Tahun 2004: Terakhir kali

153 5 0
                                    

Hujan membasahi jendela kamar hospital. Maryam menjaga Zain yang sudah tiga minggu terlantar koma akibat kemalangan jalan raya semasa Zain ingin ke Kuala Lumpur membantu Che Mat berkempen. Dia memandang kearah Mia Sara dan Jefri yang duduk disebelah Zain membaca yassin.

Hatinya tidak keruan antara redha untuk menerima bahawa Zain tiada harapan lagi seperti kata-kata doktor atau terus berjuang seperti bertahun-tahun dia dan Zain menjadi kekuatan masing-masing berjuang untuk masyarakat. Dia memandang Zain, lelaki yang dikahwininya yang sentiasa disisinya, menyayangi dirinya seadanya, dia bertuah memilikinya selama dua abad, andai tuhan menjemputnya pulang ke negeri abadi sanggup kah dia, mampukah dia menongkah arus dunia seorang diri.

Dia memegang tangan Zain, memicit-micit urat-urat biru yang timbul ditangannya. Wajah tampannya membengkak dan terdapat kesan jahitan, entah kenapa Zain yang selalu tidak lupa memakai tali pinggang kaledar semasa memandu, tidak memakainya sewaktu kemalangan itu berlaku.

Dia meletakkan tangan Zain di pipinya yang hangat dibasahi oleh airmata. Andai! andai Zain ingin pergi walaupun dia tak ingin namun jika itu mampu menamatkan kesakitan Zain maka dia sanggup melepaskan.
Dia berjanji dia baik-baik sahaja tanpa Zain dan anak-anak pun akan baik-baik sahaja.

Pintu wad diketuk, Julie masuk dan memeluknya. Sejak tiga hari lepas tidak putus-putus rakan-rakan dan saudara mara melawat Zain. Julie memegang tangannya,
"Kau kuat Maryam," kata Julie sambil menangis.
" Kau dan Zain sentiasa berada bersama aku ketika aku kehilangan Basheer tahun lepas," kata Julie.
Julie masih terkejut, hilang arah ketika Basheer meninggal secara tiba-tiba akibat sakit jantung.

Mia Sara masuk memberitahunya Amran berada di luar, dia dan Julie bergerak ke luar ditempat menunggu,

Mereka melihat Amran yang duduk dikerusi roda yang ditolak oleh isterinya. Kakinya telah dipotong akibat kencing manis,

"Apa khabar kamu berdua," tanya Amran, antara kelima-lima sahabatnya hanya dia dan Zain yang masih hidup. Mahmud pun sudah pergi mengadap ilahi dua tahun lepas.  

"Baik-baik sahaja, Amran" jawab Maryam dan Julie.

"Aku bersimpati Maryam, harap-harap semuanya baik, kalau ada apa-apa yang dapat aku bantu, beritahuku,"kata Amran.

"Terima kasih, sudah banyak bantuan yang Amran berikan sebenarnya. Beberapa minggu ini tidak putus-putus Amran membekalkan makanan dari restorannya kepada dia anak beranak.

Bukan sahaja Amran, malah sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengan Zain turut datang melawat.

Akhirnya Zain pergi jua.

Semalaman Maryam tidak tidur, selepas Zain menghembuskan nafasnya terakhir pada tengah malam semalam serasa nyawa Maryam turut direntap bersama. Maryam tidak menangis, selama Zain di hospital dia sudah cukup menangis, dia ingin Zain tahu dia cukup kuat untuk menghadapi detik ini, saat mereka terpisah oleh alam kehidupan. Maryam masuk ke bilik untuk mengambil batik lepas, kain yang sama digunakan untuk jenazah Wan Jah dan Wan Besah, sekarang akan digunakan oleh anakanda yang mereka cintai. Dia memandang gambar perkhawinan mereka di meja solek dan mengenang detik-detik mereka bertemu.

"Mama, Makcik Halimah dan Auntie Meena berada diluar," kata Mia Sara di muka pintu.

Cepat-cepat Maryam mengesat air matanya dan keluar dari biliknya menuju ke pintu hadapan rumah.

Halimah dan Meena memeluk Maryam.

" Mana Syed dan Robert," tanya Maryam.

" Mereka ke hospital, hendak mengiringi jenazah," kata Halimah.

Dia sudah agak lama tidak menemui Maryam setelah mereka sekeluarga berpindah ke Johor. Kelam kabut dia pulang ke Alor Setar setelah mendengar berita pemergian Zain dari Meena.

Meena yang selalu banyak celotehnya, hari ini sangat diam membungkam kebanyakan masanya dia memandang ke arah Maryam.

Maryam yang perasan dengan keadaan itu menegur Meena.

" Aku ok Meena, jangan risau aku dah terima ketentuan takdir," kata Maryam.

Tetamu beransur pulang, Wazira iaitu anak kepada Amran datang bertemu Maryam.

