku.Kau ni'Amilah sudah memotong belum sempat Rafa menghabiskan ayatnya.
'Kau ni potong stim betul.Bagilah aku cerita' Rafa menjeling rakannya itu.Geram betul dengan Qatia.Rasa nak cekik sampai mati.
'Hahaha.Okey teruskan.Teruskan'
'Dia masuk dua orang tau.Bukan seorang.Dia dengan Tasha.Kau ingat kan?'
'Haah.Girlfriend dia.Tak putus-putus lagi pasangan "terbaik"sekolah tu.Bila nak mampus perempuan gila tu.Muka lawa sikit je pun.Lawa aku lagi.Dia tu muka je lawa tapi kepala hotak bodoh'
Sengaja ditekankan perkataan terbaik itu.Memang dari dulu semua orang menyampah dengan perangai pasangan itu.Ramai yang mengatakan Rayyan hanya dipergunakan oleh Tasha sahaja.'Kau ni.Rilek rilek.Aku yang tengah panas sekarang ni kau pulak melebih'Qatia hanya menayangkan giginya sambil menunggu cerita Rafa lagi.
'Yang aku mendidihnya,perlu ke dia orang tu berpeluk sakan.Macam tak ada agama.Rayyan tu satu.Dah kahwin tapi terikut lagi perangai miang dia.Kau tahu tak aku benci Rayyan tapi aku lagi benci bila aku sebagai isteri tak boleh bimbing suami dia ke jalan yang benar.Dia tu dah lalu jalan bengkang-bengkok dah.Cuba kau tolong aku bagi cara supaya dia tak buat dah benda-benda tu lagi.Aku tak nak dia tersesat pada zina pula.Aku bukan nak cerita aib laki aku tapi I need help from others' Rafa merengus halus.Terlepas habis luahannya.
'Ya Allah.Aku tak tahulah nak cakap macam mana.Macam ni.Apa kata kau goda dia?Kau goda dia lepastu slow slow kau bimbing dia.Aku ni bukanlah baik sangat tapi bagi aku tu je cara dia' dengar sahaja perkataan goda,terus sahaja Rafa tertawa.
'Kau gila ke apa?Aku bukan macam Tasha and sesetengah perempuan lain tau.Baju-baju aku dekat rumah pun aku rasa macam bungkusan.Semua tertutup and tak ada yang sexy-sexy.Dekat rumah mama papa aku adalah lengan pendek.Aku pun lebih selesa pakai tudung dalam rumah dengan Rayyan' Qatia menepuk dahinya.Kawannya itu memang memeningkan.
'Kau ni.Kau buang baju-baju tu.Kau nak pikat dia first dengan baju.Second dengan masakan.Tapi yang kedua tu aku tahu kau memang terer.So kau pergilah beli baju-baju yang terdedah sikit.Make him yours not hers'
'Hahahaha.Kau buat lawak ke der?Memang tak ah.Dah dah.Kau ni kan.Hilang dah stress aku duduk sebelah kau.Last-last aku pulak yang masuk tanjung rambutan' berdekah Rafa menahan ketawa.Memang idea kawannya itu cukup menggilakan.Tak masuk dek akal langsung.Dia?Goda?Pakai seksi-seksi?Seksa adalah.
'Kau ni.Aku sepak jugak kan.Aku bagi cadangan kau tolak.Tahi betul kau ni' kata Qatia sambil tangan mula mencubit manja Rafa di tepi.Kedua-duanya bermanja-manja sebelum....
Shretttt.....Bum
'Allahuakbar' kedua-duanya berkata serentak.Kepala yang terhantuk cermin di angkat dan badan mereka kembali tegak.
YOU ARE READING
Cinta Itu Untuk Aku
RomanceRafa Rania Marisya Dato'Mohd Ramsyar Samuel.Siapa tak kenal dengan nama itu.Gadis kacukan Melayu-Cina-Arab-Thailand.Cantik bukan main seperti namanya.Tetapi perangai dan mulut mengalahkan hantu. Tengku Rayyan Iskandar Daniel Tan Sri Tengku Raffan Is...