Musim El-Nino melanda sejak permulaan tahun mencapai kemuncaknya, Zain melawat empangan Ahning yang semakin berkurangan airnya, akibatnya air yang disalurkan kepada kawasan muda berkurangan. En. Musa pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran membawanya melawat kawasan tali air yang sangat surut airnya,
" Tuan Zain bukan empangan Ahning sahaja airnya kurang, empangan Pedu dan empangan Muda yang mengalami nasib yang sama.
Tanah sawah kering kontang, ramai pesawah mengeluh kerana musim pertanian pertama tahun ini tidak dapat dilakukan, hendak menunggu air hujan pun sejak tahun lepas, taburan hujan sangat sedikit.
Tiba-tiba mereka ternampak seorang pegawai MADA berlari kearah mereka, Tuan Zain kena kita bertolak ke Alor Setar sekarang, pesawah di kawasan Tandop berpiket di hadapan kilang Haji Yee, saya takut tak terkawal nanti.
Mereka tiba di hadapan kilang padi Haji Yee, Zain tidaklah terlalu rapat atau suka kepada Haji Yee kerana taukeh beras ini seorang yang bersifat monopoli, habis dari memproses padi dan mengedar beras dimonopoli oleh mereka anak beranak. Dia jugak agak berkira dengan para pesawah, padi dibeli dengan harga murah, sekali sekala Zain mengingatkan para pesawah agar berhati-hati, agak sukar untuk mereka menghantar kepada kilang lain sebab Haji Yee memegang geran sawah mereka, kerana sifat mereka sendiri yang tidak ukur baju dibadan sendiri, selalu meminjam duit dari Haji Yee untuk urusan-urusan bermewah-mewah, kenduri kahwin anak hendak besar-besaran, ketika raya semua hendak ditukar baru.
'Tuan Zain, tolong la kami, tanah-tanah sawah kami yang di cagar ke Haji Yee taukeh kilang beras hendak dijual, macam mana nasib kami nanti," adu para pesawah sekitar Mergong.
Zain menemui Haji Yee untuk mencari jalan penyelesaian.
" Macam mana saya nak buat Tuan Zain terpaksa saya jualkan tanah-tanah itu untuk menyelamatkan kilang beras saya dan perniagaan-perniagaan saya yang lain, kemerosotan ekonomi tahun lepas dan kepanasan melampau tahun ini menjejaskan perniagaan saya, ada syarikat pemaju yang ingin membeli bagi tujuan perumahan.
Zain menemui para pesawah tiada apa yang dia mampu lakukan kerana geran tanah ditangan Haji Yee, namun Haji Yee berjanji untuk memberi sedikit pampasan untuk setiap pesawah yang tanahnya diambil. Bagi Zain dia berharap, pesawah-pesawah ini mendapat pengajaran tentang sikap mereka sendiri yang membawa kerugian.
Sementara Maryam di sekolah, kelab seni menerima jemputan membuat persembahan musik dan kebudayaan di dewan kebudayaan Filharmonik yang baru di buka pada bulan Ogos. Dia tidak menyangka atas saranan Prof. Lee mereka mula melatih para pelajar bermain Nobat iaitu peralatan musik diraja negeri Kedah. Mereka ingin memperkenalkan alat musik traditional Kedah itu di peringkat antarabangsa,
" Kalau bunyi-bunyian nafri, gong dan gendang diiringi dengan pencak silat tentu lebih gah ya," kata Meena, dia masih mengingati ketika dia ke balai Nobat dia pernah melihat persembahan silat mengiringi musik Nobat.
" Kalau begitu kita boleh dapatkan dari pelajar sekolah lain, memandangkan sekolah kita hanya ada sukan bela diri teakwando," kata Maryam.
Bulan September, saat dinanti-nanti telah tiba, acara gilang gemilang sukan komanwel akan diadakan di Kuala Lumpur. Malaysia berbangga negara kita merupakan negara pertama di asia tenggraa dipilih untuk diadakan sukan terulung ini. Sebanyak 69 negara-negara komanwel mengambil bahagian dalam acara sukan tersebut . Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamed dan Menteri belia dan sukan ketika itu Muhyiddin Yassin menghadiri upacara pembukaan oleh yang dipertuan Agong. Acara pembukaan yang diadakan di stadium national Bukit Jalil .
