Mei Lin baru pulang dari solat jemaah dari surau sekolahnya ketika dia nampak Mei Lan menunggu dia dibiliknya. Mei Lan memandang Mei Lin yang bertelekung dengan penuh terkejut, sebelum Mei Lin sempat menjelaskan keadaan, Mei Lan cepat-cepat keluar dari bilik dan berlari pulang.
Di rumahnya, dia memberitahu Ma tentang apa yang dia nampak, Ma terdiam. Ma menanyakan hal serupa kepada Ah Yan, kerana dia tahu Ah Yan rapat dengan Mei Lin. Ah Yan berterus terang yang dia tidak mengetahui apa-apa dan akan menanyakan Mei Lin esok ketika di sekolah.
Sementara Mei Lin semasa dibiliknya gelisah kerana keadaan itu, dia menyusun ayat untuk menerangkan keadaan itu kepada keluarganya, Halimah yang dari tadi memandang Mei Lin berjalan mundar mandir didalam bilik cuba menasihatinya.
"Mungkin keadaan tidak seburuk yang kau sangka, Mei Lin"
"Kamu tidak tahu perangai ibuku, selepas kejadian Ah Boon tempoh hari memang dia sangat membenci orang Melayu dan agama Islam, sementelah pakcikku bercerita orang yang menetak Ah Boon itu menjerit perkataan Allahuakhbar! bagi Ma kejadian itu berlaku disebabkan perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam yang meletakkan darah bangsa dan agama lain halal untuk ditumpahkan," kata Mei Lin.
"Tapi kan keluargamu banyak dibantu oleh Tok Ali dan ketua kampung, kedua-duanya Melayu Islam,"kata Halimah
"Itu setelah dipujuk oleh Pa, lagi pula keluarga aku terdesak untuk keluar dari situ kerana bimbangkan keselamatan kami, hendak berpindah ke rumah Ah Bee pun rumahnya sempit dan dia sendiri tinggal dengan keluarga mertuanya, tapi aku hairan kenapa Mei Lan ke sini tanpa memberitahu aku," kata Mei Lin.
"Macam mana pun kau harus memberitahu mereka Mei Lin, nanti tiba cuti sekolah dan kau harus pulang ke sana, bagaimana kau hendak melakukan ibadah, makan dan pakaimu bagaimana? kata Halimah.
"Aku akan pulang selepas tamat peperiksaan nanti, aku akan jelaskan semuanya," kata Mei Lin
Tinggal seminggu sahaja lagi peperiksaan akan bermula, diatas nasihat Cikgu Salamiah warden asrama Mei Lin hanya mahu fokus kepada pelajarannya.
"Kamu fokus dulu kepada pelajaran, kita sama-sama cari jalan nanti, kamu bukan hanya harapan sekolah malah harapan keluarga, cikgu yakin setelah melihat kejayaan kamu keluarga kamu akan memahami kehendak kamu untuk menjadi muslim," kata Cikgu Salamiah.
Peperiksaan telah tamat, semua murid berkemas ingin pulang bercuti ke rumah masing-masing.
"Kau sudah bersedia Mei Lin, mahu aku dan Cikgu Salamiah temankan," tanya Halimah.
"Tak perlulah, aku yakin aku dapat selesaikan sendiri, lagipun aku tak mahu libatkan kau dan cikgu dalam urusan keluargaku,"kata Mei Lin namun perasaan resahnya tidak mampu diredakan, dia sudah bertemu Ah Yan selepas terserempak dengan Mei Lan tempoh hari. Ah Yan memberitahunya Ma tidak mempercayai cerita Mei Lan sehingga dia dengar sendiri dari mulut Mei Lin menyebabkan Mei Lan merajuk.
Barang sudah dimasukkan ke dalam beg, cuti sekolah hanya dua minggu, dia cuma membawa beberapa helai baju, telekung dan Al-Quran. Walaupun bacaan Mei Lin tidak lancar sepenuhnya dia masih berusaha membacanya setiap hari.
Dia pulang ke rumah, hanya Ma yang ada di rumah sementara Pa pergi membuka gerainya di hujung jalan, berita kepulangan dia hari itu telah diketahui oleh kedua ibu bapanya setelah diberitahu Ah Yan.
"Ma sihat,"tanya Mei Lin.
"Betul kah apa yang diberitahu oleh Mei Lan," tanya Ma.
"Betul Ma tujuan aku pulang untuk menjelaskan keadaan, aku telah memeluk agama Islam beberapa bulan yang lalu, aku! aku minta.. " kata Mei Lin tersekat-sekat kerana sebak.
ANDA SEDANG MEMBACA
MEI LIN
RastgeleKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...
