Tahun 1980 : Mei Lin 29 tahun (part 1)

156 10 6
                                    

Hari ini Zain bertemu rakan-rakannya di restoran Amran, setelah tiba di hadapan restoran dia ternampak Basher dan Hong Guan sudah berada disana.

Rancak bersembang sampai aku sampai pun tak perasaan, tegur Zain apabila dua sekawan itu langsung tidak menoleh kearahnya.

"Eh Zain bila sampai," kata Basher sambil berjabat tangan dengan Zain.

"Um dah lama dah, aku berdiri macam patung disini," keluh Zain.

"Ni ha, kau tengok pasukan bola sepak Malaysia menang lawan Korea Selatan semalam, hebat betul, "kata Hong Guan teruja.

Zain mengamati gambar pemain-pemain bola yang terdiri dari pelbagai kaum, walaupun dia tidaklah meminati sukan itu tetapi dirinya cukup kagum dengan semangat mereka, dia tahu Korea Selatan bukan calang-calang pasukan.

"Ah sayang sekali Malaysia memboikot Olimpik Moscow, kalau tidak tentu kita ada peluang ke antarabangsa. Baru kita boleh gah dengan anak-anak muda kita ini," kata Hong Guan.

Setelah bersembang beberapa seketika Basher meminta diri kerana ada urusan, Amran pula masih sibuk dengan pelanggan-pelanggannya.

"Hey Zain, aku ingin bertanya apa pendapatmu tentang kahwin campur," tanya Hong Guan.

"Eh kau ingin berkahwin kah, sudah ada calonnya," tanya Zain serius.

"Bukan aku lah, Robert anak aku itu semalam bertanyakan pendapat aku, aku tiada halangan cuma, ketika mula-mula kahwin dulu, Rosalind mempunyai kesukaran menyesuaikan diri, jadi aku tidak mahu isteri Robert menghadapi kesukaran yang sama, bagaimana kehidupan kau dan Maryam," tanya Hong Guan.

"Maryam tidak bermasalah untuk menyesuaikan diri, agaknya sebab dia rapat dengan Wan Jah dan sekarang pula dengan Wan Besah, siapa yang Robert suka, aku kenalkah?" tanya Zain.

Hong Guan tersenyum

"Ala sahabat baik isterimu," kata Hong Guan.

Zain ketawa, dia sudah mengagaknya, beberapa hari sebelum itu Maryam ada memberitahunya kelakuan pelik Meena dan Robert.

Naif jugak Maryam, dia tidak dapat mengagak kedua sahabat baik itu sudah jatuh cinta. Hari ini terjawab mengapa Robert dan Meena selalu mengelak dari berjumpa dan Meena diam seribu bahasa bila Robert berada dihadapannya sehingga menimbulkan kehairanan Maryam.

"Aku suka Meena, orangnya penuh semangat, aku nampak masa hadapan  yang gemilang jika Hong Luan ditangan Robert dan Meena, kata Hong Guan.

" Jadi kau tak usah bimbang kawan, nampaknya Robert telah membuat pilihan yang tepat," kata Zain.

Petang itu semasa Maryam melangkah masuk ke kereta, dengan gembiranya dia memberitahu Zain bahawa dia sudah mendapat jawapan  tentang perlakuan Meena dan Robert yang pelik, hari ini Meena menunjukkan kad ucapan selamat hari lahir dengan ayat-ayat lamaran dari Robert. Kad ini diberikan padanya 3 hari lepas.

Zain ketawa kecil,

"Abang dah tahu, abang jumpa Hong Guan tadi," kata Zain.

" Ah, kedua-duanya sahabat baik Yam, langsung Yam tak dapat membaca isi hati mereka," kata Maryam kecewa.

"Sahabat baik lagi susah diramal, janganlah kecewa mereka akan jadi pasangan yang serasi, saling melengkapi, " kata Zain.

Maryam ketawa geli hati sambil menutup mulutnya.

Ya, Robert yang skema dan Meena yang ceria, siapa sangka kedua-dua akan jatuh cinta fikir Maryam.

Ketika mereka masih dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Nerang, kedua-duanya masih berbicara tentang Robert dan Meena.

MEI LINWhere stories live. Discover now