Koh Eng Tong, atlet angkat berat tahun 50an, pelari terakhir yang membawa obor yang dinyalakan oleh Queen Elizabeth II di Buckingham palace pada Mac 1998 dan dibawa berlari merentasi 6 benua.
Pasukan anak-anak seni Sekolah Persendirian Hong Luan tidak terlibat dengan acara pembukaan tetapi mereka akan terlibat dengan acara penutup selepas 10 hari nanti, namun mereka tidak mahu melepaskan peluang melihat sendiri acara pembukaan yang diadakan cukup meriah.
Ramai artis artis terkenal mengambil bahagian didalam upacara pembukaan termasuklah ratu rock negara Ella.
Tiba masa penutupan, persembahan kesenian pelajar-pelajar sekolah Hong Luan mendapat tepukan gemuruh. Malaysia pula menduduki tempat ke-4 keseluruhan.
"Wah ini pencapaian terbaik kita didalam sukan Commenwelth," kata Meena megah.
" Benarlah Malaysia Bolehkan," kata Meena tersenyih, dia bangga melihat paparan kedudukkan setiap negara, siapa sangka negara kecil kita mampu berada di kedudukan keempat.
Hari berganti hari hingga sedar tidak sedar mereka telah masuk ke ambang 1999. Ini merupakan tahun terakhir sebelum memasuki tahun 2000.
Ekonomi Asia Tenggara semakin pulih perlahan-lahan. Inflasi semakin berkurangan, peluang pekerjaan semakin bertambah dengan kemasukan pelaburan asing ke negara.
Malaysia bernasib baik dapat pulih dengan kadar segera berbanding negara jiran berkat kebijaksaanan Dr. Mahathir kerana kita tidak berhutang dengan IMF.
Pada Mac 1999 menyaksikan pusat pentadbiran negara berpindah ke Putrajaya.
" Bijak juga Dr. Mahathir memindahkan pusat pentadbiran ke sini, tidaklah bersesak seperti selalu, disini kawasannya luas dan lanskapnya cantik," kata Menteri Besar Kedah ketika dia dan Zain turun ke Putrajaya menghadiri Majlis perasmian bangunan baru di sana.
Dia bertemu dengan Che Mat di putrajaya,
"Apa khabar Zain?"Kata Che Mat sambil bersalaman dengan Zain.
Mereka bertemu lagi selepas Majlis perasmian tersebut. Che Mat, Menteri Besar Kedah dan beberapa kenalan mereka berbincang tentang beberapa projek yang hampir siap.
Projek Litar Antarabangsa di Sepang yang hampir siap di Sepang , projek MISC di Cyberjaya, Malah projek Menara berkembar PETRONAS iaitu bakal Menara tertinggi Dunia bakal terletak di Malaysia. Hebat siapa bakal pencetus idea projek-projek mega ini. Mereka berbincang apa lagi projek yang boleh diadakan di negeri Kedah.
..................................................................
Hari ini mereka sekeluarga merancang untuk pergi ke Bukit Kayu Hitam yang terletak di sempadan Kedah dan Thailand. Sudah lama mereka tidak bercuti sekeluarga dan kebetulan pula Jefri mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka ingin mencari barang-barang persediaannya seperti bagasi dan jaket musim sejuk. Mereka singgah di sebuah restoran di Changlun. Ramai pelajar-pelajar UUM sedang menjamu selera.
"Bagus betulkan, makanan di sini banyak pilihan dan murah murah belaka, dapatlah pelajar-pelajar ini berjimat cermat" Kata Maryam.
Jefri mengambil surat khabar diatas meja, mungkin ada pelanggan yang tertinggal tadi. Sambil itu dia membelek berita di muka surat pertama surat khabar tersebut.
"Azhar Mansor menjadi pelayar solo Malaysia melintas dunia." Dia membaca tajuk besar di surat khabar.
" Suatu hari nanti saya juga ingin mengharumkan nama negara, " katanya berkobar-kobar.
"Belajar rajin-rajin dulu,"Kata Maryam, disambut ketawa ahli keluarga mereka.
Jefri walaupun boleh katakan bijak tetapi tidak serius, namun setakat hari ini kedua-dua ibubapanya bangga dengan pencapaiannya.
Mereka tiba di komplek Bukit Kayu Hitam kira-kira waktu petang.
ANDA SEDANG MEMBACA
MEI LIN
De TodoKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...
