Tahun 1997 : Mei Lin 47 Tahun.

78 2 0
                                        

Bulan Ogos 1997, Malaysia menerima tempias krisis kewangan Asia tenggara yang bermula dari Thailand walaupun Dr Mahathir berjaya menambat matawang ringgit dengan dolar namun kadar inflasi yang tinggi menyebabkan ekonomi menjadi lembab dan membuatkan ramai pihak menjadi panik, pemberian dana untuk projek-projek pertanian mereka oleh beberapa pelabur ditarik balik . Zain turun ke Kuala Lumpur bertemu beberapa pelabur tersebut dan pelabur baru. Dia juga bertemu dengan Mahmud sahabatnya yang sudah lama tidak ditemui.

Dia yang bertemu Mahmud di Dewan Bahasa dan Pustaka menuju ke restoran makanan kegemaran mereka di Kampung Baru. Mereka melalui Jalan Hang Tuah terlihat permandangan menara berkembar Petronas yang berdiri megah.

" Kau tahu Mahmud, ada seorang pemuda kampung aku yang mengikuti program dasar pandang ke timur di Jepun bekerja dengan konsortium Jepun iaitu Hazama Corp. yang terlibat membina menara salah satu menara ini," kata Zain bangga, dia masih ingat bagaimana dia membantu keluarga Amirul melakukan persiapan ketika ingin menyambung belajar di Jepun dahulu.

Zain memandu dengan berhati-hati disebabkan pandangan nya yang terhad disebabkan jerebu akibat pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera.

" Teruk juga jerebu di Kuala Lumpur ini," kata Zain.

"Aku balik Muar minggu lepas ke kampung isteri aku, disana lebih teruk dari ini, harap-harap musim monsun selepas hujan turun dapatlah udara pulih seperti biasa, kesian anak aku yang ada asma," kata Mahmud.

Mereka duduk di bilik berhawa dingin di restoran tersebut.

"Oh ya, aku belum tanya tentang kedatanganmu ke Kuala Lumpur ini," tanya Mahmud.

Zain bercerita tentang pelabur yang menarik diri, berita-berita dari Thailand yang menerima impak ekonomi yang teruk akibat nilai matawang Bath yang turun.

"Seluruh Asia Tenggara diserang penyangak ekonomi tersebut. Kawan- kawan aku yang anak -anak mereka baru habis belajar masih mengganggur kerana kelembapan ekonomi dan penarikan pelaburan asing," keluh Mahmud sambil melihat ke televisyen yang kebetulan menunjuk dokumentari di siaran Astro. Siaran sekarang lebih banyak pilihan sejak tahun lepas Astro televisyen satelit pertama Malaysia Measat 1 dilancarkan di Perancis.

" Apa khabar Amran dan Basheer, jarang sekali aku balik ke Kedah selepas orang tua aku meninggal," kata Mahmud.

" Restoran Amran sudah dua tingkat seperti restoran ini ada tempat duduk berhawa dingin, dia sedang berencana membuka satu lagi restoran di pekan Changlun untuk pelajar - pelajar Universiti Utara Malaysia, Basheer pula masih bahagia bersama Julie mereka menetap di Melaka sekarang," kata Zain, dia dan Mahmud ketawa bila kedua-kedua teringat memori semasa mereka belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid dahulu, mereka berlima selalu melepak di rumah Hong Guan dan Julie pula akan mencuri - curi pandang Basheer dari belakang dinding ruang tamu. Ketika itu semua boleh mengagak Julie sukakan Basheer kerana antara mereka Basheer yang paling kacak. Hong Guan pula suka mengusik adiknya itu.

" Tak sangka kan akhirnya mereka berkahwin," kata Mahmud.

"Sudah jodoh," kata Zain dia senang berjumpa sahabat-sahabat baiknya dan perhubungan itu berlangsung sehingga kini.

Sementara itu di Sekolah Persendirian Hong Luan, mereka menerima tetamu istimewa seorang sejarawan berbangsa cina, Prof Lee datang melawat sekolah dia memuji silibus sekolah ini sebagai antara terbaik.

" Saya bukan lah menolak dasar pendidikan mengikut bangsa, setiap bangsa wujud dengan keunikan budaya nenek moyang mereka sendiri namun untuk hidup sebagai negarabangsa kita perlu menghormati keunikan budaya bangsa masing -masing, dimana pada pendapat saya sekolah ini berjaya menerapkan nilai itu. Mungkin apa yang boleh ditambah oleh sekolah ini ialah sejarah awal setiap bangsa, iaitu asal -usul dan budaya adat tempat asal usul, itu pada saya amat penting supaya ada sikap sedar diri dan bersyukur barulah saling membantu dan bekerjasama," katanya lagi.

MEI LINTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang