Pelajar terbaik tingkatan 3 tahun ini, Wong Mei Lin.
"Tahniah Mei Lin!"
Rakan-rakannya mengucapkan tahniah kepadanya, Mei Lin menyambung belajar di Sekolah Perempuan Tun Saleha, sekolah elit di daerah itu, Halimah dan Jamilah dua rakan karibnya dari sekolah rendah yang sama juga bersekolah di situ.
Mei Lin tumbuh sebagai gadis yang cantik, bijak, aktif dan berani. Dia bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran beliau juga aktif dalam bidang olahraga di sekolah. Setiap tahun dia mendapat nombor satu, cikgu-cikgu meletakkan harapan tinggi supaya dia dapat melangkah kaki ke menara gading.
Adiknya Ah Yan juga bersekolah disitu dan masih di tingkatan satu. Pulang dari sekolah mereka berempat berbasikal menuju ke Jeti Tok Pasai. Mei Lin berkongsi basikal dengan Ah Yan, basikal itu merupakan basikal terpakai yang di beli oleh Ah Boon bagi memudahkan adik-adiknya ke sekolah.
"Kamu belajar bersungguh-sungguh, aku tak ada peluang untuk belajar, sampai sekarang aku masih buta huruf," Pesan Ah Boon ketika menyerah basikal itu kepada mereka.
Sampai ke jeti mereka bertembung dengan Hassan abang Halimah, Hassan pemuda yang kacak berkulit sawa matang seperti kebanyakkan pemuda Kedah yang lain.
Hassan yang sudah berusia 18 tahun mempunyai ramai peminat wanita tak kira di kampung atau di sekolah mereka, sekolah Hassan bersebelahan sekolah mereka merupakan sekolah untuk budak lelaki.
Hassan pemain bola sepak dan ketua pelajar disekolah itu.
"Tahniah Mei Lin, kamu memang hebat," kata Hassan.
Mei Lin tersipu malu"terima kasih Hassan mana kau tahu?"
"Itu trofinya betulkan," kata Hassan
Merah padam muka Mei Lin, kulitnya yang putih nampak seperti udang terbakar. Janggal sekali perbualan ini.
"Hassan! Hassan! mari sini," panggil kawan-kawan Hassan. Kelihatan sekumpulan budak lelaki bersembang di tepi jeti. Hassan berjalan menuju kearah mereka.
Halimah menolak-nolak bahu Mei Lin sambil tersengih, "kau suka abang aku kah?"
"Ah tidak lah, abang kau ramai peminat," kata Mei Lin.
Kebetulan rakit yang ingin membawa mereka ke sebarang sana telah sampai, mereka berempat naik bersama sekumpulan pelajar-pelajar perempuan yang lain.
Pak Deli pendayung rakit telah mereka kenali sejak kecil, upah menaiki rakit ini 1 sen. Ini pengangkutan mereka setiap hari dari Jeti Nelayan Kuala Kedah ke Jeti Tok Pasai di seberang sana dan berpatah balik di waktu tengahari.
Setelah sampai di jeti, Mei Lin mencari Ah Boon, mereka berpusing-pusing di tempat ikan diturunkan sehingga mereka terlihat Ah Boon sedang mengangkut tong-tong ikan dari bot.
"Ah Boon! Ah Boon! lihat ini," Ah Yan mengangkat tinggi-tinggi trofi milik Mei Lin.
"Wah hebatnya!" bagus Ah Boon mengangkat ibu jarinya. "Eh! Mei Lin dapat nombor satu lagi abang Mat," Ah Boon memberitahu rakannya.
"Ah Boon, kau ambik ikan Jenahak tu," kata Mat Piah.
"Mahal ikan tu abang Mat, bagi aku ikan kecil-kecil sudah la,"
" Ambil la rezeki kau, aku belanja Mei Lin sempena dia dapat nombor satu."
Ah Boon tidak mengikut bapanya lagi menjala di muara sungai, sekarang dia mengikut Mat Piah tekong bot laut dalam, tangkapan mereka lebih banyak dan lautan yang mereka terokai lebih luas.
Dia sudah mampu membaiki rumah yang mereka tinggal kepada rumah yang lebih selesa. Rumah mereka sekarang sudah berdinding papan, lantai daripada
simen dan bumbung beratap zink.

ANDA SEDANG MEMBACA
MEI LIN
SonstigesKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...