4 tahun telah berlalu semenjak Maryam memulakan kembali tugasnya sebagai guru di Sekolah Persendirian Hong Luan. Beliau kini guru panitia matematik dan persatuan seni dan kebudayaan sekolah. Sekolah Persendirian Hong Luan antara sekolah swasta terkenal dan sudah terdapat beberapa cawangan di Malaysia, silibus yang diperkenalkan menerapkan budayakan keunikan masyarakat majmuk di Malaysia. Mata pelajaran seni dan kebudayaan adalah wajib bagi setiap pelajar. Silibus Sekolah Persendirian Hong Luan dikaji oleh beberapa universiti tempatan untuk digunakan pakai bagi memperkasa pendidikan kebangsaan.
Mereka berpindah ke Alor Setar apabila Zain menerima tawaran untuk menjadi pegawai kanan Menteri Besar.
Projek padi dengan kerjasama dengan sebuah universiti di Jepun tersebut mendapat liputan besar dari negara matahari terbit itu. Blue print projek tersebut yang digunakan di negeri Kedah bakal diaplikasikan di seluruh negara bagi meningkatkan pengeluaran padi supaya dapat menampung permintaan makanan ruji tempatan dan dapat di eksport keluar negara.
Ini kerana beras yang dihasilkan amat bermutu tinggi. Peningkatan pelancong yang datang dari luar negara juga menyebabkan kementerian pelancongan mengambil initiatif untuk mewujudkan perlancongan pertanian di negeri Kedah, beberapa tempat terutamanya di sekitar kawasan Gunung Keriang dan Gunung Jerai akan dibangunkan dengan konsep homestay untuk pelancong.
Hari ini Zain, Menteri Besar Kedah dan Encik Musa pegawai dari MADA mengiringi duta Jepun ke Malaysia Tuan Miyazaki melawat kawasan sawah padi di sekitar Yan dan menerangkan sedikit sebanyak sejarah penanaman padi negeri Kedah dan projek terusan Wan Mat Saman yang banyak berjasa dalam memperkasakan lagi industri padi pada masa kini.
" Terusan Wan Mat Saman dibina pada tahun 1885 adalah inisiatif daripada Menteri Besar ketika itu iaitu Wan Mat Saman setelah mendapat keluhan dari pesawah berkaitan masalah pengaliran air dari satu petak ke satu petak yang mengambil masa yang panjang.
Terusan digali secara manual oleh penduduk kampung sepanjang 35 kilometer dan mengambil masa 10 tahun untuk siap sepenuhnya.
Disebabkan adanya terusan ini, air dapat dialirkan secara sistematik dan padi dapat ditanam walaupun diluar musim,"
Mereka berjalan di sepanjang terusan menuju ke pintu kawalan air berdekatan dengan kawasan sawah padi tersebut.
" Kalau tuan lihat dikiri-kanan terusan wujud penempatan pesawah-pesawah, terusan ini bukan sahaja menyalurkan air ke kawasan padi secara sistematik tetapi juga menjadi jalan perhubungan penduduk kampung," sambung Encik Musa Lagi.
Sampai di pintu kawalan air mereka disambut oleh Encik Abu, penjaga dari Jabatan Saliran dan Aliran disitu dan diberi penerangan tentang struktur-struktur kawalan air di situ.
Tuan Miyazaki memuji initiatif tersebut dan menyatakan betapa sawah padi yang terbentang luas ini sangat menyerupai kampung halamannya di Fukuoka, Jepun.
Menteri Besar Kedah memuji Zain,
" Zain inilah banyak berjasa membantu bagi menaik tarafkan sistem pengairan sedia ada dan bekerjasama dengan pegawai pelbagai agensi untuk mendapatkan hasil padi yang bermutu," kata Menteri besar.
" Peranan saya kecil sahaja, berbanding pegawai-pegawai yang ada, tetapi itulah walaupun mutu penghasilan padi sudah dapat ditingkatkan, tetapi kami masih berhadapan dengan cabaran makhluk perosak," kata Zain.
Tuan Miyazaki seperti teringatkan sesuatu,
" Di Jepun, ada suatu teknik dipanggil "Aigamo" yang dicipta oleh Takao Furuno seorang pesawah di Fukuoka dimana itik-itik dilepaskan kesawah padi seminggu dua sebelum biji benih disemai, cara itu sangat organik kerana itik-itik akan memakan serangga dan rumpai jadi racun serangga tidak diperlukan dan jimat pula kerana itik-itik itu dapat dijual, mungkin suatu hari nanti saya dapat kenalkan beliau kepada tuan-tuan," kata Tuan Miyazaki.
