Tahun 1970: Mei Lin 19 tahun (part 1)

214 16 6
                                    

Petang rabu seperti kebiasaan dia singgah ke rumah Wan Jah, Zain bercerita tentang  berita yang dibawa oleh Amran.

"Mak cik pernah dengar nama Tok Guru Nik Ya?"tanya Zain.

"Kalau tak salah, itu tok guru agama dari Patani yang mempunyai sekolah pondok di daerah Patani dan Kelantan. Anak-anak kampung ini ada juga pergi belajar di sana" kata Wan Jah.

"Tadi siang Amran ada beritahu, tok guru itu akan turun ke Alor Setar untuk berubat orang selepas hari raya Qurban, dia kata dia boleh tolong uruskan jika kita mahu membawa Maryam berubat dengannya," kata Zain.

"Bagus juga kita cuba, sudah bermacam-macam bomoh dan ustaz yang kita bawa tidak juga sembuh Maryam, mana tahu kali ini hendak dijadikan asbab kesembuhan untuk Maryam," kata Wan Jah penuh harapan, setiap malam dia melakukan solat hajat agar Maryam dapat sembuh seperti biasa.

Kamu bermalam di sini, Zain," tanya Wan Jah.

" Ya mak cik, tetapi malam besok Zain tak dapat nak temankan mak cik, beberapa hari Zain ini akan pulang lambat. mak cik mintalah Usman dan Latifah temankan ya, ini upah mereka," Zain meletakkan beberapa keping note 10 ringgit di atas meja.

Sudah beberapa bulan Wan Jah merasa terganggu dengan  bunyi ketukan di pintu, bunyi  batu jatuh di atas bumbung zink dan kadang-kala bunyi barang-barang jatuh dibawah rumah pada waktu malam.

Zain mula bermalam di rumahnya apabila gangguan itu semakin kerap, kalau Zain tidak dapat pulang diajak Usman dan Latifah anak-anak jirannya tidur di rumah. Kadang-kadang Usman memberanikan diri membuka tingkap di ruang tengah rumahnya untuk melihat siapa yang mengetuk pintu dan membaling batu tetapi tiada siapa diluar.

"Jangan risau Wan Jah, aku sudah memagar kawasan rumahmu, benda itu tidak dapat masuk ke rumah," beritahu Haji Samad bomoh di kampungnya ketika dia datang berubatkan Maryam.

"Tetapi Wan Jah masih risau, sepanjang dia tinggal di sini seorang diri belum pernah dia diganggu sebegitu, Kalau hantu lain ceritanya tapi kalau binatang buas atau manusia hendak berbuat jahat bagaimana pula, dia teringat cerita Pak Din pemilik kebun getah di belakang rumahnya dua minggu lepas dia ternampak tapak babi hutan dikebunnya dan baru pula beberapa hati lalu rumah Pak Malek polis pencen dimasuki pencuri ketika dia dan isteri ke Kuala Lumpur.

Zain agak sibuk dengan urusan di pejabatnya, dia baru sahaja selesai bermesyuarat berkenaan Sambutan Hari Kemerdekaan yang akan diadakan pada 31 Ogos dengan beberapa pegawai dari Pejabat Persekutuan dan ketua balai.

"Zain jom minum"ajak OCPD Che Talib, ketua balai itu dikenalinya sejak dia masih bergelar pembantu DO di Kota Setar lagi, Che Talib tegas dan tinggi lampai orangnya berasal dari Kota Sarang Semut berusia 46 tahun.

Mereka minum di kedai kopi berhampiran pejabat daerah.

"Meriah ya sambutan kemerdekaan tahun ini, berkesan juga MAGERAN dibawah Tun Abdul Razak. Selepas setahun keadaan hampir pulih seperti sediakala,"kata Che Talib

" Ya, Tema tahun ini Muhibah dan Perpaduan, kerajaan pusat memberi lebih dana untuk diadakan pelbagai acara supaya rakyat tahu betapa bersungguh-sungguhnya kerajaan ingin merealisasikan misi perpaduan," kata Zain, perkara yang sama ditekankan sejak sebelum kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman namun perasaan curiga antara kaum masih juga tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.

" Adakah kau dengar ura-ura Tunku akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebaik sahaja Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabal menjadi Agong V pada 21 September nanti," tanya Che Talib.

