((GAMBAR ATAS TU RUMAH BANGLO RAYYAN/BUKAN MAK BAPAK DIA PUNYA))
Majlis sambut menantu sebelah pihak lelaki telah berjalan seperti yang diinginkan di Golden Empire Hotel.Majlis dijalankan dengan penuh mewah.Rafa sudah siap sedia untuk dibawa keluar ke dewan.Cuma tunggu Rayyan yang datang ke bilik persiapan pengantin perempuan.
'Rafa.You look gorgeous lah.I tak sangka Rayyan boleh dapat perempuan macam angel.Kalau dia tinggalkan perempuan macam you, memang I sanggup masuk meminang you.Tapi kalau you sudilah' Katty atau nama lelaki sebenarnya iaitu Karman Kashah bersuara.Lelaki yang berperwatakan seperti wanita sedikit itu merupakan pereka pakaian baju pengantin Rafa dan Rayyan pada hari ini dan juga kenalan vvip Puan Sri Tengku Sandra.
'Apalah you ni.Lawak betul.I tak lawa pun.And...kalau betullah you sudi terima I kalau dia tinggalkan I, I on je.You apa kurangnya Karman.Hensem apa you ni dahlah pereka fesyen terkenal.Siapa tak nak,kan?'Rafa ketawa kecil.Dia lebih selesa memanggil Katty dengan nama Karman.Nama lawa-lawa mak bapak dia letak buat apa nak panggil lain.
'Hehhehe.Baguslah kalau macam tu.Nanti I cakap dekat dia suruh tinggalkan you cepat-cepat' Katty mula dah dengan perangai dia yang mulut celupar tu.Mendoakan apa yang ingin dielakkan oleh Rafa walaupun perkahwinan ini secara terpaksa.
'Haih mulut you.I cabai kan baru tahu.Doakan lah I dengan dia berkekalan hingga ke jannah.Ni you minta dia tinggalkan I pulak.You ni kan.Kena juga dengan I nanti''Alah.Gurau aja pun.Janganlah marah.Nanti tak cantik pulak you nanti'Karman buat-buat sedap hati Rafa.Rafa hanya tergelak dan menggeleng beberapa kali kepalanya.Dia pun hanya bergurau aja tadi.Bukannya betul pun nak marah.
Kewujudan Puan Sri Tengku Sandra dan Datin Marsha di hadapan mereka mematikan perbicaraan Rafa dan Karman.
'Rafa.Rayyan dah siap dah tu.Ada kat luar pintu bilik.Jom.Kita dah nak masuk dewan dah ni'Puan Sri Tengku Sandra berkata.Rafa hanya mengangguk dan Karman sudah pergi meminta izin untuk keluar.
Rafa dipimpin keluar oleh Datin Marsha dan Puan Sri Tengku Sandra.Di hadapan pintu bilik suite hotel itu dapat dilihat Rayyan yang berpakaian suit hitam bersama beberapa orang lelaki dan perempuan berbaju melayu dan baju kurung sudah bersedia teratur untuk turun ke ballroom.
'Rayyan ni Rafa dah sampai'Rayyan memandang ke belakang dan mulutnya sedikit ternganga dengan penampilan Rafa.Memang bukan seperti Rafa yang sebenar.Gaun berwarna royal blue yang ada pada badan Rafa memang sesuai dengan kulitnya yang putih kemerahan-merahan.Sungguh cantik 'isterinya' pada malam itu.
'Ehhh Rayyan termenung apa lagi tu.Dah cepat pimpin tangan Rafa'Tubuh pengantin itu masing-masing ditolak oleh ibu masing-masing untuk mendekati satu sama lain.Hampir sahaja Rafa ingin terjatuh ke atas Rayyan, mujur sempat tangan lelaki itu dipaut.
Hanya seketika mereka berbalas pandangan.Dengan langkah Bismillah Rafa masuk ke ballroom itu bersama Rayyan di sisi yang setia memegang tangannya.Masuk sahaja ke dalam ballroom tersebut tepukan gemuruh mendampingi mereka.Rafa sesekali memandang ke arah Rayyan yang disisi yang hanya berlagak tenang.Cahaya daripada kamera-kamera tetamu yang hadir dan photographer-photographer makin menyilaukan mata Rafa tetapi dia masih berlagak bersahaja.
Tiba-tiba mata Rafa terperangkap pada seorang wanita yang dia kenal.Kenal sangat-sangat.Wanita itu tersenyum jijik terhadapnya.Tak lain tak bukan Tasha.Tak sangka pula perempuan itu akan datang ke majlis perkahwinan mereka.Yalah siapa dapat bertahan kalau boyfriend sendiri bersama dengan orang lain.
Rafa memberikan senyuman senget lantas mengemaskan pelukan tangannya pada lengan Rayyan.Sengaja ingin menaikkan darah perempuan gedik itu.
'Kenapa kau pegang aku kemas sangat ni? Baik kau longgarkan.Tasha tu dah masam muka dia.Kau nak aku gaduh dengan dia ke?'Rayyan berbisik perlahan bersama senyuman yang masih tidak padam untuk tetamu yang datang.Terasa jauh pula pelamin dengan pintu masuk.
YOU ARE READING
Cinta Itu Untuk Aku
RomanceRafa Rania Marisya Dato'Mohd Ramsyar Samuel.Siapa tak kenal dengan nama itu.Gadis kacukan Melayu-Cina-Arab-Thailand.Cantik bukan main seperti namanya.Tetapi perangai dan mulut mengalahkan hantu. Tengku Rayyan Iskandar Daniel Tan Sri Tengku Raffan Is...