Di rumah Ahli Parlimen Daerah Kuala Kedah, Dato' Yahya Yunus, ketua kampung dari kampung yang terlibat, penghulu dan ketua balai berkumpul.
" Macam mana ni Dato' kecoh kampung kami dengan apa yang berlaku di Kuala Lumpur."
" Aku sempat berbincang dengan Tunku sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur semalam, kamu orang hendaklah berhati-hati, kalau ada yang cuba mengapi-apikan isu ini laporkan segera kepada polis. OCPD Liew akan meletakkan polis di sekitar daerah Kuala Kedah ini sebagai langkah berjaga-jaga."
"Aku boleh katakan ada api dalam sekam, musuh dalam selimut yang perlahan-lahan membubuh racun dalam pemikiran masyarakat kita, hendak mengapi-apikan orang-orang Melayu dan orang-orang Cina demi kepentingan mereka. Polis masih menyiasat lagi kes ini, harap kamu semua dapat mengawal keadaan di kawasan masing-masing. Selepas taklimat dari OCPD Liew semua boleh pulang ke kampung masing-masing."
Selepas taklimat, Dato' Yahya dan OCPD Liew masih berbincang diruang tamu rumahnya, semua ketua kampung telah pulang ke kampung masing-masing. Hanya tinggal Aziz yang sedang menghisap rokok daun di luar rumah sebelum dia pun masuk berbincang dengan mereka.
"Sarjan berapa orang pemuda dari daerah kita yang terlibat dengan kejadian di Kampung Baru."
" 5 orang pemuda Cina, 2 orang dari Kampung Kuala Ulu yang lain dari Kampung Sematang, Kampung Seberang Kota dan kampung kamu Aziz," kata OCPD Liew.
"Ah Boon tu budak baik Sarjan, aku hairan macam mana dia boleh terlibat," kata ketua kampung.
"Yang lain pun budak-budak baik lahir di Tanah Melayu takkan mereka hendak membuat onar. Ada ura-ura mereka direkrut oleh PKM."
"Sarjan, ketua balai Alor Setar ingin berjumpa segera," kata seorang polis mata-mata kepada OCPD Liew.
"Saya minta diri dulu, jika ada perkembangan terbaru saya akan maklumkan segera," selesai bercakap OCPD Liew mengikut anak buahnya pergi dengan menaiki jip polis.
"Payah Aziz, keadaan di Kuala Lumpur sangat parah, mayat-mayat bergelimpangan, orang-orang Cina dan Melayu saling berbunuhan, habis harta benda, rumah, bangunan dirosakkan dan dibakar, katanya parti gerakan yang menang besar di Bukit Bintang berarak sampai ke Kampung Baru dan membuat provokasi kepada orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu yang berkumpul di rumah Dato' Harun Ketua Menteri Selangor dengan senjata tidak dapat menahan diri dan menyerang balik apabila tersebar berita ada orang Melayu yang dibunuh di Setapak."
Sambil menghisap rokok daun, Aziz menghembus perlahan-lahan."Aku percaya ada pakatan ingin menjatuhkan Tunku, ramai tidak berpuas hati kerna kita menang tipis di pilihan raya lalu. Tapi aku tak faham Dato' dimana peranan PKM disini?"
Yang memulakan perkelahian dengan orang-orang Melayu di Kuala Lumpur ialah ahli-ahli PKM dan kongsi gelap Cina. OCPD Liew ada memberitahu aku, orang yang menyebarkan khabar angin tentang orang Melayu dibunuh di Setapak sehingga tercetus tindak balas dari orang-orang Melayu itu sudah ditangkap polis, dia mengaku dia orang PKM.
Gerila komunis sudah lama tidak berpuas hati dengan Tunku sejak dari pertemuan Chin Peng dan Tunku di Baling lagi, Tunku tidak memberi kebenaran PKM di ikhtiraf sebagai parti politik yang bebas dan sah.
"Tapi hal itu sudah lama berlaku sebelum merdeka lagi dan pengaruh komunis sudah sangat lemah ketika itu," kata ketua kampung.
"Dendam kesumat orang, mana kita tahu, cita-cita mereka hendak menjadikan tanah air kita sebagai republik komunis tidak pernah padam. Kerana kuasa nyawa tiada harganya, kita tunggu sahaja laporan OCPD Liew nanti,"kata Dato'Yahya.
Isteri Dato' Yahya datang membawa sedulang kopi dan cucur pisang.
Datin Ani memang peramah dan merendah diri orangnya, air kopi yang pekat dan panas itu dituang ke dalam cawan berbunga kecil.
YOU ARE READING
MEI LIN
AcakKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...