Demam piliharaya ke-6 , sudah berlalu dengan kemenangan berpihak kepada kerajaan memerintah ketika itu.
Dr Mahathir yang mengantikan Tun Hussein Onn sejak 1981 dilantik kekal sebagai perdana menteri. Che Mat pula menang besar mengalahkan lawan dari parti yang lain.
Zain berjumpa Che Mat didalam majlis meraikan Che Mat di balai raya Kuala Nerang.
"Tahniah Che Mat," kata Zain sambil berjabat tangan dengan Che Mat.
"Alhamdullilah, aku harap dengan kejayaan yang baru bermula ini dapat membawa aku sampai ke parlimen, banyak yang ingin aku lakukan untuk masyarakat luar bandar," kata Che Mat.
" Insyaallah Che Mat, saya doakan semoga impian Che Mat termakbul," kata Zain menepuk bahu Che Mat. Zain teringatkan cerita Maryam tentang pelajar-pelajar kursus menjahit dan memasak oleh Cikgu Noraini yang Maryam sertai.
" Abang tahu kursus yang Yam sertai, ramai dikalangan mereka isteri-isteri orang kampung yang hidup susah. Ada yang belasan tahun sudah berhenti sekolah dan berkahwin, alasan mak ayah, anak perempuan akhirnya ke dapur juga. Ada yang suaminya tidak bekerja hisap dadah, isteri yang terpaksa keluar bekerja nak memberi makan anak-anak yang berderet. Ada yang suami masuk tabligh berbulan-bulan isteri dan anak-anak ditinggalkan tanpa bekalan makanan," kata Maryam.
" Pemikiran dan mindset yang harus diubah dan perkara sebegitu memerlukan seseorang untuk bantu mereka, " terang Zain, memang itulah realiti yang dia nampak dengan kehidupan orang kampung. Sikap cukup dengan apa yang ada tak mahu berusaha dan mengharapkan bantuan kerajaaan pekat didalam diri mereka. Kadang-kadang Zain terfikir, adakah kerana pernah dijajah selama 500 tahun membuatkan sikap itu sangat sukar diubah dan diwarisi pula turun temurun.
Selesai majlis itu Zain balik ke pejabatnya. Zain melihat beberapa proposal kertas kerja yang diberikan oleh dua pusat pengajian tinggi tentang kajian penoreh-penoreh getah di Padang Terap diatas mejanya.
Che Mat telah bekerjasama dengan pusat pengajian tinggi dengan meminta diadakan kajian tentang pelbagai industri agricultural yang menjadi nadi di Padang Terap seperti getah, padi, tebu dan kelapa sawit sejak dua tahun lepas.
Saban tahun pelajar-pelajar dari Universiti Pertanian dan Universiti Utara Malaysia turun ke Daerah Padang Terap ini, hasil kajian ini nanti akan membantu pihak-pihak berwajib mengenalpasti bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada petani dan boleh membaik pulih mutu pengeluaran hasil tanaman.
Tahun lepas mereka membantu para pesawah dengan membuat kajian padi yang boleh ditanam 2 kali setahun dan membuat hibrid anak benih benih supaya padi lebih tahan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan hasil yang diperolehi lebih baik.
Dipanggil pegawainya En Hasbullah, meneliti kajian itu satu persatu untuk dipilih nanti. Hari ini dia ingin pulang awal menyambut hari lahir Jefri, anak lelakinya itu sudah melangkah ke-5 tahun.
Majlis hari jadi Jefri disambut meriah, ramai dari kalangan sahabat dan saudara yang hadir.Maryam menyediakan makanan dihalaman rumah. Halaman rumah Wan Jah dipenuhi pelbagai tumbuhan kayu sedang berbunga.
Ada rambutan, mangga, nangka, limau, jambu air dan beberapa jenis pokok yang lain.
Para tetamu menikmati makanan dibawah pokok rambutan, kanak-kanak berlari riang ria, angin sepoi-sepoi bahasa sekali sekala bertiup membuatkan suasana petang sangat nyaman.
Zulaika, Azura dan Hasyimah antara rakan-rakan yang belajar menjahit dan memasak dengan Puan Noraini datang membantu menyediakan makanan.
Mereka anak-anak pesawah dari kampung Bukit Larik yang telah berhenti sekolah akibat kesempitan hidup. Zulaika berumur 17 tahun telah berkahwin dan mempunyai anak. Azura dan Hasyimah pula masing-masing berusia 15 dan 16 tahun.
" Kami datang berbasikal Puan," kata Azura bila ditanya Maryam. Entah kenapa mereka lebih selesa memanggil Maryam puan setelah mengetahui Maryam isteri seorang DO.
