Zain dihubungi oleh Hong Guan untuk memberitahu tentang majlis pengebumian Rosalind yang diadakan para hari Jumaat 9 Disember 1977 di suatu tapak perkuburan khas.
Guru-guru di Hong Guan juga diberitahu tentang perkara ini. Mereka sudah membuat persediaan untuk pergi ke sana bersama, yang tinggal di sekolah hanya Miss Habibah dan beberapa guru senior. Mei Lin pula bertolak dengan Zain.
Mereka tiba di tapak perkuburan khas Jalan Kebun Teh pada awal pagi. Sebuah tugu dengan nama-nama penumpang dan anak kapal MH 637 tertulis, suasana sangat memilukan dengan tangis sendu saudara mara dan rakan-rakan mangsa. Upacara pengebumian dijalankan mengikut agama masing-masing dijalankan.
Disuatu sudut di tugu itu terdapat gambar Rosalind bersaiz besar tersenyum cantik di perkuburan itu, begitu juga gambar penumpang-penumpang dan krew-krew penerbangan yang lain. Siapalah dapat meneka isi hati mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam sekelip mata tanpa jasad pula untuk di tatap buat kali terakhir.
Dato' Hussien Onn, selaku Perdana Menteri memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa. dia juga mempunyai anak saudara yang merupakan salah seorang pramugara dalam penerbangan itu hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
Pengebumian bukan sahaja dihadiri oleh sanak saudara malah orang kampung dan masyarakat yang mengetahui tentang tragedi itu juga hadir.
Hong Guan dan Robert memberi penghormatan terakhir kepada Rosalind diikuti oleh ahli keluarga Rosalind dari Melaka.
Maryam dan Zain mendekati Hong Guan dan Robert mengucapkan takziah.
"Kau macam mana kawan", tanya Zain kepada Hong Guan. Dia berjabat tangan dengan Hong Guan, Robert dan beberapa ahli keluarga Rosalind.
Amran dan Basher tidak dapat hadir, masing-masing mempunyai hal keluarga. Mahmud pula sampai agak lambat ketika majlis hampir selesai.
"Beginilah," kata Hong Guan, keadaannya kusut masai dan keletihan agaknya beberapa hari ini dia langsung tidak berehat.
"Kau ingat anak aku Robert," kata Hong Guan.
Zain memandang kearah Robert, dia pernah berjumpa Robert sebelum Robert terbang ke UK dulu. Pemuda berkaca mata itu sangat menyerupai ibunya.
" Pakcik dengar kamu sudah menamatkan pengajian kamu di UK," kata Zain.
"Ya pakcik, selepas ini saya akan pulang semula dengan ayah untuk menghadiri majlis komvokesyen," kata Robert sambil menggenggam tangan Hong Guan.
Kedua beranak itu mencari kekuatan meneruskan kehidupan selepas kehilangan insan yang disayangi dalam keadaan yang tragis, Maryam memandang Zain, fikirannya berlegar membayangkan keadaan Zain dan Mysara, jika kejadian yang sama berlaku kepadanya.
Pulang dari Johor, Mei Lin dan Zain singgah di Kuala Lumpur untuk berjumpa Ah Yan dan Peter, mereka akan melangsungkan perkahwinan semasa cuti Tahun Baru Cina, tahun hadapan.
"Seronok berjumpa kamu," kata Ah Yan ini kali pertama dia bertemu dengan Zain, sebelum ini dia hanya mendengar nama Zain dari perbualan melalui telefon dengan Maryam atau melalui surat-surat Maryam.
"Kenapa kamu tidak membawa Mysara sekali,"tanya Ah Yan.
Maryam baru teringat yang dia tidak memberitahu Ah Yan tentang tujuan kedatangan mereka ke Kuala Lumpur sekadar singgah dari Johor sebelum pulang ke Kedah
"Aku hanya singgah sebentar menemuimu dan untuk mengucapkan tahniah, kau tahukan aku tak mungkin akan boleh ke majlis perkahwinanmu", kata Maryam sebak, sungguh dia merindui Pa, Ma dan semua adik beradiknya tapi demi Zain dan janjinya kepada Wan Besah dia hanya menyimpan sahaja perasaannya di hati. Alangkan perkahwinan Halimah pun dia tidak berani pulang ke Kuala Kedah menemui keluarganya.
"Aku faham kau jangan risau, aku sudah banyak kali bertanya hal ini kepada Ma dan Pa tapi dinafikan mereka, sehingga kita tahu siapa dalangnya agak bahaya untuk kau dan Zain pulang. Walaupun kami berdua pengamal perubatan moden, kami juga percaya kepada perkara-perkara begini.
