Musim menuai padi telah pun berakhir di kebanyakan kawasan di negeri Kedah, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menandakan musim tengkujuh bakal berkunjung beberapa bulan lagi.
Maryam melawat Hasyimah dan Azura di kampung mereka, tanah bendang sudah mula gersang, ramai kanak-kanak dan remaja bermain layang-layang. Sementara orang yang lebih tua bermain wau Jala Budi, suasana petang hiruk pikuk suara jeritan kegembiraan.
Hasyimah datang membawa sedulang kopi dan ubi rebus, mereka duduk-duduk di pangkin mengadap ke tali air. Jefri, Mysara sedang menangkap ikan dengan adik-adik Azura di tali separas lutut mereka.
Hampir setahun mereka bekerja di perusahaan Miss Yew, pemilik kilang pakaian dalam di Mergong.
Hasil usaha Maryam, Miss Yew bersetuju menyediakan rumah sewa untuk mereka. Hanya pada hujung minggu mereka pulang ke kampung masing-masing.
Ramai juga dikalangan belia kampung setelah tamat pembelajaran dengan Cikgu Noraini ditawarkan pekerjaan oleh Miss Yew, tetapi ada juga berhenti separuh jalan akibat persepsi keluarga yang beranggapan gadis kilang ini terdedah dengan pergaulan bebas menyebabkan mereka jahat dan liar, sudahnya ibubapa mereka menyuruh mereka berhenti dan tinggal di rumah.
"Bagaimana pekerjaan kamu berdua?" tanya Maryam.
"Bagus Puan, Azura baru sahaja naik pangkat menjadi supervisor," kata Hasyimah tersenyum melihat sahabatnya, dia akui Azura lebih berkemahiran berbanding dirinya, jahitannya kemas dan teliti.
" Rezeki adik-adik Puan, saya hendak melihat mereka berjaya dalam pembelajaran agar mereka dapat mengubah nasib keluarga, kata Azura sambil melihat adik-adiknya yang leka bermain di tali air.
Rashid dan Harun keduanya kembar berusia sepuluh tahun, keduanya bijak dan aktif disekolah.
"Insyaallah jika kita memasang niat yang betul Allah akan memakbulkannya.
Lihat sahaja Khairul, anak kampung ini yang akan ke Jepun dibawah program Dasar Pandang ke Timur, hasil usaha dan tidak berputus asa, keputusan peperiksaannya amat membanggakan padahal kedua ibubapanya OKU buta," kata Maryam bangga, dia tahu tentang Khairul setelah diceritakan oleh Zain, merekalah bertungkus lumus membantu persediaan Khairul ke kursus Asasi Bahasa di Universiti Malaya. Betapa mereka melihat senyuman bangga kedua-dua ibu bapa Khairul dan seluruh penduduk kampung.Zain sempat menitipkan pesanan agar Khairul rajin belajar dan sentiasa mengingati kedua ibu bapanya.
Sebelum pulang adik-adik Azura berlari anak memberi bungkusan ubi kayu kepada Maryam untuk Wan Jah dan Wan Besah. Begitulah kehidupan orang kampung walaupun hidup serba kekurangan namun apa sahaja hasil tanaman yang ada sanggup dikongsi.
Semasa Maryam pulang Wan Besah baru selesai bersarapan dengan Wan Jah, entah kenapa akhir-akhir ini Wan Besah pula mula lupa, kadang-kadang dia melakukan pekerjaan yang sama berkali-kali. Maryam mula mensyaki Wan Besah mungkin mengidap nyanyuk (Alzheimer).
Maryam mula risau hendak meninggalkan Wan Besah dan Wan Jah sendirian. Wan Besah pula masih didalam tempoh untuk pulih lagi. Dia akhirnya memperlahankan aktivitinya membantu anak-anak kampung.
Petang itu Sufiah datang dengan suaminya pemuda yang mendapat bantahan daripada keluarganya.
Seperti biasa datang meminta wang dari Wan Besah. Suaminya tidak bekerja dan kononnya berniaga kecil- kecilan.
Masyitah, Razak serta anak-anak mereka telah berpindah ke kawasan berhampiran dusun yang diusahakan Razak.
Mereka minum petang diruang tamu sementara Wan Besah masuk ke bilik mengambil wang, Maryam yang baru sampai dimuka pintu di sapa Sufiah
"Rajin kau ke hulu ke hilir sampai laki sendiri pun tak terjaga"
YOU ARE READING
MEI LIN
AcakKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...