Cikgu Salamiah memeluk Mei Lin sebaik sahaja Mei Lin berdiri dihadapannya. Dua tahun tanpa khabar berita Mei Lin menceritakan perkara yang berlaku kepadanya.
Rancak mereka bercerita, Zain hanya menunggu di dalam kereta, pasti banyak hendak dibualkan, Zain tidak mahu mengganggu perbualan mereka.
Cikgu Salamiah memberitahu Mei Lin tentang rakan-rakan sebiliknya yang sakit setelah mereka menjamah kuih muih itu.
Selepas dia lari, guru-guru, rakan-rakan dan keluarganya beramai-ramai mencarinya di Pekan Kuala Kedah dan di kampungnya dahulu namun tidak menemui sebarang jejak. Putus asa dengan pencarian itu masing-masing redha dan meneruskan hidup.
" Oh ya, sahabatmu Halimah sedang mengajar di SK Tunku Raudhah di Alor Star mungkin kamu ingin menemuinya nanti.
"Dan adikmu Ah Yan, sedang menyambung pelajaran di kolej kejururawatan di Pulau Pinang atas bantuan kewangan dari ketua kampung, kamu mesti mahukan alamatnya," kata Cikgu Salamiah sambil memberi sehelai kertas kepada Mei Lin.
"Dia rajin menulis surat kepada cikgu, berkongsi perkembangannya disana," kata Cikgu Salamiah.
"Kamu tak ingin kembali belajar lagi Mei Lin, mungkin cikgu boleh membantu membuat rayuan ke universiti, keputusanmu sungguh cemerlang," tanya Cikgu Salamiah.
Lama Mei Lin diam sebelum dia bersuara.
"Tidak apalah cikgu, bukan rezeki saya, lagipun saya bakal berkahwin tidak lama lagi," kata Mei Lin.
Mei Lin memberitahu tentang pertunangannya dengan Zain dan mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan September nanti dan perancangannya untuk mengajar di sebuah sekolah persendirian Hong Luan yang terdapat di Simpang Kuala.
"Cikgu ucapkan tahniah, jangan lupa jemput cikgu nanti," ucap Cikgu Salamiah sebelum mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.
Zain membuka pintu Volvonya sebelum Mei Lin duduk dibahagian penumpang, ini antara sifat-sifat Zain yang menjadi alasan kenapa Mei Lin mahu menerima cadangan Wan Jah untuk dia dan Zain disatukan walaupun tanpa rasa bercinta. Zain melayan wanita dengan sangat baik, seorang yang matang, bijak dan berbudi bahasa. Mei Lin yakin dia membuat pilihan yang betul, Zain tidak akan mensia-siakan hidupnya.
Ya, cinta boleh dipupuk, islam sendiri mengalakkan percintaan itu berlaku selepas perkahwinan.
"Mari abang temukan Yam dengan Hong Guan, Headmaster di sekolah itu,"
Dia menyatakan hasrat Mei Lin untuk menjadi guru ketika pertemuannya dengan Hong Guan tempoh hari.
Pertemuan Mei Lin dan Hong Guan diadakan di restoran Amran.
Ketika Mei Lin dan Zain berjalan kearah mereka
"Oh! inilah Maryam, patutlah.." kata Hong Guan membuat isyarat mata pada Amran.
"Nasib baik aku suruh Zain uruskan pertemuanku dan Maryam disini, ini kalau Mi Amor aku tahu habislah, di sekolah itu ramai mata-matanya," kata Hong Guan
"Kau ni, MEM besar kau kan cantik, buat apa kau pandang yang lain lagi," kata Amran sambil ketawa.
"Apa cantik, sudah tua, kedut sana sini, lagi mau garang, Aiya!" kata Hong Guan dengan slang cina yang dibuat-buat.
Amran ketawa terbahak-bahak, dia tahu Hong Guan hanya bergurau, dia pernah bertemu Rosalind Lim isteri Hong Guan berketurunan baba nyonya. Rosalind sangat cantik walaupun umurnya sudah 40an, dia suka memakai kebaya dan berdandan.
"Kenalkan ini Mr Lim, headmaster Sekolah Menengah Persendirian Hong Luan," kata Zain.
"Apa khabar?" sapa Hong Guan.
"Kamu duduk lah ya, pesan saja apa yang kamu mahu minum dan makan, aku hendak menolong di kaunter bayaran,"kata Amran apabila melihat pelanggan berbaris panjang untuk membayar.
