Selepas kejadian santau itu Zain meneruskan kembali pekerjaannya setelah mengambil cuti hampir dua bulan. Maryam pula selepas melepasi trimester kehamilan pertama dia tidak mengalami alahan lagi dan dia masih pergi ke sekolah untuk mengajar, berita perkahwinan Maryam tersebar sejak Maryam mengalami alahan teruk dan terpaksa bercuti, Ustaz Zakariah orang yang paling kecewa setelah mengetahui Maryam sudah berkahwin dan sedang menanti cahaya mata pertama, impiannya menjadikan Maryam isterinya yang ke-4 hancur.
" Sudah lah ustaz, itukan isteri orang bakal ibu pun, apa kata ustaz cuba pikat Miss Habibah, ha single and available," usik Sir Thiru.
"Huh! datang la sepuluh Miss Habibah takkan sama dengan Cik Maryam seorang," kata Ustaz Zakariah.
Di sekolah sedang sibuk dengan persiapan latihan pasukan tarian singanya, tarian kebudayaan dan nyanyian koir untuk sambutan penubuhan Sekolah Persendirian Hong Luan ke-22 tahun dan sambutan Tahun Baru Cina. Uniknya Tarian Singa dan Tarian Kebudayaan di sekolah disertai oleh pelbagai bangsa.
Maryam, Meena, Miss Fong dan Miss Habibah di bilik aktiviti sedang berbincang dengan pelajar-pelajar tentang tarian yang ingin dipersembahkan. Mereka bertiga akhirnya bersetuju untuk menggabungkan tarian Canggung, tarian Kipas dan tarian klasik Kathak.
"Saya rasa bagus juga kita dapat gabungkan ketiga-tiga tarian, bagus sekali cadangan cikgu berdua," kata Miss Habibah.
Dia kagum dengan sikap dedikasi yang ditunjukkan oleh Maryam dan Meena, jika ini generasi muda pengajar Hong Luan tidak mustahil satu hari nanti sekolah ini mampu menjadi sekolah terbaik diperingkat kebangsaan.
Dia memandang trofi-trofi yang terletak di bilik aktiviti. Ini semua hadiah dimenangi oleh pasukan tarian sekolah dibawah bimbingannya, selama 20 tahun dia menabur bakti disekolah ini.
Loceng waktu rehat berbunyi, Meena dan Maryam berjalan kearah kantin sebelum mereka bertembung dengan Miss Julie, Miss June dan Miss Lily.
"Ah Cikgu Maryam dah sihat, seronok masuk ke sini guna kabelkan," kata Julie dalam bahasa Cina.
Miss June dan Miss Lily ketawa mengejek dibelakang.
"Dah la khianat kepada bangsa sendiri, seorang Cina bernama Maryam, haha apa tu" katanya sinis
"Eh apa masalah ni, kan headmaster dah bagitau bahasa komunikasi di sekolah ini adalah English atau Bahasa Melayu sahaja," kata Meena dia sendiri pun tidak suka dengan mereka.
Sejak Maryam masuk bekerja Julie adik Hong Guan tidak habis-habis mengganggu Maryam ada sahaja provokasinya terutama sekali setelah dia mengetahui Maryam saudara baru dan berkahwin dengan orang Melayu.
"Tak apa lah Meena, aku sudah biasa bukan mudah pun bertukar agama dan mengahwini orang Melayu, orang Cina akan berkata seolah-olah aku sudah menjadi Melayu, orang Melayu pula mempersoalkan sama ada aku tahu menghormati adat budaya mereka," kata Maryam.
Takkan kau nak bersabar sahaja Maryam, kata Meena, geram walaupun dia tidak memahami apa yang dituturkan Julie tetapi dari bahasa tubuh mereka dia tahu pasti apa yang dituturkan itu menyakitkan hati.
"Aku ada ramai orang yang menyayangiku, aku tak kisah dengan provokasi seperti itu," kata Maryam.
"Aku menyanjungi sikapmu Maryam, buka semua orang sanggup bersabar dengan orang seperti itu," kata Meena.
Pulang dari kerja Maryam dijemput oleh Zain.
"Mari kita ke rumah Wan Besah, dah lama kita tidak ke rumahnya, tentu dia rindukan kita," kata Zain.
Semasa makan malam dirumah Wan Besah.
" Sudah enam bulan kandungan Maryam, kamu tu Zain, kerap-kerap lah bawakan Maryam ke sini, boleh Mak masak macam-macam untuk Maryam, cakap sahaja apa yang hendak dimakan Mak masakkan," kata Wan Besah sambil menceduk sambal telur dan diletakkan kedalam pinggan Maryam.
![](https://img.wattpad.com/cover/190485661-288-k12357.jpg)
YOU ARE READING
MEI LIN
RastgeleKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...