Maryam sangat berterima kasih dengan Amran yang menghantar makanan untuk majlis tahlil dan rakan-rakan Zain tidak putus-putus mengirimkan wang dan barang-barang lain.

"Zain orang yang baik, ramai yang sayang," kata Meena.

Dia dan Halimah tidur di rumah Maryam. Mana mungkin mereka membiarkan Maryam sahabat mereka dan juga seorang saudara baru menguruskan segala-galanya.

Maryam mengambil album gambar di bawah meja.

Dia menyelak helaian-helaian foto perkahwinannya dan Zain. Dia mengingati momen-momen indah mereka, dia bersyukur kehidupannya bersama Zain sangat-sangat bermakna, Zain mengajar dia menghargai setup detik kehidupannya. Dia menyimpan album perkahwinannya, esok dia akan ke tanah perkuburan dengan anak-anaknya.

Dia berteleku di kuburan memegang batu nisan, membaca tulisan jawi Zain bin Hashim, mengesat air matanya yang tumpah lagi walaupun dia berjanji untuk menjadi kuat bagi meneruskan perjuangan Zain.
........................2007..…............................

Tiga tahun berlalu sejak kematian Zain, hari ini hari berbahagia Mia Sara, dia bertemu pilihan hatinya Andrew ketika belajar di luar negara, pemuda US itu rakan sekuliahnya. Mereka mengadakan kenduri di rumah pusaka Zain di Kuala Nerang secara gotong royong oleh orang kampung. keluarga Andrew ingin merasai kemeriahan majlis perkahwinan secara traditional orang melayu. Ramai ahli keluarga dan rakan-rakan sekerja Zain yang datang. Meena dan Robert sejak beberapa hari sudah berada bersama Maryam dan Mia Sara untuk merancang pertunjukkan tarian traditional dan kompang. Halimah dan Syed juga turut membantu memantau masakan di dapur. Azura dan rakan-rakannya menjadi mak andam dan menyediakan persalinan pengantin berwarna merah. Keluarga Maryam juga turut kelihatan, Ah Yan, Mei Lan dan Ah Chu serta suami dan anak mereka turut berada di sana, mereka banyak menyumbang duit untuk membeli bahan mentah untuk memasak walaupun banyak kali ditolak oleh Maryam. " Ambil lah, ini sahaja yang dapat kami buat untuk membantumu," kata mereka. Hal adat budaya dan peralatan prkahwinan orang melayu amat kurang mereka ketahui. 

Sepupu-sepupu Mia Sara, anak-anak Masyitah jugak sempat datang ke majlis Mia Sara. Masyitah telah 3 tahun terlantar di jaga oleh anak-anaknya akibat serangan angin ahmar. Suaminya pula meninggal dunia beberapa bulan selepas kematian Zain. Begitulah resam dunia setiap yang hidup pasti di uji dan setiap yang datang pasti tiba saat dijemput kembali ke sisi Ilahi.

Wazira anak kepada Amran datang bersama ibunya bersalam dengan Maryam. Sejak ketiadaan Amran Wazira mengambil alih perniagaan arwah ayahnya di hias cafe sehingga menjadi antara salah satu tempat persinggahan wajib pelancong ketika datang ke negeri Jelapang padi ini.

Ramai juga rakan-rakan Zain terutamanya yang bekerja dengan Menteri Besar Kedah dan pegawai jabatan saliran dan aliran serta pegawai pertanian yang turut datang ke majlis Mia Sara, tidak ketinggalan juga Pat yang mereka kenali ketika Zain menjadi pegawai daerah di Padang Terap.

" Jasa En Zain akan kami kenang hingga bila-bila," projek padinya menjana ekonomi agro pelancongan negeri Kedah ini," kata mereka.

Maryam bersyukur, jasa-jasa Zain dikenang hingga kini, dia teringat betapa Zain berusaha sepanjang hidupnya untuk menabur budi pada negeri kelahiran nya. Usaha itu akhirnya membuahkan hasil yang memberangsangkan malahan meningkatkan pula ekonomi penduduk setempat, semoga menjadi benih-benih pahala buatnya di negeri abadi.

..........................###....….........................
Tamat sudah kisah Mei Lin aka Maryam..harap-harap semua pun ada vibe positif macam Maryam, walau apa pun rintangan dan halangan didalam kehidupan ianya bersifat sementara. Kehidupan kita seharusnya meninggalkan legasi yang baik untuk orang-orang yang kita tinggalkan di dunia, seronok menulis kisah Maryam, umpama melewati memori-memori kisah perkembangan negara Malaysia, penulis bercita-cita nak sambung hingga 20 tahun lagi kisah hidup Maryam, tapi cukuplah sampai setakat ini dahulu. Kita sign out untuk cerita lain pula.

tinggal satu lagi chapter, tapi saya publish yg ini dulu..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MEI LINWhere stories live. Discover now