Rafa tersedar apabila terdengar seseorang berdengkur halus di sebelah telinganya.Dilihat Rayyan sedang tidur di sebelahnya sambil menghadap ke arahnya.Rafa mula menyandarkan tubuhnya ke kepala katil.Jam dipandang dan ia telah menunjukkan pukul 1.30 pagi.Langkah kaki diatur ke almari baju dan mengambil baju tidurnya untuk digantikan dengan baju Rayyan yang menutupi bajunya yang koyak di dalam.Kepala yang masih pening tidak menghalangnya untuk terus ke bilik mandi dan mandi dahulu.Air mata mula bercucuran apabila terkenang apa yang berlaku tadi.Dia hampir dirogol oleh seseorang. Sungguh hatinya perit saat ini.Dua kali dirinya hampir dirogol dan kedua-duannya diselamatkan oleh Rayyan.
Setelah mandi,Rafa menghampiri cermin besar tandasnya.Terasa perit lengannya saat ini.Lengan baju tidur disinsing ke atas hingga hampir ke bahu.Dapat dilihat banyak kesan merah dan lebam di kedua-dua belah tanggannya.Mungkin disebabkan manusia-manusia durjana tadi.
Rafa menangis lagi sambil memerhati dirinya itu.Sungguh dia kelihatan seperti tidak terurus dengan matanya yang bengkak,bibirnya yang ada kesan luka pasti akibat tamparan wanita tadi.
'Shitssss' jerit Rafa sepenuh hati.Air mata dilap dan dengan langkah longlai dia keluar dari bilik mandi itu sambil mata hanya memandang ke bawah.Insiden tadi masih berlegar-legar di kepalanya.
Rafa mengangkat mukanya apabila terasa gerak gerinya diperhatikan oleh seseorang.Dilihat Rayyan yang sudah duduk di birai katil menghadap bilik mandi dan sedang memerhati dirinya.Mata mereka bertemu lama sebelum Rafa beredar ke meja solek dan mencapai losyen.Lengan baju tidur disinsingkan ke atas dan losyen mula disapu pada hujung tangan hingga ke lengan.Kesakitan pada beberapa tempat menyebabkan Rafa terjerit perlahan.
Dan beberapa ketika kemudian,satu tangan mula menariknya untuk bangun.
'Kenapa kau biarkan orang masuk rumah?Kenapa kau tak keluarkan segala seni pertahankan diri kau yang kau belajar?Kau memang sengaja nak rasa badan jantan lain sebab aku tak sentuh kau?Macam tu ke?'kata Rayyan sambil memegang kemas lengan Rafa.Pappp.Satu tamparan kuat dikenakan pada pipi lelaki itu.
'Jaga mulut kau tu Rayyan.Aku tak semurah tu untuk bagi badan aku dekat sesiapa.Aku tak lahap lagi lah dengan jantan-jantan tu.Kalau aku nak dah lama aku minta dengan kau dan bukan dengan lelaki lain.Kau ingat aku rela ke haaa?Jantan tak guna tadi pukul aku,perempuan tu pun sama.Kau pernah kenal tak erti sakit?Aku sakitlahhhh.Bukan aku tak boleh tumbuk dia orang tadi,tapi dia orang dah cekup aku guna ubat tidur masa aku buka pintu...So let go of my hands.Aku sakit'
Dengan teragak-agak Rayyan melepaskan tangan Rafa.Wajah isterinya yang sudah berlinang dengan air mata ditatap.Rasa bersalah kerana menuduh perempuan itu begitu walaupun dia tahu bukan salah isterinya.'Please get out from my room.Now'Kata Rafa sambil muka menunduk dengan suara yang masih tidak normal.Air matanya masih mengalir dengan laju.Tidak tahu mengapa ayat Rayyan tadi begitu kejam dan dirasakan seorang suami tidak patut berkata begitu.Hatinya bagai dihiris-hiris.Dahlah badannya semua sakit,suaminya mula menyakitkan hatinya.
Terasa sebuah tangan mengangkat dagunya.Mata mereka berdua berpandangan.Rayyan mendekatakan mukanya dan Rafa sudah tidak keruan lalu matanya ditutup rapat.Tiba-tiba,terasa kedua-dua matanya dikucup penuh syahdu.Dan sepasang tangan milik suaminya sudah merangkul badannya.
'I am so sorry for cutting your heart into pieces again when you had already hurt your heart so bad'kepala Rafa pula dikucup sambil menenangkan gadis itu.Rafa terkejut akan tindakan lelaki itu namun cukup membuatkan dia selesa berada dalam dakapan Rayyan.Tangan dilingkarkan ke pinggang suaminya itu,kemas.Air matanya dirembeskan sepenuhnya di atas dada bidang Rayyan.Musuhnya yang sudah menjadi suaminya.
