Tahun 1969 : Mei Lin 18 tahun

509 20 2
                                        

Tengahari, sewaktu pulang dari sekolah.

"Lelaki tak guna, kau keluar dari sini, keluar," jerit Ma. Bersepah  halaman rumah dengan baju-baju Pa dihumban keluar oleh Ma.  

"Sanggup kau gunakan simpanan aku untuk anak-anak masuk universiti untuk berjudi, kau habiskan juga wang hantaran Ah Bee, kau buat apa duit itu, kau pulangkan balik aku tak peduli," jerit Ma seperti orang gila. 

Mei Lan menarik tangan Ma,"sudah la Ma, malu orang tengok," kata Mei Lan.

" Malu, Eh aku lagi malu berlakikan manusia seperti dia, selama ini aku menanggung, anak-anak menanggung sengsara kehidupan, wang yang dia perolehi semua dia habiskan di meja judi," jerit Ma lagi.

"Dengar dulu, Ah Soon, wang-wang itu aku gunakan untuk membeli bot yang lebih besar, mana tahu Abu akan menipu aku, tiba-tiba dia kata duit itu untuk selesaikan hutang-hutangku dahulu, aku janji Ah Soon, kali ini aku betul-betul berubah. Aku janji demi kamu dan anak-anak," kata Pa, kali ini Pa betul-betul menangis menyesal dengan perbuatannya.

"Sudah la Ma, sudah la Pa, kamu pun sudah tua sudah bercucu, masih bergaduh begini," Ah Boon yang tercegat di pintu bersuara.

"Pa tolong la berubah, kau takkan kaya berjudi, kau dah cuba bertahun-tahun kan. kau kena jaga keluarga ini andai apa-apa terjadi kepadaku," kata Ah Boon.

"Ah Boon, kenapa kau kata begitu" Mei Lin yang dari tadi berdiri di sebelah Ah Yan dalam uniform sekolah bersuara.

"Kau orang jangan risau ok, kau cuma belajar rajin-rajin, pasal wang biar aku selesaikan,"kata Ah Boon.

"Ma sudah la mari masuk," kata Mei Lan sambil memapah Ma masuk.

"Masuk la Pa," kata Ah Boon sambil mengutip baju Pa.

Kejadian hari ini berulang-kali berlaku sejak mereka kecil lagi, tapi kali ini Pa memang melampau.

"Aku harap Pa betul-betul berubah kali ini," kata Ah Boon.

Sejak hari itu Ma mula tidak menghiraukan Pa, makan pakai diurusnya sendiri.

Pa pula, sejak dari kejadian itu, selalu pulang awal, tidak lagi berpeleseran dan berjudi. Wangnya juga selalu diberi kepada Ma, namun Ma seperti sudah tawar hati tidak juga melayan Pa dengan baik dan sentiasa mengungkit kejadian hari itu.

"Aku ingat aku mau tinggal diasramalah, aku tak dapat fokus kalau Ma dan Pa terus bergaduh" keluh Mei Lin.

"Bagus juga begitu, tahun ini kan kau ada peperiksan penting, susah juga kalau berterusan begini, aku rasa Cikgu Salamiah ketua warden mesti tak kisah hendak masukkan kau ke asrama, kau kan anak emas sekolah," kata Ah Yan sambil tersenyum.

"Nanti esok aku tanyakan Cikgu Salamiah, kau pula bagaimana, tak ingin tinggal di asrama?" tanya Mei Lin.

"Tak apa lah, susah juga kalau aku pun masuk asrama, siapa yang hendak memasak untuk keluarga, sejak hari itu Ma langsung takmau ke dapur, nak harapkan Mei Lan alamat tak berasap la dapur, melawa dan berangan sahaja kerjanya," bebel Ah Yan.

Keesokan hari Mei Lin dan Ah Yan subuh-subuh sudah bertolak dari rumah, mereka bertemu dengan Halimah dan Jamilah di persimpangan antara rumah mereka, disitu terdapat pohon ketapang yang rendang. Sedang mereka rancak bersembang terdengar suara lelaki menegur mereka, bertaburan mereka lari. Ini kali ketiga ada suara lelaki menegur mereka.

" Adoi! penatnya ini mesti hantu raya Haji Shuib ni," kata Jamilah.

"Eh! kau ni mana ada hantu itu tahyul sajalah, entah-entah budak-budak nakal hendak kenakan kita," kata Halimah.

MEI LINTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang