Sudah dua bulan Zain memulakan tugas di Pejabat Daerah Padang Terap di Kuala Nerang, baru Zain menyedari cabaran yang dihadapinya langsung tidak sama ketika dia menjadi DO di Alor Setar, tanggungjawab menjadi DO di sini lebih mencabar apabila dia harus berhadapan dengan masalah-masalah orang kampung.
Dia teringat kali pertama dia mendengar penerangan Che Mat tentang tugasan barunya,
" Aku faham di Alor Setar mungkin tugasmu lebih mudah, kau berdepan dengan orang-orang terpelajar. Namun di Padang Terap ini, kau harus bersedia menjalankan tugas diluar dari skop kerja seorang pegawai daerah. Kadang-kadang apabila berlaku pergaduhan akibat sempadan tanah, hal-hal harta pusaka, urusan orang kampung dengan pihak berkuasa, serangan haiwan liar, hatta bencana alam pun kamu akan dicari. Tapi aku tahu kamu seorang yang suka membantu orang seperti arwah ayah kamu Hj Hussain, jadi tugasan seperti ini tidak akan mematahkan semangat untuk berbakti kepada orang kampung.
Che Mat memanggil seorang stafnya.
Kenalkan ini Pat, dia ini tahu segenap sudut daerah Padang Terap. Dari zaman remaja dia mengikut ayahnya yang berkerja dengan aku.
Zain memandang Pat, pemuda itu anggaran berusia pertengahan 20-an. Pat menyuakan tangan ingin berjabat dengannya.
" Tuan Zain, saya Pat gembira bertemu dengan tuan, Tuan Ibrahim ini selalu bercerita mengenai Tuan Zain," kata Pat.
Che Mat perasan dahi Zain yang berkerut-kerut, cuba memahami slang pertuturan Pat.
"Pat ini berbangsa Siam, berasal dari kampung Tanjung Siam di Mukim Pedu jadi gaya pertuturannya seperti orang Siam, nanti kamu akan berjumpa ramai orang yang bertutur gaya Pat terutamanya di kawasan sempadan.
"Tapi jangan risaulah lama-lama tentu kamu dapat biasakan diri, aku pun macam tu dulu," kata Che Mat.
Tugasan pertamanya dulu bukan mudah, hari pertama melapor diri ke Pejabat Daerah pada awal bulan Ogos. Angin Monsun sudah meniup larat-larat awan menandakan musim hujan yang berpanjangan akan tiba. Bulan yang sama dia menerima keluhan-keluhan beratus-ratus penoreh-penoreh getah yang tidak dapat keluar menoreh getah dari Tanah Rancangan Felda Bukit Tembaga dan Lubuk Merbau dan beberapa kawasan lain.
Hujan yang mencurah-curah berlanjutan sehingga Oktober akhirnya meningkatkan paras air di sepanjang sungai. Nasiblah Empangan Pedu masih dapat menampung kapasiti air hujan yang turun namun di kawasan sepanjang tebing sungai paras air sudah meningkat, penduduk kampung yang tinggal berdekatan tebing sungai Pedu, Padang Terap, Kuala Nerang dan Kuala Pai sudah dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi.
Mujurlah tiada kemalangan jiwa.
" Beginilah keadaannya Tuan Zain, pada setiap tahun kami menghadapi bencana alam yang sama, kalau Tuan Zain perasan rumah-rumah di tepi sungai tiangnya tinggi-tinggi dengan harapan air bah takkan sampai, barang-barang elektrik semua dipindah ke atas rumah untuk mengelak dari rosak. Tapi kadang-kadang air banjir naik sehingga paras bumbung menyebabkan semua barangan akhirnya rosak, Ini Tuan belum lihat apabila air empangan terpaksa dilepaskan, tenggelam semua kawasan ini Tuan," terang Pat.
Sehingga berakhir bulan Disember bulan Januari menjelma banjir akhirnya surut dan akhirnya hujan berhenti. Kehidupan dijalani seperti biasa. Sesi persekolahan pun bermula kembali. Para penoreh getah kembali lega, walaupun harga getah dipasaran tidak lah menunjukkan peningkatan namun asal ada rezeki sedikit dapat dibawa pulang untuk anak bini sudah mencukupi.
Zain mengiringi Che Mat yang sudah mula berkhidmat sebagai YB menggantikan Dato' Ilyas yang sudah meletak jawatan sejak tahun lepas kerana hal peribadi. Che Mat menang tanpa bertanding, Hari ini mereka hendak berjumpa pegawai Risda dan pegawai Felda
" Perlu diadakan perjumpaan dengan pegawai Risda dan Felda untuk menentukan bantuan apa yang boleh diberi kepada pekebun kecil dan apa yang boleh dicadangkan ketika musim Monsun tiba, saban tahun kita mengalami masalah yang sama iaitu apabila hujan, penoreh getah tidak dapat keluar mencari rezeki.