Zain, Maryam dan Hong Guan bersembang rancak dari sesi temuduga menjadi sesi suai kenal dan sesi bercerita tentang perkenalan Zain dan Maryam.
"Begini Maryam, sekolah sekarang kekurangan cikgu mata pelajaran ilmu hisab, dari apa yang diceritakan oleh Zain, saya yakin ia tidak menjadi masalah untuk orang sebijak Maryam untuk memenuhi kekosongan itu, kalau Maryam setuju, esok juga Maryam boleh lapor diri,"kata Hong Guan.
"Wah! betul kah Headmaster, esok saya boleh mula mengajar," kata Maryam teruja, dia sebenarnya sudah mula bosan berada di ruma,h walaupun Zain selalu membeli pelbagai bahan bacaan untuknya namun dia sangat ingin bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
"Bolehkah abang, tidak menyusahkankah untuk menghantar Yam pagi-pagi," tanya Maryam kepada Zain.
Zain memandang Maryam dengan rasa bersalah, dia sudah berjanji dengan Wan Besah untuk tinggal dengannya sehingga hari perkahwinannya baru dia berpindah dan tinggal dengan Wan Jah. Masalahnya untuk menghantar dan mengambil Maryam setiap hari jaraknya agak jauh.
" Bagi abang dua hari untuk menyelesaikan masalah pengangkutan ya" kata Zain.
Dua hari yang diminta oleh Zain dimanfaatkan untuk mencari Halimah di sekolah tempat dia mengajar.
"Halimah," mereka berpelukkan, rindunya pada sahabat baiknya sejak disekolah rendah lagi.
" Apa khabar denganmu, bagaimana kau tahu aku disini, bagaimana dengan kehidupan mu," tanya Halimah bertubi-tubi.
"Halimah, sabar nanti satu persatu aku jawab," sama seperti Cikgu Salamiah, Halimah juga tertanya-tanya apa yang terjadi selama ini.
Mei Lin menceritakan apa yang terjadi kepadanya, bagaimana dua tahun itu menjadi seperti muka surat kosong didalam diari hidupnya.
" Takkan angkara ibubapamu, mereka pun sama-sama mencari kamu ketika hilang," kata Halimah.
"Aku pun seperti tidak percaya, tapi Ma rajin pergi ke Wat Siam di Alor Setar dulu, lagi pun bila difikirkan aku tidak bermusuhan dengan siapa-siapa dan aku sendiri tidak ada apa untuk mengundang dengki orang," kata Mei Lin.
" Ah, lupakanlah perkara sudah lepas, ceritakan pula tentang kamu, betulkah kamu pun jatuh sakit selepas makan kuih muih itu?" tanya Mei Lin.
"Ya selepas aku, Jamilah, Husna dan Bashirah makan bersama kamu, kami jatuh sakit enam bulan juga berubat baru dapat pulih seperti sedia kala dan aku terus menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Kota Bharu" kata Halimah.
"Bagaimana dengan Hassan," tanya Mei Lin. Dia dapat merasakan Halimah seperti mahu mengelak soalan tersebut.
"Sebenarnya selepas kau lari dulu, hampir sasau abang aku itu, kemudian dia mula rapat dengan Jamilah ketika Jamilah menumpang tinggal dirumahku untuk berubat, tahu-tahu sahaja abangku meminta ayahku melamar Jamilah bagi pihaknya, mereka berkahwin sebelum abangku posting ke Sabah," kata Halimah.
" Tidak apa, aku sendiri pun akan berkahwin tidak lama lagi," kata Mei Lin sambil menunjukkan cincin dijarinya.
" Wah gembira aku mendengarnya. Bila kau hendak kenalkan aku dengan tunangmu dan bila kita boleh berjumpa lagi,"tanya Halimah.
Perjumpaan itu terlalu singkat bagi Halimah, banyak yang ingin dibicarakan lagi dia bersyukur Mei Lin tidak apa-apa dan apabila Mei Lin bercerita dia akan mula mengajar di Alor Star, hati Halimah berbunga-bunga senanglah dia jika ingin menemui Mei Lin nanti.
Walaupun Mei Lin tiada jodoh dengan Hassan seperti yang dia ingini, namun persahabatan mereka akan menjadi persahabatan hingga ke hujung nyawa.
ANDA SEDANG MEMBACA
MEI LIN
RandomKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...