Tuan Miyazaki, Menteri Besar Kedah dan pegawai-pegawai lain kemudian di rai oleh penduduk kampung berdekatan dengan diadakan jamuan makanan kampung. Ada pelbagai lauk pauk kampung yang terdiri dari ikan-ikan sungai serta sayur dan ulam-ulaman kampung dihidangkan.
Kemudian pula diadakan pertunjukkan pencak silat oleh anak-anak muda kampung, ini merupakan budaya orang-orang kampung disini bagi meraikan orang luar ke sini.
Lawatan itu berakhir kira-kira pukul 3 petang setelah Tuan Miyazaki bertolak kembali ke Kuala Lumpur.
Sementara itu di Sekolah Persendirian Hong Luan, Maryam bersama ahli-ahli persatuan seni dan budaya sibuk dengan persiapan bilik tayangan ini mereka ingin menyaksikan tayangan acara Anugerah Musik Asia di Royal Albert. Terdapat pelbagai negara Asia yang memasuki pertandingan ketika itu dan Malaysia diwakili oleh Sudirman Haji Arshad.
Mereka memberi tumpuan semasa Sudirman menyanyikan lagu Send in The Clown and Smile dengan gaya Charlie Chaplin dan pada akhirnya menyanyikan lagu One Thousand Million Smile.
Sewaktu diumumkan sebagai pemenang para guru dan pelajar bersorak gembira. Sudirman merupakan peserta bukan pilihan jika dibandingkan dengan peserta lain yang lebih dikenali.
" Jika kamu ingin memilih bidang seni, jadilah seperti Sudirman yang berpelajaran tinggi tetapi mampu menjadi penghibur terbaik, dapat juga mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia," kata Maryam bangga kepada anak muridnya.
Dia tiba-tiba teringatkan kata-kata Cikgu Badrul semasa mesyuarat bersama guru-guru.
" Saya tidak bersetuju pengetua, kenapa sekolah perlu mengeluarkan lebih peruntukkan kewangan untuk aktiviti seni dan budaya. Kenapa hendak menggalakkan pelajar lalai dengan aktiviti kesenian, sedangkan pelajaran teras seperti Matematik dan Sains, lebih kritikal dan diperlukan untuk membangun negara," kata Cikgu Badrul. Guru lelaki itu sudah tiga tahun berada di Hong Luan, merupakan guru yang berdedikasi dan sangat vokal.
" Cikgu tahu apa yang membezakan Hong Luan dan sekolah di luar sana,
sekolah kita membudayakan seni warisan semua bangsa di Malaysia sebagai satu cara merapatkan jurang atau sikap berkelompok bangsa. Seni warisan sebagai cara pelajar-pelajar kita mengenali sahabat-sahabat mereka dari kalangan berlainan budaya, agama dan cara hidup supaya mereka lebih peka kepada sensitiviti setiap bangsa. Mana tahu dengan cara kita meraikan seni suatu hari nanti ada dari kalangan pelajar-pelajar kita berminat menceburi bidang seni dan berjaya.Mungkin Cikgu Badrul mengambil rujukan cabang seni di Malaysia, tetapi di Hollywood, para pelakon dan penyanyi mampu berjaya dan kaya raya sebagai pelakon penyanyi atau pengarah filem," kata Robert.
Robert mengambil alih jawatan pengetua dari Miss Habibah setelah pulang dari Liverpool dan meneruskan legasi kecermerlangan ayahnya Hong Guan.
Miss Habibah dan beberapa guru-guru senior yang membangunkan Hong Luan ke tahap ini sekarang kebanyakkannya sudah yang lain mencapai umur persaraan dan harus diganti dengan guru-guru berpengalaman dari luar.
Cabaran yang mereka hadapi kebanyakannya datang daripada guru-guru berpengalaman dari sekolah luar, walaupun masing-masing mempunyai pencapaian yang hebat, namun untuk mereka menerima dan beradaptasi dengan prinsip Hong Luan amatlah payah. Mereka diserap masuk ke Hong Luan untuk menaik tarafkan mutu pendidikan di sekolah ini, Robert, Meena dan Maryam selalu merendah diri dan berusaha tanpa berputus asa untuk mengubah corak pemikiran mereka.
.....................................................####..................................................................................
Mac 1989 -Sudirman Haji Arshad memenangi penghibur terbaik didalam Pertandingan Anugerah Musik Asia 1989 di Royal Albert dan merupakan satu-satunya penyanyi Malaysia yang pernah memenangi pertandingan tersebut.
![](https://img.wattpad.com/cover/190485661-288-k12357.jpg)
YOU ARE READING
MEI LIN
RandomKisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang...