Bulan Mac telah tiba, setelah sebulan berkempen tiba masa untuk mengundi, Zain kerap berjumpa dengan Che Mat yang turun ke kawasan Padang Terap untuk berkempen, dalam masa yang sama mereka banyak duduk berbincang dengan penoreh getah dan peladang mendapat feedback tentang program-program yang diusahakan adakah mendatangkan hasil kepada mereka, beberapa tahun ini harga getah tidak menentu, permintaan getah tidak banyak seperti pada tahun 1930 semasa getah mula-mula ditanam di sini kata Che Mat.
" Mungkin kita perlu memikirkan alternatif lain, mungkin jenis pertanian lain yang sesuai ditanam. Penanaman herba pun tidaklah banyak membantu, ada cadangan tanaman seperti kopi diperkenalkan tetapi malangnya kopi tidak sesuai di tanam di celah-celah kebun getah, manakala pekebun getah pula tidak sanggup menebang pokok getah masing-masing dan masih berharap harga getah akan naik seperti masa - masa lalu. Masa telah berlalu kemajuan teknologi sains berjaya menghasilkan getah sintetik yang mampu dibuat di kilang dan menyebabkan permintaan getah asli menurun di pasaran.
Dia merasa kasihan dengan Che Mat, dia baru sahaja kehilangan menantunya dua tahun lepas semasa tragedi runtuhan Highland Tower dan anak perempuannya masih menerima rawatan akibat trauma. Julie adik Hong Guan dahulu pun mengalami trauma yang sama ketika suaminya meninggal akibat peristiwa 13 Mei 1969. Julie dan Basher banyak membantu anak perempuan Che Mat dengan memperkenalkan pusat rawatan dan berkongsi kisah masing-masing.
Peristiwa runtuhan Highland Tower menjadi liputan hangat di Malaysia pada penghujung tahun 1993, hujan berterusan selama 10 hari menyebabkan berlaku aliran air dibawah tanah di kediaman elit tersebut sehingga menyebabkan salah satu dari tiga buah blok kediaman 12 tingkat itu runtuh. Anak perempuan Che Mat terselamat kerana tiada dirumah ketika itu malangnya suami dan anaknya meninggal dunia.
Pilihan raya sudah berlalu dengan kemenangan pada blok pemerintah, Che Mat masih memegang portfolio yang sama, Zain gembira projek padinya akan berjalan lancar, walaupun proposalnya ditolak sebelum ini, namun dia yakin dengan kemakmuran yang dimiliki kerajaan semua golongan harus diberi keutamaan sesuai dengan apa yang dijanjikan ketika pilihanraya.
Hari ini hari minggu,mereka akan ke rumah Masyitah di Bukit Pinang, sudah lama mereka tidak menemui Wan Besah, anak-anak Masyitah yang sudah dewasa bekerja di Kuala Lumpur tinggallah Masyitah dan Razak menjaga Wan Besah yang kadang kala ingat kadang kala tidak, Sufiah dan suaminya pula tinggal di rumah Wan Besah di Pumpong jarang-jarang sekali datang kecuali jika dia memerlukan wang. Ini suaminya yang ketiga, dia telah bercerai dengan suaminya yang terdahulu.
Zain mengikut abang iparnya Razak ke kebun yang diusahakan dengan pelbagai tanaman buah buahan.
" Wah, banyak hasilnya", kata Zain melihat buat rambutan, mangga dan limau berbuah lebat,
" Terima kasih kat kau, tanah ini subur sekali, hasil jualan buah buahan ini dapat menampung perbelanjaan rumah dan anak - anak belajar," kata abang iparnya, dia senang sekali dengan Zain kerana walaupun Zain berpangkat tinggi tetapi dia sangat merendah diri dan dia tidak culas membantu saudara-maranya yang memerlukan.
Mereka duduk di pondok menunggu sambil berbual.
" Aku tak tahu apa nak buat dengan Sufiah, aku nak membantu tapi si Mali lakinya itu pemalas, aku ajak kerja dengan aku tak mahu ada sahaja alasannya sakit sana sini, anak-anaknya yang sudah berkahwin tinggal pula dengan mereka," kata Razak sambil menghisap rokok kertak yang dibeli nya dari Padang Besar minggu lepas.
" Anak-anaknya macam tu harapkan mak mereka yang membantu, aku pun dah tak larat nak marah, semua beban kewangan diletak pada emak mereka sudahla cucu-cucu pun emak mereka yang jaga," kata abang iparnya.
Zain diam sejenak, dia teringat kata-kata Wan Besah yang sangat risaukan Sufiah,
" Salah aku selalu menangkan Sufiah, akibatnya dia langsung tidak pandai menjaga diri, kau janji dengan aku Zain kalau suatu hari nanti aku tak ada kau kena tengok-tengokkan adik kau tu," kata Wan Besah suatu ketika dahulu ketika dia sihat.
![](https://img.wattpad.com/cover/190485661-288-k12357.jpg)
YOU ARE READING
MEI LIN
RandomKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...