Mysara dan Jefri bermain diruang rumah bersama-sama anak Masyitah. Keletah Jefri yang berumur 3 tahun sentiasa mencuit hati sesiapa yang memandangnya. Masyitah dan Razak duduk diruang tamu berbual dengan Zain sementara Wan Besah dan Maryam memandikan Wan Jah. Wan Jah terlantar sakit sejak tiga tahun yang lalu. Selepas Maryam dan Zain pulang dari Kuala Lumpur melawat Ah Yan.
Wan Jah jatuh dibilik air diserang angin ahmar, nasib juga Latifah anak jiran sebelah datang melawat Wan Jah pada hari itu. Wan Besah dan Maryam lah yang menjaga Wan Jah sejak hari itu.
"Bagaimana keadaan Wan Jah," tanya Razak.
"Sudah agak bertambah baik, Mak sudah dapat menggerakkan tangan dan kakinya sedikit demi sedikit," kata Zain.
"Abang lama kah bercuti," tanya Zain kepada Razak
Sambil meletakkan cawan kopinya di meja, Razak menjawab.
"Abang dah berhenti bawa lori Zain, abang ingat abang nak usahakan kebun arwah ayah di Padang Hassan, itu yang abang dan kakak datang kemari berjumpa Zain,"kata Razak.
"Zain tak ada masalah abang, cuma Zain hairan kenapa secara tiba-tiba sahaja abang mengambil keputusan begitu,"tanya Zain.
Razak memandang Masyitah, " Elok Itah sajalah yang bercerita," kata Razak memandang isterinya.
"Sejak mak pindah ke Kuala Nerang, perangai Sufiah semakin menjadi-jadi, mabuk kepayang bercinta dengan orang muda, budak tu pulak bukan betul, ambik dadah, hari tu semasa abang Razak tak ada dia berani masuk ke rumah,"kata Masyitah.
"Sebab itu abang hendak berhenti memandu lori, memandangkan arwah ayah ada mewasiatkan tanah kebun itu kepada Zain, Masyitah dan Sufiah, jadi seeloknya abang tanya dengan Zain juga," kata Razak.
Apabila Wan Besah mengetahui hal Sufiah, dia menjadi marah
"Sufiah, Sufiah tak habis-habis dengan perangainya," kata Wan Besah.
"Bagus jugak Razak ambil keputusan berhenti membawa lori dan tinggal di rumah itu tidaklah risau sangat hati mak ni," kata Wan Besah.
Sudah tiga tahun Wan Besah tinggal di Kuala Nerang menjaga Wan Jah. Kadang-kadang pada hujung minggu ketika Maryam cuti dia akan pulang ke rumahnya di Seberang Pumpong. Maryam ada menyatakan hasratnya untuk berhenti mengajar dan menjaga Wan Jah, namun Zain tidak membenarkannya kerana dia tahu betapa sayangnya Maryam kepada pekerjaan itu.
Pada waktu siang giliran Wan Besah menjaga Wan Jah, itu pun setelah banyak perkara diuruskan oleh Maryam. dia memasak nasi dan mengelap badan Wan Jah belum pergi bekerja. begitulah yang dilakukan setiap hari, mujur juga Latifah anak jiran mereka mengambil upah menjaga anak-anaknya Mysara dan Jefri.
Persengketaan antara Wan Besah dan Wan Jah disebabkan perkara Zain itu telah lama mereka selesai.
Wan Besah terasa hati kerana sejak kecil ibu mereka sering membezakan Wan Besah dan Wan Jah. Ibu mereka Che Embun atau Sharifah Hamimah wanita berketurunan kerabat melayu Patani, manakala ayah mereka Mohamed Naserudeen seorang India Muslim dari Pulau Pinang berkulit gelap. Wan Jah cantik dan berkulit cerah seperti ibu mereka, manakala Wan Besah berkulit gelap seperti ayahnya.
Hal ini selalu menjadi bahan ejekan saudara mara dan rakan-rakan sehinggakan ibunya turut terpengaruh. Sejak kecil dia merasa kekurangan dirinya disebabkan warna kulitnya.
Adiknya Wan Jah selalu mempunyai kelebihan berbanding dirinya kerana cantik dan putih, ibunya selalu bercerita dan memuji adiknya. Timbul rasa tidak puas hati dan dia mula membenci ibunya dan Wan Jah. Sebenarnya mereka mempunyai seorang adik lelaki bernama Wan Senapi, dia lah yang banyak mempertahankan Wan Besah dari diusik dan dibuli kerana rupa parasnya.
Wan Senapi juga banyak menegur ibunya kerana melebihkan Wan Jah. Namun begitu Wan Senapi telah ditangkap Jepun dan dipaksa bekerja membina landasan kereta api di Laos ketika Jepun menguasai tanah melayu pada tahun 1941, setelah Jepun menyerah kalah orang-orang kampung yang dipaksa bekerja disana pulang tetapi tidak Wan Senapi, dia menemui ajal di landasan itu kerana dipatuk ular ketika mengangkat kayu-kayu.
