Hari ini merupakan hari penyampaian anugerah Sekolah Persendirian Hong Luan, Meena dan Maryam duduk di barisan hadapan. Sekolah Persendirian Hong Luan telah dibuka untuk pelajar sekolah rendah dan tahun ini merupakan tahun pertama mereka mengadakan hari penyampaian anugerah bersama sekolah menengah.
Mendiang Hong Guan telah lama bercita-cita untuk membuka sekolah rendah, katanya pendidikan yang baik harus bermula sejak kecil, dia sudah menulis draft blue print itu sejak dia berpindah ke Johor dan tahun ini cita-cita itu berjaya direalisasikan setelah mereka berjaya membeli tanah bersebelahan sekolah sedia ada. Pada mulanya Meena mengajak Maryam sama-sama menguruskan sekolah rendah, tetapi Maryam terikat dengan pelajar-pelajar SPM, maka Meena memulakan dahulu tugasnya disana sebagai guru besar. Maryam juga sudah jarang bertemu Meena kerana Meena sentiasa sibuk. Dia gembira bertemu Meena lagi, upacara dimulakan dengan ucapan pengetua, ucapan pengerusi sekolah PIBG dan ucapan guru besar sekolah rendah selepas itu diadakan persembahan seni dan kebudayaan setiap tahap. Mary anak Meena yang berusia 9 tahun itu menyertai persembahan murid-murid tahap 1. Acara dimulakan dengan pelajar tahun satu dan dua kemudian Mary mempersembahkan tarian klasik India secara solo.
"Wah Meena, pandainya Mary menari," kata Maryam, dia perasan bukan dia sahaja terpegun dengan tarian Mary malah semua penonton yang terdiri daripada guru-guru dan ibu bapa lain sama, dewan yang tadinya riuh rendah tiba-tiba senyap sunyi.
" Kau tau Maryam dia memang pandai menari, tapi belajar aku sendiri pun pening macam pahat dengan penukul, tapi papanya sokong saja," kata Meena sambil membuat isyarat pening.
Maryam ketawa kecil, Meena dan Robert memang tidak akan berubah walaupun sudah mempunyai tiga anak. Selain Mary, mereka ada sepasang anak kembar lelaki berusia 3 tahun.
Terdengar tepukan gemuruh dari para penonton selepas habis Mary menari, selepas tunduk hormat Mary berlari kearah Meena dan Maryam.
" Malu la tu," kata Meena sambil bertepuk tangan. Mary memeluk Meena kemudian bersalam dengan Maryam.
Upacara diteruskan dengan pencapaian sekolah, Jefri mendapat anugerah atlet terbaik dalam sukan badminton dan Mysara pula untuk pelajar terbaik seni dan pelajaran tingkatan 6.
" Wah bagus Jefri ni, ada harapanlah untuk jadi seperti anak-anak Sidek," kata Meena.
Tahun ini tahun yang kegemilangan sukan badminton apabila Malaysia memenangi Piala Thomas setelah kali terakhir memenanginya pada 1967 dan kejayaan diulangi sekali lagi apabila beregu Jalani Sidek dan Razif Sidek berjaya memperolehi pingat olimpik pertama negara di Sukan Olimpik Barcelona.
Maryam teringatkan sesuatu, dia mengambil kad jemputan Halimah dari tas tangannya dan memberikan kepada Meena.
'Halimah menjemput kita ke majlis hari jadi Najihah, kalau kau ingin pergi, kita ke sana bersama," kata Maryam, dia pun ingin berjumpa pulang ke Kuala Kedah lagi berjumpa keluarganya setelah kali terakhir dia pulang pada hari Ceng Beng, mereka sekeluarga berkumpul dan membersihkan kubur Pa.
Pada hari ditetapkan mereka bertolak ke Kuala Kedah, majlis hari jadi diadakan di rumah ibu bapa Halimah, Ustaz dan .
Mereka duduk berbual dan bergelak ketawa, sehingga suara yang agak familiar pada Maryam memberi salam. Hassan datang bersama isteri barunya warga Jordan, Halimah menguis tangan Maryam,
"Aku minta maaf tidak memberitahu kau Hassan datang, sebelum dia bagitau aku dia tidak hadir," kata Halimah rasa bersalah.
"Tidak apa-apa benda sudah berlalu," kata Maryam, dia berlapang dada kisah dia dan Hassan sudah lama terkubur mereka masing-masing sudah mempunyai keluarga.
Hassan berjalan kearah mereka yang sedang duduk makan,
"Apa khabar Maryam," tanya dia tersenyum, bertahun sudah tidak bertemu, wajah Hassan yang dia ingati ketika di berusia 18 tahun kini sudah berubah menjadi lelaki berusia.

ANDA SEDANG MEMBACA
MEI LIN
RandomKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...