Tahun 1971: Mei Lin 20 tahun

205 13 1
                                    

Pertemuan dengan Tok Guru Nik Ya dari Patani yang diatur oleh Amran membuahkan hasil, setelah hampir sepuluh bulan Zain membawa Mei Lin berubat dengannya, Mei Lin akhirnya sembuh seperti sediakala.

"Tok siapa yang membuatkan saya jadi seperti itu dan apa sebenarnya yang terjadi sampai saya hilang ingatan dan kewarasan," tanya Mei Lin pada sesi terakhir Tok Guru Nik Ya berubatkan Mei Lin.

"Begini sajalah, Tok cuma boleh beritahu, tipu daya syaitan ini bermacam-macam dan sangat licik, ia sentiasa mencari jalan menyesatkan dan mengheret manusia jauh dari bergantung harap hanya kepada Allah, Tok harap Maryam jangan menyimpan dendam dan maafkan sesiapa sahaja yang berbuat khianat sehingga Maryam jadi seperti ini, anggap sajalah apa yang berlaku ini sebagai takdir dari Allah Subhanahu wataalla agar keimanan Maryam sebagai saudara baru menjadi lebih kuat dan Allah tidak menguji hambanya sesuatu yang tidak mampu dan setiap kejadian  pasti ada hikmahnya," panjang lebar nasihat Tok Guru Nik Ya.

Wan Jah bersyukur akhirnya Maryam sembuh, namun hatinya masih bimbang kalau-kalau keluarga Maryam masih menghantar santau kepada Maryam, kenapa Wan Jah begitu yakin pelakunya keluarga Maryam, kerana dia yang menjaga Maryam selama hampir dua tahun ini, Maryam selalu meracau melihat gambaran Sami Buddha muncul dihadapannya, Maryam juga pernah dijumpai duduk di tanah perkuburan oleh orang kampung, ketika ditanya dia akan bercakap didalam slang Siam.

"Kami mahu dia mati, dia khianat, dia khianat!"

Dahulu ketika Wan Jah berubat dengan seorang bomoh di kampungnya Haji Samad, dialah memberitahu Wan Jah, Maryam menjadi begitu kerana penangan santau dari Wat Siam yang dihantar oleh keluarganya. Haji Samad hampir berputus asa untuk berubatkan Maryam kerana penyakit itu akan datang kembali berulang-ulang, dan akhirnya Haji Samad pula jatuh sakit.

Wan Jah melontar jauh perasaan risaunya, dia teringat nasihat Tok Guru Nik Ya agar berbaik sangka dengan apa sahaja ketentuan tuhan, dia berkira-kira ingin menjodohkan Maryam dengan Zain.

Dia teringatkan perbualannya dengan Zainab jirannya, Zainab wanita berusia 60-an tinggal bersama Akob suaminya, mereka berjiran sejak 20 tahun lalu.

"Aku tengok Maryam itu elok orangnya, cuma itulah.. untung dia tinggal dengan kamu Wan Jah, tidak la sunyi sangat," kata Zainab

" Itulah, aku sayang Maryam seperti anak aku sendiri, kau pun tahu aku tinggal seorang diri sejak Zubaidah berkahwin dan mengikut suaminya," kata Wan Jah.

Zubaidah anaknya itu dikahwinkan pada usia 12 tahun ketika Jepun datang menjajah Malaya kerana kebimbangan Wan Jah dan Hashim dengan tindakan Jepun menculik dan membawa lari gadis-anak gadis.

Pada masa itu anak-anak gadis disembunyikan didalam gulungan tikar supaya tidak dijumpai oleh tentera Jepun.

Zubaidah hanya mula tinggal bersama suaminya pada usia 16 tahun di Anak Bukit, rumah pusaka keluarga Hashim. Kerana komitmen pada keluarga dan jarak perjalanan yang jauh Zubaidah jarang-jarang melawat Wan Jah. Namun begitu Zain sangat rapat dengan kakak dan abang iparnya dan sentiasa melawat dan membantu mereka dari segi kewangan, abang iparnya Hussin merupakan guru mengaji Al-Quran  dan dalam masa yang sama mengusahakan sawah padi kepunyaan keluarganya.

Pada zaman itu, guru mengaji Al-Quran dibayar mengikut kemampuan ibubapa dan ada yang diajar secara percuma kerana Hussin mahu anak-anak kampung pandai mengaji walaupun ibubapa mereka miskin. Mereka sekeluarga sangat dihormati oleh orang kampung.

"Apa kata kau kahwin sahaja Zain Dan Maryam, mulut-mulut orang kampung banyak bercakap tentang keakraban mereka,"kata Zainab.

"Aku tidak faham dengan orang kampung, Zain kan cuma membawa Maryam berubat, keadaan Maryam sendiri tidak membolehkan Maryam berseorangan, aku pula tidak boleh meninggalkan ayam itik aku,"keluh Wan Jah. Dia sedikit kecewa dengan orang kampung mengata tentang Zain, kadang-kadang berubatkan Maryam mengambil masa tiga hari berturut-turut, Tok Guru Nik Ya pula berada di rumah anak saudaranya di Mergong, terpaksalah Maryam menumpang semalam dua di rumah Wan Besah. Orang kampung cuma nampak Zain membawa Maryam ke sana - sini.