Setelah beberapa minit,Rafa sudah dapat menenangkan dirinya.Pelukan dilepaskan dan kepalanya ditunduk.
'Kau tunggu sini.Aku ambil first aid kat bawah,nak ubatkan tangan tu.Aku dah masakkan bubur juga tadi.Kau tak makan seharian kan?'Rafa hanya mengangguk.Dia memang dari tadi tidak makan.Mujur gastrik tidak kuat mana tadi.
****
'Bak sini tangan tu' terkejut Rafa yang asyik termenung dari tadi di sisi katil apabila suara suaminya menerpa.Tanpa menunggu lama Rayyan meletakkan bubur di atas meja dan mula duduk di sisi Rafa lalu menyinsing lengan baju isterinya itu.Kesan lebam di tangan isterinya dipandang dengan simpati.Tangan mula lincah menyapu ubat gamat di atas luka tersebut.Sekali sekala terdengar suara kesakitan keluar dari mulut Rafa.
'Sakitlahhh Rayyan'Rafa merengek sambil memandang suaminya yang tekun mengubatinya.Sungguh tidak disangka Rayyan akan sebaik ini dengannya walaupun tadi menyakitkan hati.
'Tahanlah sikit.Sikit je lagi.Sakit beranak lagi perit tau' ketawa halus diberikan sambil tangan masih tekun melakukan kerja.Kata-kata Rayyan tadi membuar Rafa mencebik.
'Beranak tu memang sakit tapi tu lambat lagi.Ni tangan aku yang sakit'
'Siapa cakap lambat lagi?'sengihan nakal diberikan sambil memandang Rafa tepat ke dalam mata.
'Gatal kau ni.Blue kepala otak tu.Aku cepuk karang'Kata Rafa sambil menjeling tajam Rayyan.
'Heh heh.Aku gatal dengan kau je sayang' rasa nak bernanah telinga Rafa mendengar perkataan tadi.Dia rasa dia tak tuli lagi untuk mendengar perkataan terakhir Rayyan tadi.Sayang?
'Apa kau cakap?Aku rasa aku salah dengar sesuatulah'inginkan kepastian,Rafa bertanya kembali walau dia tahu dia tidak salah dengar.
'Tak da pape.Dah..dah...siap dah luka tangan.Meh sini mulut kau.Luka teruk juga ni.Kau tahan lah sikit'Badannya merapati badan Rafa.Keadaan itu membuatkan Rafa tidak selesa namun tiada pula dia ingin menolak.Rambut Rafa yang terlepas ke hadapan diselitkan ke telinga membuatkan muka Rafa kemerahan.
Jari mula mencuit sedikit ubat sapu untuk bibir(oralpaste) dan dibawa ke hujung mulut Rafa.Dengan perlahan-lahan ubat disapu.Untuk seketika mata mereka gatal untuk bertaut.
Dup dap...dup dap...
Jantung kedua-dua mereka bermain gendang.Tanpa Rafa sedari tangan Rayyan sudah berhenti menyapu ubat di tepi mulut Rafa dan....Cupp...Satu kucupan laju hinggap ke bibir Rafa yang menyebabkan darahnya seperti sudah membeku.
Rayyan sudah terkekeh-kekeh ketawa dan tangan Rafa mula memukul-mukul dada Rayyan..'Kau dahh gila ke Rayyyannn?'jerit Rafa kuat sambil mengelap-ngelap mulutnya.
'Haah dah gila'kata Rayyan sambil menutup kotak ubat itu.Dia bangun dan mengambil bubur.Bubur tersebut diberikan kepada Rafa yang sedang memandangnya tajam.
'Dah makan tu.Tak rosak lagi bibir kau tu aku cium.Aku nak pi tidur.Kau makanlah'Rayyan dengan tanpa segan silu berkata dan berjalan keluar dari bilik Rafa sambil tangan diletakkan ke dalam poket seluar.
Sesampai sahaja di dalam bilik,Rayyan menutup pintu dan menyandar pada pintu bilik.Tangan diletak pada dada yang dah memainkan lagu dangdut.
'What the hell have you done Rayyan?'Ujar Rayyan sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
'Fall in love with her?But whatever she is your wife though...Her lips...'Rayyan tersengih sendiri.Membayangkan apa yang berlaku sebentar tadi.Kenangan yang perlu dijadikan favourite memorynya,maybe?
YOU ARE READING
Cinta Itu Untuk Aku
RomanceRafa Rania Marisya Dato'Mohd Ramsyar Samuel.Siapa tak kenal dengan nama itu.Gadis kacukan Melayu-Cina-Arab-Thailand.Cantik bukan main seperti namanya.Tetapi perangai dan mulut mengalahkan hantu. Tengku Rayyan Iskandar Daniel Tan Sri Tengku Raffan Is...