Tahun 1985 : Mei Lin 34 tahun

149 9 1
                                    

3 Ogos 1985, sudah genap lapan bulan pemergian Wan Jah akibat angin ahmar, rupanya keadaannya yang pulih seketika, petanda dia akan pergi selama-lamanya. Wan Besah pula sudah semakin teruk penyakit nyanyuknya diambil Masyitah tinggal bersama keluarganya.

Keluarga Soraya pula berjaya dibantu dan menjadi rapat dengan Maryam. Anak Soraya iaitu Aminah menjadi pendiam sebegitu kerana peristiwa hitam yang dia alami tetapi tidak diberitahu kepada kedua ibu bapanya. Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari bekerja, seorang pemuda cuba mencabulnya. Pemuda itu sudah berjaya di kesan polis dan telah pun di tangkap.

Setelah pulih daripada traumanya Aminah mengikuti kelas jahitan Cikgu Noraini dengan bantuan Maryam, dia sekarang bekerja bersama Azura dan Hasyimah di perusahaan Miss Yew. Ibrahim pula sudah pulih sepenuhnya setelah menerima rawatan sempurna, walaupun kulitnya kekal berparut, namun dia sudah mampu bangun dan bekerja.

Anak bongsu Soraya pula menerima bantuan dari jabatan kebajikan masyarakat dan pusat zakat, keluarga itu tidak terbeban lagi dengan kos rawatan dan lampin pakai buang untuk untuk Omar. Soraya memanjatkan syukur, berkali-kali dia berterima kasih kepada Zain dan Maryam kerana keikhlasan membantu keluarganya.

Hari ini mereka sekeluarga berkumpul di hadapan televisyen menyaksikan perasmian Jambatan Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr Mahathir.
Acara itu antara acara bersejarah Malaysia setelah hampir 28 tahun merdeka.

"Ah! lihat itu kereta nasional pertama Malaysia, Proton Saga, cantiknya kata Jefri, abah nanti Jefri dewasa, Jefri hendak menjadi jurutera macam abang Khairul,"kata Jefri sambil menepuk dadanya bangga.

Kereta proton yang di pandu oleh Perdana Menteri diikuti oleh beberapa buah kereta menyusuri jambatan di sertai tepukan orang ramai. Hari ini rakyat Malaysia berbangga ia merupakan satu lagi pencapaian kita dari segi kejuruteraan walaupun ketika negara menghadapi impak dari kemelesetan ekonomi dunia ketika itu akibat naik turun harga minyak.

Selepas selesai solat jemaah, Maryam teringat surat yang di hantar oleh adiknya Ah Yan, keluarga adiknya itu telah berpindah ke Johor, selepas Peter mendapat tawaran bekerja di sebuah hospital ternama di Singapura. Ibubapa mereka pula mengikut keluarga kakak mereka Ah Bee yang pulang ke Kuala Kedah setelah kontrak kerja suaminya di Singapura tamat.

Mereka membuka sebuah kedai kopitiam, hasil jimat cermat pendapatan suaminya ketika bekerja di Singapura. Maryam melipat kembali surat itu dan disimpan ke laci. Zain yang sejak tadi hanya memerhati Maryam tersenyum. keadaan keluarga Maryam sudah bertambah baik, Zain cuma mengharapkan satu hari nanti Maryam dapat mengumpulkan kekuatan dirinya untuk bertemu dengan ahli keluarganya terutamanya kedua ibubapanya.

Maryam membuka buku catatannya dia teringatkan cerita Halimah tempoh hari ketika datang bertandang ke rumahnya. 

Halimah memberitahu tentang Jamilah yang mengalami kemurungan setelah kematian anaknya, tentang kehidupan rumah tangga Jamilah dan Hassan yang retak menanti belah berakhir dengan penceraian menyebabkan keadaan kesihatan mental dan fisikal Jamilah menjadi semakin buruk dan berakhir di hospital. Hassan pula membawa diri dengan mengikuti misi PBB sebagai pegawai di bawah UNIFIL di Lebanon.

Apa yang mengganggu fikiran Maryam ialah kata-kata Halimah, Jamilah berulang kali memberitahu peristiwa ketika di sekolah dahulu, semasa Maryam melarikan diri dan hilang kewarasan selama dua tahun itu adalah angkaranya. Dia obses dengan tangkal dan jampi ketika itu, dia meminta agar Halimah menyampaikan hasratnya untuk berjumpa Maryam.

Kalau betul lah segala yang terjadi terhadapnya di sebabkan oleh Jamilah, dia tidak ingin berjumpa dengan Jamilah. 

Bertahun-tahun Maryam mengelakkan diri dari berjumpa keluarganya dan menyalahkan keluarganya atas apa yang berlaku kepadanya ketika itu. Betapa dia akan merasa bersalah sekiranya keluarganya tidak terlibat, dia membayangkan betapa susah hatinya Ma dan Pa ketika itu dan betapa berusahanya kedua ibubapanya mencarinya. Timbul juga kekesalan dihatinya keatas perkara yang berlaku itu menyebabkan dia terlepas peluang ke universiti dan berbakti kepada keluarganya seperti kemahuan kedua ibubapanya dan Ah Boon. 

MEI LINWhere stories live. Discover now