Hampir sebulan dia bekerja di syarikat Tengku Raffan Ismail.Penat?Of course.Penat dengan macam-macam kerenah pelanggan hotel.Sampai kadang-kadang terlepas waktu maķannya.Baru dia faham nak handle hotel ni bukan senang.
Bunyi ketukan pintu kedengaran.
'Masuk'kata Rafa dengan mata yang masih khusyuk dengan laptop di hadapannya.Nini masuk ke dalam bilik Rafa dengan keadaan cemas.
'Puan Rafa.Puan Rafa'Rafa mengangkat muka bila kedengaran suara Nini yang cuak itu.Wanita yang berbaju kurung cotton itu dipandangnya.Ya. Nini dah ubah penampilan selepas hari pertama ditegur Rafa.
'Ada apa ni Nini?Cuak sangat saya tengok ni'
'Housekeepers dekat bawah asyik call saya dari tadi.Ada perempuan ni dekat tingkat 10 menara B bilik suite 1007 tengah mengamuk just because of hair dryer bilik tu rosak.Saya dah cakap dah suruh dah HOD housekeeping pergi settle.Tapi perempuan tu tak nak.Dia kata nak jumpa boss besar'Rafa mengerutkan dahi.Pasal hair dryer sampai nak jumpa boss besar?
'Huh?Hair dryer punya pasal sampai nak jumpa boss?Habis tu kenapa dia tak sambung dekat bahagian Rayyan je?'
'Tak boleh.Sebab Tengku tengah keluar meeting.Tak balik lagi.Tan Sri pun takde.Jadi dorang suruh puan datang.Puan boleh tak?'Rafa menghela nafas panjang.
'Macam-macamlah manusia ni.Oklah saya pergi'Rafa terus bangun dan berlalu ke destinasinya saat ini.Dahlah jauh.Hotel Rayyan ni dipisahkan kepada dua bahagian.Satu dipanggil menara A dan satu dipanggil menara B.Menara A menempatkan bilik hotel berharga sekitar RM100+ hingga RM300+ sahaja dan bersambung diatasnya tempat bos-bos besar duduk termasuk HOD.Manakala menara B menempatkan bilik suites dan juga bilik sekitar harga RM400+ dan ke atas.Ada satu jalan shortcut yang hanya boleh digunakan oleh Director,CEO dan COO serta orang yang family Tan Sri Tengku Raffan Ismail kenal sahaja termasuklah diri dia sekarang ni sebab dia pun dah jadi family.Jalan tu sebenarnya sebuah jambatan pendek menghubungkan kedua-dua menara yang berada di tingkat 15
So sebenarnya taklah jauh mana.Cuma dia dah keletihan hari ni dan malas pulak naik turun lif.Keluar sahaja dari lif di tingkat 10 menara B Rafa sudah dapat mendengar bunyi kecoh.Langkah yang agak laju mula diatur ke arah bunyi bising itu.Susah juga sebenarnya kerana dia tengah berkebaya hari itu.Kain terasa ketat pula sedikit mungkin beratnya bertambah semenjak bekerja ni.
'Hey stupid.Kau tu dahlah kerja housekeeping je.Jangan nak lawan aku ya?'tempelak seorang gadis muda tinggi lampai,berpakaian menjolok mata , kepada seorang wanita yang bekerja sebagai housekeeper.Rafa melihat dari jauh sedikit , mahu melihat situasi dan keadaan dahulu.Orang-orang di sekeliling kawasan itu dah ramai sebenarnnya.Ada beberapa manager,housekeepers dan pelanggan hotel lain mengepung kawasan itu.
'Saya tak lawan cik pun dari tadi.Tapi cik yang marah saya cik.Saya dah kata dah cik nanti saya ambil yang baru.Tapi cik tak nak dan terus marahkan saya cik.Apa salah saya?Dari tadi lagi cik asyik menjerit'Kata wanita itu sambil menunduk.
'Aku tak kisah.Yang aku kisah sekarang ni mana Rayyan?Aku nak jumpa dia.Hotel ni dia punya kan?Aku nak suruh dia pecat kau.Faham?'
Beberapa manager lain cuba menenangkan wanita itu.
Rafa berjalan dengan yakin ke arah kawasan pergelutan itu.Tiba di sana semua memberi ruang dan sedikit tertunduk-tunduk.'Pu...'Rafa mengangkat tangan tanda menyuruh mereka semua senyap dan tidak menyebut namanya.Mereka semua akur.
'Assalamualaikum cik.Ada apa ni ya?'Rafa bertanya dengan penuh lembut walau dalam hati memang menyampah dengan perempuan itu.
'Kau sapa?Aku tak nak jumpa kau.Aku nak jumpa Rayyan.Jangan masuk campur.Ke kau nak kena juga pecat nanti?'semua di sana dah membeliakkan mata.Gila.Menantu pemilik hotel kut.Siapa berani buang?Rafa hanya beriak tenang.
YOU ARE READING
Cinta Itu Untuk Aku
RomanceRafa Rania Marisya Dato'Mohd Ramsyar Samuel.Siapa tak kenal dengan nama itu.Gadis kacukan Melayu-Cina-Arab-Thailand.Cantik bukan main seperti namanya.Tetapi perangai dan mulut mengalahkan hantu. Tengku Rayyan Iskandar Daniel Tan Sri Tengku Raffan Is...