Rayyan menunggu doktor yang merawat Rafa di bilik doktor itu sendiri.Dilihat jam yang sudah menginjak ke pukul 11 malam.Mulut sudah menguap beberapa kali.Bunyi daun pintu yang dibuka membuatkan Rayyan menegakkan badannya dari terus bersandar pada kerusi.Doktor lelaki yang berada di hadapannya kini merenungnya pelik.Beliau mengambil tempat duduknya sambil mata masih pada Rayyan.
'Dah kenapa pulak doktor ni? Tengok aku macam aku ni alien' Rayyan berbisik di dalam hati.
'Sir.I think I was not calling you just now. I'm waiting for my Malay patient's relative.Please wait outside until my nurse call you please' Rayyan yang mendengar ayat yang terkeluar dari mulut doktor itu tertawa kecil.Dah agak dah mesti sebab rambut.
'Doktor.Saya Melayu lah.Saya suami Rafa Rania' terbeliak mata doktor itu mendengar kata-kata Rayyan.
'O...ohhh.Sorry my mistake.Melayu rupanya.Nampak macam mat saleh dengan rambut blonde tu' ditunujukkan jari telunjuknya kepada bahagian rambut Rayyan.
'Takpe.So...how is my wife?'
'Your wife is stable now.Dia dah okay actually.Encik tahu tak dia ada gastrik?' Rayyan mengerutkan dahinya.Kedua-dua tangan disilangkan ke dada sambil menyandarkan badannya pada kerusi.
'Saya tak tahu sebab saya baru aja kahwin.Dia tak pernah cakap pun' doktor lelaki itu mengangguk beberapa kali.
'Ohh.Patut pun jari Encik dan tangan Puan Rafa berinai.Okey.Macam ni.Melalui penilaian saya tadi,Puan Rafa langsung tak mengambil makanan dari pagi.Perut dia kosong dan dia mengalami gastrik yang teruk hari ni.So,lepas ni encik kena pastikan dia makan tepat pada masanya dan jangan skip makan.Lagi satu, saya nampak dia macam stress aja.Masa dia dibawa masuk ke ruang emergency tadi saya nampak mata dia sembap.Maybe dia ada masalah dan saya rasa encik kena bantu dia.Stress ni membunuh encik.Jangan bagi dia pendam seorang diri.Itu sahaja.'Rayyan mengangguk tanda faham.Pasti Rafa menangis disebabkan dirinya.Rasa sedikit bersalah berkurung di hati.
'Okey saya faham.Boleh saya bawa dia balik atau dia kena admit?'
'Encik boleh bawa dia balik and ambil ubat dekat kaunter ya'Rayyan terus bangun dan keluar dari bilik doktor itu.Sempat dia menyalami doktor yang dalam linkungan 30-an itu.Rayyan terus ke bilik rawatan yang menempatkan Rafa agar lebih cepat dia boleh beredar dari hospital swasta itu.
***
Rayyan merenung tajam ke arah Rafa yang sedang ralit menjamah roti bakar yang dipesannya tadi secara perlahan-lahan.Wajah Rafa ditenung bagai hendak ditelan hidup-hidup isterinya itu.Rafa yang menyedari ada sesuatu yang tidak kena,mengangkat wajahnya yang agak pucat lagi ketika itu.Mata pasangan itu bertembung dan sempat Rayyan berdehem lantas pura-pura memerhati kawasan kedai makan yang masih beroperasi itu walaupun jam sudah ingin menginjak 12.30 malam.Sekali lagi mata itu dibawa ke muka Rafa.Dari keluar hospital tiada sepatah pun yang terkeluar dari mulut Rafa.Marah mungkin.
'Ermmm.Rafa aku nak tanya ni.Kau apasal nangis ha?' Rayyan memulakan perbualan mereka sambil merenung Rafa.Rafa yang mendengar kata-kata Rayyan hanya menjongketkan bahunya tanpa melihat wajah lelaki itu.
'Woi.Bila aku bercakap tu pandang lah aku.Tak hormat suami langsung kau ni' Rafa berhenti mengunyah.Dipandang muka Rayyan dengan pandangan yang sangat redup.Matanya yang sembap merenung mata Rayyan yang memandangnya.
'Aku lapar' itu sahaja yang terluah dari mulut Rafa.Roti bakar itu dimakan kembali tanpa menghiraukan pandangan Rayyan yang tajam.
'Fine.Kau teruskanlah proses makan kau tu.Lepas ni aku nak cakap' Rayyan mencapai telefonnya dan mula bermain-main dengan permainan video bagi membenarkan Rafa makan dahulu.
10 minit kemudian....
'Kau nak cakap apa?'Rafa mengelap mulutnya dengan tisu sambil kepala dipangku oleh tapak tangan kanan.Mata tepat memanah muka Rayyan dengan muka yang tiada perasaan.
YOU ARE READING
Cinta Itu Untuk Aku
RomanceRafa Rania Marisya Dato'Mohd Ramsyar Samuel.Siapa tak kenal dengan nama itu.Gadis kacukan Melayu-Cina-Arab-Thailand.Cantik bukan main seperti namanya.Tetapi perangai dan mulut mengalahkan hantu. Tengku Rayyan Iskandar Daniel Tan Sri Tengku Raffan Is...