Sebenarnya berita itu bukanlah rahsia lagi kepada Zain, ramai rakan-rakannya terutamanya yang pro-Tunku bercerita kepadanya bahawa Tunku mendapat kritikan dari golongan pelapis UMNO ekoran kejadian 13 Mei dan pemecatan Dr Mahathir.

Bagi mereka, sikap Tunku yang berlembut dengan orang-orang Cina dengan membiarkan polis memberi permit untuk diadakan perarakan kematian seorang Cina tua dan perarakan kemenangan Parti Gerakan di Kuala Lumpur adalah pencetus kepada peristiwa 13 Mei.

Demonstrasi juga diadakan di Universiti Malaya menuntut Tuanku melepaskan jawatannya.

"Mungkin Tunku, merasa tidak selesa untuk berkhidmat dibawah anak saudaranya, almaklumlah Sultan Abdul Halim dan Tunku mempunyai pertalian darah," kata Zain.

Petangnya Zain bergerak ke rumah Wan Besah, Wan Besah mengadu sudah lama Zain tidak balik ke rumahnya, Zain membeli beberapa kuih kegemaran Wan Besah di Pekan Rabu untuk mengambil hati Wan Besah. Panjang rajuk orang tua itu jika tidak dipujuk.

"Assalamualaikum Mak,"

"Ayah Chu", anak sulung Mashitah yang bernama Aminah membuka pintu.

"Mak Tok tak ada dia ke rumah Pak Megat dengan Adi hendak sembelih ayam katanya," kata Aminah yang berusia 15 tahun itu.

Zain tersenyum.

Tentu Mak hendak memasak rendang ayam kampung kegemaranku, fikir Zain didalam hati.

Begitulah Wan Besah dalam garang dan marahnya ada perasan kasih yang mendalam kepada Zain walaupun Zain bukan anak yang lahir dari rahimnya. Selalu dia merasa cemburu kepada Wan Jah kerana wanita itulah yang melahirkan Zain ke dunia.

" Aku ingat kau dah tak mahu balik ke sini" Zain terdengar suara Wan Besah dibelakangnya.

Cepat-cepat Zain bersalam dengannya dan memeluk  Wan Besah.

"Alah, Zain rindu masakan mak, takkan Zain tak balik, kempunan Zain nanti,"kata Zain.

Kedua-dua anak buahnya sudah lama masuk kedalam rumah.

"Apa khabar Wan Jah" tanya Wan Besah lagi.

Zain menceritakan gangguan yang dihadapi Wan Jah dan penyebab kenapa dia selalu pulang ke Kuala Nerang.

" Itulah aku dah bilang, balik tinggal di Alor Setar ni senang kalau ada apa-apa aku pun boleh pergi tengok, degil ikutkan sangat kehendak arwah Hashim. Bangsat disana seorang diri, sanak saudara nak menolong pun susah," kata Wan Besah. Wan Besah dan Wan Jah berasal dari Alor Setar dan arwah Hashim sendiri berasal dari Anak Bukit. Tanah di Kuala Nerang itu pemberian kerajaan negeri kepada Hashim atas khidmat bakti Hashim semasa di JKR dulu.

Setelah beberapa minggu bertungkus lumus merancang atur cara bulan kemerdekaan sampailah hari yang ditunggu-tunggu.

Pada 31 Ogos upacara kemerdekaan meriah disambut di Padang Court di hadapan Balai Nobat, penduduk Alor Setar berbilang kaum turut serta memeriahkannya.

Dan pada 22 September 1970 sehari selepas pertabalan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai yang dipertuan Agong kelima, benarlah seperti ura-ura sebelum ini, Tunku Abdul Rahman Al-haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama akhirnya melepaskan jawatannya. kepada Tun Abdul Razak yang ketika itu timbalan Perdana Menteri.

.................................###............................

Note: Padang Court ni bertentangan dengan Masjid Zahir, banyak sejarah berkenaan dengan tempat ni. salah satu darinya:-

Perhimpunan menentang gagasan Malayan Union di Padang Court dihadiri lebih 10,000 rakyat Kedah.

Tahukah Alor Setar lebih tua dari Washington DC (1775), ia dibuka pada 31 Disember 1735 oleh Alhmarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah II, iaitu Sultan Kedah ke-19.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Revolusi_Alor_Setar

Bangsat dalam pemahaman orang kedah bermaksud merantau atau bukan orang asal sesuatu tempat.

MEI LINWhere stories live. Discover now