Tahun 1982 : Mei Lin 31 Tahun

155 9 5
                                    

Maryam, Zain dan anak-anak mereka menunggu Meena dan keluarganya serta Robert dan Hong Guan di Jeti Pengkalan Tun Uda untuk menaiki feri ke pulau seterusnya ke Lapangan Terbang Bayan Lepas untuk meng hantar Meena dan Robert menyambung pelajaran di UK.

Di dalam feri Maryam, Meena dan Robert duduk disebelah kanan sementara Zain, Hong Guan dan Mysara di sebelah kiri feri menghadap kearah kawasan Jambatan Pulau Pinang.

"Sara nampak tiang-tiang tinggi di pacak ke dalam laut itu?" kata Hong Guan kepada Mysara yang duduk berdekatan tingkap.

Itu akan menjadi tiang asas jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia.

"Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5km, di tengahnya akan di bina kabel penahan supaya jambatan ini nanti dapat menahan sebarang gegaran kecil."

"Sara tahu arkitek yang mereka cipta jambatan Pulau Pinang adalah anak Malaysia bernama Chin Fung Kee?" kata Hong Guan kepada Sara yang dari tadi khusyuk mendengar penerangannya.

"Wah hebatnya, nanti bila dewasa Sara nak jadi arkitek, Sara nak mereka cipta pelbagai struktur hebat di Malaysia," kata Mysara sambil bertepuk tangan.

"Dan Sara tahu idea pembinaan Jambatan Pulau Pinang ini idea siapa?" tanya Zain

Mysara menggeleng kepalanya.

Cadangan pembinaan Jambatan Pulau Pinang ini daripada Perdana Menteri kedua Malaysia Tunku Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu Dr Lim Chong Eu.

Mysara menggangguk-angguk kepalanya dan memandang kembali keluar tingkap dengan rasa kagum dan bangga.

Mereka sampai di jeti dan menaiki teksi menuju ke lapangan terbang.

Apabila mereka sampai di lapangan terbang kelihatan Halimah dan Syed Iskandar sudah menunggu.

Meena teruja berlari mendapatkan Halimah,

"Bila kau pulang ke Malaysia,"kata Meena memeluk Halimah

Halimah mengikut suaminya Syed Iskandar berhijrah ke London kerana Syed Iskandar menyambung pelajaran di Royal College of Defence Studies (Imperial Defence College) selama setahun.

" Aku baru sampai minggu lepas, sibuk berkemas rumah baru tak sempat aku hendak menghubungi sesiapa, nasib Maryam beritahu," terang Halimah sambil memandang kearah Maryam yang sedang berjalan kearah mereka sambil mendukung Jefri.

"Lajunya kau lari," kata Maryam tertawa. Mereka bertiga menjadi sahabat baik setelah Maryam memperkenalkan Meena kepada Halimah ketika mula-mula masuk ke Hong Luan, sejak itu mereka sering keluar berjumpa dan menonton wayang bersama.

Mereka berbual zaman ketika mereka sering keluar bersama,

" Kita selalu keluar menonton wayang sampai Maryam terpengaruh dan namakan anaknya Jefri Zain kan," kata Meena di selangi ketawa tiga sahabat itu sementara Zain membantu Robert untuk mendaftar bagasi sementara Syed Iskandar memandang sambil mendukung Najihah anaknya yang berusia setahun.

Halimah memandang ke arah kotak-kotak dan bagasi yang ingin dibawa Meena,

" Banyaknya barang kau Meena",kata Halimah.

" Amma dan Appa aku la ni, risau sangat nanti di Liverpool tiada makanan orang Malaysia. Puas Robert menerangkan kepada mereka  ramai orang Malaysia yang berhijrah ke UK tinggal di Liverpool.

"Ya, aku pernah jumpa seorang bekas kelasi dari Liverpool, pakcik Mat Noor yang berkelana di sana sejak tahun 50-an semasa majlis hari raya di Malaysian Hall. Katanya dahulu Pelabuhan Liverpool sangat terkenal sekitar 50-70an, ramai kelasi dari Malaysia dan Singapura menetap di sana.
mereka menubuhkan " The Malay Club" untuk berkumpul.

MEI LINWhere stories live. Discover now