Mesyuarat khas itu diadakan dipejabat Daerah dihadiri oleh beberapa wakil penoreh getah dan pemborong.
" Kita mahukan penyelesaian YB, orang kampung bukan pemalas, apabila musim hujan tiba memang rezeki kami tersekat, itupun kadang-kadang kami hadap juga cuaca buruk turun menoreh getah, tetapi apabila hujan turun habis susu getah rosak bercampur air. Kami sanggup belajar kemahiran baru asalkan ada yang sudi membantu menunjuk ajar. Berpuluh tahun menoreh getah hanya pekerjaan ini yang kami tahu," keluh orang kampung.
Perjumpaan itu berlangsung panjang.
Sementara itu dirumah, Meena dan Robert datang ke Kuala Nerang bertemu dengan Maryam.
Mereka duduk di ruang tamu rumah bersama Wan Jah dan Maryam sementara Mysara di sekolah dan Jefri di rumah Ain pengasuhnya.
Keadaan Wan Jah nampaknya bertambah baik, dia sudah bertongkat dan tidak menggunakan kerusi roda. Walau pun pertuturannya sukar difahami tetapi keadaannya lebih baik berbanding ketika mula-mula diserang angin ahmar.
"Teh kosong sahaja dan kueh bakar, aku minta tolong Latifah anak jiran belikan," kata Maryam.
"Itulah nak datang tak beritahu, kalau tak sempatlah makan tengahari", kata Maryam
" Meena ni risau sangat bagaimana hari terakhir kau di sekolah," kata Robert sambil memandang kepada Meena sudah hampir sebulan mereka menjadi suami isteri.
" Macam mana aku tak risau, aku rasa bersalah tahu, aku mintak kau tangguhkan dahulu kau tak mahu," kata Meena.
" Tak boleh la aku sudah berjanji dengan Wan Besah hendak memberi dia peluang balik ke Alor Setar, bagaimana honeymoon kamu?" tanya Maryam.
Meena dan Robert bertukar pandangan.
"Biasa sahaja kami ke Singapura kemudian ke Johor melawat kubur Madam Lim dan pergi ke Melaka bertemu dengan ahli keluarga Madam Lim untuk menyambut Chap Goh Meh bersama. Sempatlah aku belajar memasak makanan baba dan nyonya seperti asam pedas ikan dan ayam Pok Tei. Lain kali kalau kau dan Zain datang ke Alor Setar boleh aku masakan," kata Meena.
Robert ketawa kecil, Meena mencubit lengan Robert.
" Kenapa ketawa, sekurang-kurangnya ada kemahuan untuk belajar," kata Meena apabila Robert mengatakan Ayam Pok Tei nya rasa seperti kari ayam.
Maryam pun ikut ketawa, dia teringatkan cerita Meena tentang Amma, ibu Meena yang jarang memberi peluang untuk dia memasak di dapur.
"Aku kan anak tunggal perempuan, dia kata tak payah masak, biar dia sahaja masak sebab aku penat bekerja,"
"Aku cakap nanti tiada siapa nakkan aku, dia suruh aku kahwin dengan orang kaya nanti ada orang tolong masakan, dia ingat anaknya ini cantik sangat,"keluh Meena suatu ketika dahulu.
Nampaknya termakbul lah permintaan Amma nakkan Meena berkahwin dengan lelaki kaya.
" Maryam, aku hendak beritahu sesuatu, "kata Meena ketika mengikuti Maryam ke dapur.
"Ah ada apa, Meena," kata Maryam
Aku dan Robert bakal menyambung pelajaran di Liverpool, kata Meena
Oh jauhnya, bila kamu pergi, tanya Maryam hampa, dia tahu lambat laun Meena dan Robert akan pergi ke sana juga. Hal ini pernah disuarakan oleh Hong Guan semasa di majlis perkahwinan mereka dahulu, cuma Maryam tidak sangka secepat ini.
Kau jangan risau, bukan sekarang, Amma dan Appa berharap aku dan Robert berada di sini dua tiga bulan lagi, jadi paling cepat bulan sebelum pilihanraya ," kata Meena.
............................#####..........................
10.10.19Sedikit Info
Tunku Abdul Rahman Al-Haj Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah menjadi DO (District Officer) di Padang Terap sekitar tahun 1935, beliau berjasa pada penduduk Kuala Nerang apabila berjaya menghalang merebaknya malaria dengan mendapatkan dana dari seketeriat negara untuk mengeringkan sebuah rawa/paya di Kuala Nerang tempat membiak Malaria, malangnya isteri pertama beliau Meriam Chong pula meninggal dunia akibat Malaria.
Che Mat ada dua nama, kebiasaan bagi orang Kedah terutamanya lelaki mempunyai nama panggilan atau nama mesra lain dari nama sebenar.
YOU ARE READING
MEI LIN
DiversosKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...