"Zain menghirup kopi panas ynag baru diletakkan pelayan diatas mejanya. Dia menikmati permandangan sawah padi berlatar belakang Gunung Keriang di Anak Bukit.
" Pandai kau pilih lokasi baru restoran kau Amran," kata Zain.
" Ah, ini anakku Wazira yang cari, katanya hendak membuka coffee shop ala-ala Starbuck di Amerika," kata Amran.
" Bagus ideanya, sedap jugak kopi di bancuh dengan susu," kata Zain memandang kopi yang masih tersisa di cawan," kata Zain.
" Kopi susu pulak, itu dipanggil Latte, " kata Amran berseloroh, dia sendiri pun tidak paham dengan istilah kopi yang dikenalkan Wazira, Latte, Capucino entah apa lagi tapi semuanya kopi ditambah susu.
" Bagus Wazira hendak pulang ke kampung dan berniaga, sedangkan dia sudah mempunyai pekerjaan yang bagus di sana," kata Zain.
" Aku yang suruh dia pulang Zain, sejak 9/11 terjadi hati kami ibubapa tak tenang membaca pelbagai berita Islamofobia yang berlaku disana semakin serius, ada sahaja serangan terhadap orang lslam setiap hari, " kata Amran.
" Tahun lepas dengan ancaman Y2K, tahun ini ancaman teroris pula," mengeluh Zain, tahun lepas dia dan staff pejabat berjaga-jaga risau semua data yang disimpan di sistem mereka akan terkena virus.
Zain kemudian teringat anak sahabatnya yang dihalang masuk ke America kerana namanya Muhammad. Melalui pembacaannya dia mengetahui ramai orang-orang Islam di America terutamanya berbangsa Arab dan Pakistan ditangkap tanpa usul periksa dan ditempatkan di penjara Teluk Guantamala tanpa dibicarakan.
" Kalau kau mahu membeli biji kopi dari pengusaha tanaman kopi kecil-kecilan,bagitau aku," Kata Zain
"Ada beberapa projek kerajaan negeri, antara ya menanam dan mengkomersialkan kopi Kedah.
Kalau kopi Kedah terkenal, kau pun dapat nama.
Uhm, kalau kau nak bekalan produk tempatan, kuih muih, roti dan sebagainya kau bagitau aku, "Zain tiba-tiba teringatkan anak-anak buah Maryam di kampung.
Selain bengkel menjahit, mereka telah mula membuka kelas-kelas membuat kuih muih, roti dan makanan traditional negeri Kedah. Zain dan Maryam pun berbesar hati membantu membina bangunan tambahan untuk kegunaan mereka."Kau kata ada sesuatu nak kau tanyakan padaku, Amran. Serius benar semalam," tanya Zain.
"Oh, ya ada,"kata Amran.
Amran bercerita tentang kebun getah arwah abangnya di "Kebun 500, Tualang" tanah itu tanah pertanian, di pawah kepada saudara jauhnya untuk dijaga dan memotong getah. Masalah timbul selepas abangnya meninggal dunia, duit hasil jualan getah tidak lagi dibayar kepada keluarganya, beribu alasan diberikan, namun apabila Amran pergi ke kebun abangnya pokok-pokok getah ada tanda-tanda seperti baru ditoreh.
"Kau ada bertanya kepada peraih dikawasan situ", tanya Zain.
"Ada, tapi mereka seludup ke peraih di kampung sebelah, Ada saudara mara yang bagitau, mereka hidup mewah, baru beli motosikal baru, buat tambahan rumah dan membeli barang-barang kemas. Kasihan anak- anak abangku yang yatim piatu, sepatutnya wang dari hasil kebun itu digunakan untuk kebajikan mereka.
Bila aku ugut nak tukar orang lain, mulalah gelabah katanya arwah ada perjanjian lisan dengan nya, dia seorang sahaja diberi kebenaran menoreh di situ,"terang Amran panjang lebar.Zain menghirup kopi yang tersisa di cawan, perkara seperti itu bukan sekali dua dia terpaksa berurusan malah berkali-kali, dua bulan lepas pun berlaku perkara seperti ini, lagi parah Bila, pihak yang pawah membawa samseng kampung mengugut untuk memukul cuba menakut-nakutkan pemilik tanah.