Rakan-rakannya yang berjaya pulang memberitahu, Wan Senapi lambat di beri rawatan kerana doktor Inggeris yang sama-sama ditahan dengan mereka tidak tahu cara merawat bisa ular.
Ayahnya pula meninggal selepas dua bulan mengetahui berita itu, dia patah hati diatas kematian satu-satunya waris lelakinya.
Sejak itu Wan Besah memberontak, dia merasakan dirinya harus kuat, harus hebat dia ingin membuktikan pada ibunya dia hebat walaupun sudah tiada siapa lagi akan membantunya atau mempertahankannya didunia ini lagi.
Dia berkahwin dengan Jalil anak orang kaya dan dia mempertahankan perkahwinannya dengan mengambil Zain sebagai anak angkatapabila Jalil meminta untuk berkahwin lain kerana Wan Besah tidak mampu memberi waris lelaki kepadanya. Wan Besah mengajar Zain memanggilnya dan Jalil dengan pangilan mak dan abah supaya Jalil tidak sedikit pun merasa Zain bukan darah dagingnya.
Dia berjaya mengekalkan perkahwinannya, tidak sedikit pun dia tidak merasa bersalah kepada Wan Jah yang setiap kali datang hendak berjumpa Zain namun pulang hampa, dia menyuruh Masyitah dan Sufiah membawa Zain bermain di rumah jiran.
Setiap kali dia melihat sayu Wan Jah keluar dari rumahnya dengan linangan air mata hatinya puas, setiap linangan air matanya akibat ejekan orang tentang rupa parasnya terbalas, setiap bait-bait perkataan kasar yang menusuk hatinya dari mulut Che Embun ibunya tentang dirinya terbalas.
Tapi dirinya kini menyesal, kebaikan Wan Jah bukan sedikit, Zain perkara terbaik berlaku didalam hidupnya. Zain tak pernah meninggalkannya, Zain sentiasa menghormati dan menghargainya Zain banyak membantu Masyitah dan Sufiah dari segi kewangan.
Dia tekad membetulkan keadaan selama mana dia masih hidup, sehari sebelum Zain dan Maryam bertolak ke Johor, dia meminta Zain membawa dia ke Kuala Nerang. Dia ingin bercakap dengan Wan Jah tentang perasaan hatinya, dia ingin juga Zain tahu yang sebenarnya Wan Jah tidak pernah sanggup meninggalkan Zain yang ketika itu berumur 7 tahun dirumah Wan Besah.
Namun setelah di pujuk Wan Besah, demi kebaikan Zain, supaya Zain dapat bersekolah dibandar ditinggal jua Zain di sana, ketika itu sedikit pun dia tidak dapat membaca isi hati Zain yang baru berusia 7 tahun menangis menjerit-jerit memanggil ibunya.
Ibunya yang dia ingat sengaja meninggalkan dirinya dirumah yang asing bagi dirinya dan pernah berusaha membawanya pulang , menanamkan sedikit demi sedikit perasan dendam dan marah.
Malam itu terurailah segala dendam dan permasalahan kedua beradik, Zain menjadi pengikat perhubungan mereka. Wan Besah gembira akhirnya yang terbuku dihati diluahkan, pertama kali adiknya dipandang dengan penuh kasih sayang. Dia sudah memaafkan sikap ibunya Che Embun dan bersyukur dapat berbakti kepada adiknya, hatinya lebih tenang sekarang setelah melihat Zain pun bahagia disamping Maryam.
"Nenek, nenek tengok lukisan Mysara," kata Mysara sambil duduk dipangkuan Wan Besah.
" Wah cantik sekali, pandai Mysara lukis dipegangnya lukisan Mysara sambil ditenung."
"Ada ayah, ibu, nenek Besah dan nenek Jah semua Mysara sayang!" kata Mysara tersenyum, dia masih memakai uniform tadika Kemas nya.
"Nanti nenek simpan, Sara pergi tukar baju dan mandi dulu ya, nanti kita makan sama-sama, nenek masak sayur lemak labu pucuk manis dan ikan selayang goreng, Sara suka kan," kata Wan Besah.
Maryam masuk ke dapur membantu Wan Besah menyediakan makan malam.
"Mak hendak pulang ke rumah mak di Alor Setar kah, esok Yam cuti," kata Maryam.
"Ya mak, kalau mak hendak pulang ke Alor Setar, Zain boleh hantarkan, tentang mak di sini biarlah Maryam uruskan," kata Zain sambil memandang kearah Wan Jah yang duduk dikerusi roda.
Sejak peristiwa hari itu dia sudah memaafkan Wan Jah dan Wan Besah. Dia sudah mula memanggil kedua-duanya mak seperti yang dihajati Wan Jah.

ANDA SEDANG MEMBACA
MEI LIN
AléatoireKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...