Masing-masing kagum melihat saiz rumah yang besar dan disekeliling rumah yang dipenuhi pelbagai tumbuhan. langsung tidak dapat dibandingkan dengan saiz rumah mereka yang kecil dan tidak mempunyai elektrik, air pula dari sumber telaga.
Untung ya puan, rumah puan cantik, kata Zulaika, rumah kami serba daif, jalan ke rumah pula melalui batas-batas ban bendang yang hanya boleh dilalui basikal dan motorsikal jauh sekali kereta.
" Tak apa bersyukur sahaja apa yang Allah berikan, lagipun selepas kursus jahitan ni, kamukan boleh mengambil upah menjahit baju boleh lah kamu mengubah kehidupan keluarga kamu," kata Maryam.
" Berapa sangat upah menjahit baju Puan, yang menghantar baju nanti pun orang-orang miskin seperti kami juga" kata Azura.
Maryam teringatkan kata-kata Cikgu Noraini tentang upah menjahit langsir dan uniform yang lebih mahal harganya, dalam benaknya mengatur perancangan bagaimana mewujudkan peluang pekerjaan itu, supaya orang-orang seperti Azura, Zulaika dan Hasyimah mempunyai pendapatan yang lebih lumayan bagi meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.
Malam itu Maryam menulis perancangan tentang jahitan langsir dan uniformnya, Zain yang sudah menidurkan Mysara dan Jefri berjalan masuk ke bilik mereka memandang Maryam yang masih kusyuk menulis.
"Sayang abang tengah buat apa?" tanya Zain tersengih.
"Abang rasa senang tak nak mendapatkan tempahan dari pihak kerajaan seperti baju uniform atau langsir," tanya Maryam.
"Selalunya tempahan seperti itu diberi kepada syarikat yang mempunyai modal pusingan yang besar dan mempunyai kilang, Yam tahu sajalah bayaran dari kerajaan mempunyai terma. Usahawan kecil tak mampu memenuhi keperluan syarat itu," kata Zain, dia dapat membaca apa yang ingin Maryam lakukan.
Maryam mengeluh kecewa sambil menutup buku catatannya tadi.
"Jadi maksud abang, dengan kemahiran menjahit yang bakal dimiliki oleh anak-anak kampung ini tidak dapat membantu mengubah nasib anak-anak kampung disini", kata Maryam.
" Mungkin apa yang Yam boleh lakukan, Yam boleh mencari kedai jahit, butik pengantin atau kilang yang memerlukan pekerja dan cuba masukkan mereka bekerja disitu,"kata Zain.
Maryam tersenyum kembali, bagus idea itu Maryam ada terdengar ada banyak kilang-kilang pakaian akan dibuka di Mergong nanti.
"Bagus idea abang itu"
"Abang pun ada banyak perkara yang abang hendak lakukan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk daerah ini, mungkin Yam dapat memberi buah fikiran Yam nanti," kata Zain sambil menceritakan trntang kertas kerja yang diperolehi dari pelajar-pelajar universiti.
"Kenapa ya, tidakkah orang-orang kampung ingin kehidupan ya lebih baik,"
"Siapa yang tidak menginginkan kehidupan yang lebih baik Yam, tetapi itulah sesetengah orang Allah hadirkan ilham dan daya usaha yang lebih berbanding sesetengahnya yang hanya tahu bermimpi dan mengeluh, umpama Mat Jenin dan tanggungjawab kita sebagai sebahagian dari masyarakat untuk menunjuk jalan dan memimpin mereka, bukannya menjadi hakim dengan mengutuk dan mencaci mereka sebagai pemalas dan sebagainya, "kata Zain
"Hidup di kampung ini tiada pendedahan kepada dunia luar, kebanyakan mereka merasa cukup dengan apa yang ada."
Maryam teringatkan kawan-kawan nya di kelas jahitan dan masakan,
Ya kebanyakan tiada televisyen, tidak rajin membaca surat khabar kalau adapun radio hanya untuk mendengar lagu-lagu kegemaran. Mereka semua tidak pernah merantau jauh, kalau ada pun sekitar negeri Kedah dan Perlis sahaja yang jauh lebih mundur berbanding Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Keesokan paginya Maryam berkongsi ideanya dengan Cikgu Noraini,
" Bagus idea tu Maryam, tapi masalahnya bukan senang hendak mendapatkan pengangkutan yang hendak membawa mereka ke Alor Setar, awak sendiri pun tahu bas awam hanya masuk tiga kali ke kampung kita, waktu pagi tengahari dan petang," kata Cikgu Noraini
"Tak ada carakah cikgu",
"Mungkin Maryam boleh berhubung dengan tuan punya perusahaan kalau-kalau dia boleh menyediakan asrama atau kenderaan bagi tujuan pengangkutan," kata Cikgu Noraini tidak mahu melemahkan semangat Maryam.
YOU ARE READING
MEI LIN
RandomKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...