"Esok aku hendak bertemu Zubaidah, mungkin Zain boleh membawaku ke sana, aku akan minta Zubaidah Dan Hussin memujuk Zain untuk melamar Maryam," tekad Wan Jah.

Beberapa minggu ini Zain sibuk dengan pelbagai urusan dipejabatnya.

Semasa bermesyuarat dengan orang bawahannya, Zain mendapat panggilan  telefon dari Amran.

"Zain, Mahmud baharu menelefon tadi, Master Rahmat telah kembali ke rahmatullah pagi ini, mereka akan kebumikan sebelum solat Zohor, aku nak kesana kau mau ikut serta,"tanya Amran.

"Tentu sekali"

Zain dan Amran sempat melawat jenazah Master Rahmat dirumahnya di Tongkang Yatt, Alor Setar, Master Rahmat merupakan guru bahasa Inggeris di Kolej Sultan Abdul Hamid dahulu, mereka bertemu sahabat baik mereka Mahmud iaitu anak kepada Master Rahmat.

Mahmud Rahmat merupakan pengarang, novelis dan penulis puisi terkenal seangkatan dengan A. Samad Said, Usman Awang (Tongkat Warrant) dan lain-lain.

Ramai bekas pelajar Master Rahmat datang melawat jenazah dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya, hanya selepas selesai perkebumian baru Amran dan Zain dapat bersembang dengan Mahmud.

"Takziah Mahmud, tak sangka secepat ini arwah pergi, aku baru bertemu dengannya Jumaat lepas di Masjid Zahir,"tanya Zain.

"Itulah, ayah aku tak ada sakit, tiba-tiba sahaja.. cepat-cepat aku pulang ke sini. Mahmud menetap di Kuala Lumpur dan bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dia sangat minat dengan menulis cerpen dan puisi semenjak dari sekolah.

"Bagaimana Puan Hajah?"Amran bertanya tentang ibu Mahmud, ibu Mahmud merupakan guru Bahasa Melayu di sekolah aliran Melayu di Alor Setar.

"Dia redha sahaja," kata Mahmud

Mereka bersembang mengimbau kembali kenangan semasa disekolah, ya Master Rahmat sangat garang hatta Mahmud anaknya pun dirotan apabila membuat kesalahan semasa kelasnya.

"Aku minta diri dulu, aku perlu masuk semula ke pejabat, petang nanti aku nak ke Anak Bukit pula,"kata Zain ketika dia teringatkan kerjanya yang masih bersisa di pejabat dan janjinya hendak ke rumah kakaknya.

Zain ke rumah Zubaidah di sebelah petang, ada kenduri doa selamat sempena anak sulungnya Ali diterima masuk ke universiti.

"Terima kasihlah Zain, sibuk-sibuk pun kamu datang juga," kata Hussin ketika bersalam dengan Zain dimuka pintu.

Zain masuk ke dalam rumah disambut oleh anak-anak buahnya seramai 6 orang itu, Ali, Aisyah, Ahmad, Aliah, Amir dan Asyura datang bersalam seorang demi seorang. Hasil asuhan yang baik dari kakak dan abang iparnya anak-anak sangat sopan dan bijak di sekolah.

Kenduri selesai hampir pukul 10 malam, jiran dan saudara mara beransur pulang. Zain duduk di ruang tamu bersama Husin dan Zubaidah.

"Zain kau tahukan mak sangat sayangkan Maryam," kata Zubaidah.

Zain hanya diam menganguk, dia seperti tahu apa yang ingin diperkatakan oleh Zubaidah. Wan Jah juga ada berkias-kias dengannya tentang perkara itu.

"Dia risau kalau-kalau Maryam bertemu dengan orang yang tidak baik dan dia merasakan kau merupakan calon suami terbaik untuk Maryam, aku ingin tahu pendapatmu?" sambung Zubaidah lagi.

"Kak bukan aku tak sudi, tapi kau pun tahukan perbezaan umurku dan Maryam hampir 19 tahun nanti apa dikata orang," kata Zain.

"Zain, Nabi Muhammad dan Siti Khadijah pun berbeza umur, malah Khadijah lebih tua dari nabi Muhammad. Siti Hajar dan Nabi Ibrahim dan banyak lagi contoh, tidak ada yang tidak kena jika jodoh itu telah tertulis di Luh Mahfuz" kata Hussin.

"Nanti aku fikirkan, aku akan setuju jika Maryam pun setuju," Kata Zain.

...............................###.............................
Note: Sebenarnya penulis nak masukkan sedikit tentang bah besar yang berlaku di KL pada Feb 1971 yang menyebabkan KL tenggelam di bahagian Zain melawat jenazah bekas gurunya tapi macam tak kena pula, good knowledge, penulis pun tak pernah tahu.

MEI LINWhere stories live. Discover now