"Susah nak cakap, pemilik tanah dah meninggal dunia, tanah pula masih dibawah status memohon, apa kata kau tebang dan tanam baru sahaja," kata Zain. Dia tahu kebun getah itu sudah lama dibeli dan diusahakan oleh arwah abang Amran, pokok-pokoknya kebanyakan sudah tua dan tidak mengeluarkan hasil maksima.
Atau usahakan jenis tanaman lain, harga getah pun bukan bagus sekarang," Kata Zain memberi pendapat.Sementara Maryam sibuk dengan sekolah rendah, projek yang sudah berjalan selama lima tahun ini, amat memberansangkan. Ramai ibubapa memuji pendekatan sekolah mereka. Dia dan Meena mula merancang untuk membuka prasekolah atau tadika. Di bilik mesyuarat, mereka membentangkan usul tentang pembinaan tadika tersebut.
"Kita buat di bangunan yang asing sebuah tadika, siap dengan nurseri untuk memudahkan ibubapa bekerja,"Kata Meena.
" Tadika ini akan jadi projek pioneer, di mana pelajarnya layak terus masuk ke darjah satu di sekolah Hong Luan.,"Kata Meena.
" Dari situ kita boleh menilai sama ada projek pertama kita berjaya atau tidak, sama ada perlu ditambah baik syllabus ya."
Ahli lembaga pengarah mengangguk-angguk tanda berpuas hati.
Meena dan Maryam tersenyum bangga Bila projek mereka diluluskan.
Di kafe, Meena dan Maryam berbual sambil meraikan kejayaan mereka.
"Kali ini aku belanja, ini bos bagi"Kata Meena, sambil menayang note lima puluh ringgit ditangannya.
Maryam ketawa, dia tahu yang dimaksudkan bos itu Robert. Kadang-kadang geli hati memikirkan personaliti mereka berdua ditambah dengan anak masing-masing mengikut sikap orang tua mereka, Mary mirip kepada sikap Robert yang tegas, tidak banyak cakap dan serius manakala adik-adiknya pula kuat ketawa, kelakar dan mudah terhibur seperti Meena.
Maryam menatap Meena yang berselera makan.
"Dah jumpa tapak untuk gerai appa kau?" tanya Maryam. Sebulan yang lepas tapak gerai bapanya diarahkan untuk dikosongkan kerana dibina àtas tanah kerajaan negeri.
Meena mengangguk-angguk kepalanya, " Orang tua degil, sudah tak larat, sakit sana sini mau berniaga lagi" keluh Meena.
"Kawan Appa ajak dia berniaga di Pekan Rabu,"Kata Meena.
"Bagus tu, boleh untung besar di sana" Kata Maryam.
Komplek itu terkenal di negeri Jelapang Padi, tempat menjual pelbagai kuih muih dan barangan traditional.
"Bagus benar, pandai appa kau cari," Kata Maryam.
"Halimah macam mana, sejak dia berpindah ke Johor senyap saja," Tanya Meena.
"Dia sihat, kau rindu dengan dia kah," Jawab Maryam.
Dia masih ingat mereka selalu bersama kemana-mana ketika muda dan belum berkahwin.
"Aku rindu nak tengok wayang ja, kau ingatkan kita pernah tengok wayang bersama-sama,"Kata Meena.
Maryam teringatkan zaman semasa mereka muda, dia, Meena dan Halimah kerap keluar bersama dan menonton wayang di Empire cinema betul-betul di belakang Pekan Rabu.
Kini bangunan itu tidak lagi digunakan, panggung wayang dibina di dalam pusat membeli belah.
"Apa kata kita ke gerai appa dan kemudian pergi menonton wayang,"
cadang Maryam.Meena membuntangkan matanya
"dua makcik tua ni," Kata Meena menunjukkan dirinya dan Maryam.Maryam ketawa, " Ya la, wayang ada had umur kah."
"Ah, jom," kata Meena sambil menarik tangan Maryam.
"Aku perlukan healing, my me time, tak sangka kau ajak," ketawa Meena.
Mereka menaiki teksi menuju ke Pekan Rabu.
YOU ARE READING
MEI LIN
RandomKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...