"Aku akan membawa Pa dan Ma tinggal dengan aku selepas berkahwin nanti, Mei Lan sudah ke Pulau Pinang bekerja kilang. Mereka sudah uzur dan hanya berdua di Kota Kuala Kedah.
Mereka ada juga beberapa kali bertanyakan tentang Maryam dan menyatakan keinginan bertemu dengan Zain dan cucu mereka Mysara, tetapi soalan itu, kerinduan itu hanya Ah Yan yang tahu.
Dia tersepit antara ibubapanya dan Maryam. Dia sudah menceritakan perkara sebenar kepada Maryam tentang apa yang sebenarnya terjadi kepada Ah Boon dan ibubapanya pun sudah pun memaafkan Maryam dan menerima keputusannya yang bertukar agama.
Namun dia juga risau jika Maryam dan Zain jatuh sakit lagi jika bertemu kedua ibubapanya. Mungkin akan sampai saatnya nanti kebenaran terbongkar dan keluarganya boleh bersatu kembali. Dia teringatkan Ma yang termenung kesedihan setiap kali tiba Tahun Baru Cina. Ma dan Pa menunggu Maryam pulang dan menyambutnya bersama keluarga pada tiap-tiap tahun dan terbayang kehampaaan di wajah mereka kerana perkara itu tidak pernah berlaku.
"Bagaimana keadaan Mei Lan," tanya Maryam, Ah Yan ada bercerita tentang Mei Lan dan skandalnya.
"Haish, aku pun pening Mei Lin, sudah aku nasihatkan jangan bercinta dengan laki orang dia endah tak endah sahaja. Minggu lepas isteri taukeh cina itu menyerangnya di tempat kerja, nasib Peter ada kawan di sana yang bekerja sebagai juruteknik, kami minta dia menolong Mei Lan.
" Dia terlampau taksub ingin berkahwin dengan orang kaya agaknya," kata Maryam tentang adiknya itu, memang cita-citanya sejak kecil ingin berkahwin dengan orang kaya.
Mereka bertolak pulang ke Kedah petang itu juga kerana urusan kerja Zain.
Sampai di Kedah hampir pukul 2 pagi mereka bermalam di rumah Wan Besah. Kisah mereka singgah di Kuala Lumpur bertemu Ah Yan tidak langsung mereka ceritakan kepada Wan Besah.
Rajuk nanti orang tua itu, Maryam faham betapa pentingnya Wan Besah didalam hidup Zain. kadang-kadang dia juga tidak memahami kenapa Zain sehingga sekarang tidak mahu memanggil Wan Jah sebagai Mak sehingga Wan Jah berasa kecil hati, Zain tentu tahu apa yang dia lakukan, Zain dimata Mei Lin orangnya sangat baik, sangat menjaga hati dan perasaan orang lain dan sangat bijak didalam segala urusannya. Tetapi siapa dia untuk mempersoalkan Zain, suami yang dicintai dan dikasihi.
Zain membuka pintu rumahnya, perlahan-lahan mereka masuk tidak mahu mengejutkan penghuni yang lena diulit mimpi, Ternampak Wan Besah yang terlena di sofa rotan di tengah ruang tamu dengan Mysara tidur di pangkuannya. Tentu keduanya letih menunggu Zain dan Maryam pulang. Maryam mendukung Mysara ke bilik tetamu, manakala Zain mengejutkan Wan Besah.
"Mak!mak! bangun, kenapa tidur disini" tanya Zain.
"Ah Zain kamu sudah pulang, Mysara yang nak menunggu kamu disini, eh mana dia?"kata Wan Besah.
"Maryam dah bawa dia ke bilik, jom lah mak tidur di bilik, sakit badan mak nanti," kata Zain
"Apa yang lambat sangat Zain, dah merajuk Mysara tadi, jangan-jangan kamu pergi berjumpa dengan keluarga Maryam, kan mak dah cakap jangan, kamu buat juga", marah Wan Besah dengan nada kerisauan.
" Tidaklah mak Zain, ada urusan di Kuala Lumpur dengan Mahmud, mak ingatkan Mahmud anak arwah Master Rahmat," kata Zain berbohong, dia tidak mahu Wan Besah mengetahui hal sebenar kerana kasihankan Maryam.
"Ia lah, mak percaya, esok mak nak ikut kau ke Kuala Nerang, dah lama mak tak berjumpa Wan Jah," kata Wan Besah.
**************####******************
Tentu perit kehilangan orang yang tersayang, cuba menyelami perasaan saudara mara mangsa MH 307 dan MH 17, wallahuallam...hanya mereka yang tahu.
ANDA SEDANG MEMBACA
MEI LIN
DiversosKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...
