Tahun 1972: Mei Lin 21 tahun (part 2)

238 15 5
                                        

Hari ini merupakan hari pertama Mei Lin melapor diri di Sekolah Menengah Persendirian Hong Luan.

Di dewan perhimpunan yang serba gah, nyanyian lagu Negaraku berkumandang di iringi petikan piano dari seorang guru wanita, bendera Malaysia dinaikkan perlahan-lahan oleh ketua pelajar. Mata Mei Lin tertumpu di bahagian belakang dinding dewan, terdapat poster pengasas Sekolah Menengah Persendirian Hong Luan dan bersebelahannya terdapat turutan nama ketua pelajar sejak dari 1951.

Headmaster Lim memberi ucapan didalam bahasa Inggeris dan kemudian memperkenalkan Mei Lin kepada guru-guru serta pelajar.

Selesai perhimpunan Mei Lin mengikut Hong Guan ke bilik Headmaster. 

"Meena kamu pun ikut," kata Hong Guan.

"Yes Headmaster" tergopoh gapah seorang gadis muda berbangsa India bertocang dua mengikut Hong Guan.

Di bilik Headmaster, Mei Lin dan Meena mendengar Hong Guan menceritakan sejarah penubuhan dan misi sekolah.

Pengasasnya Prof Lim Hong Luan merupakan sahabat karib Tunku Abdul Rahman Al-Haj  di Kolej Sultan Abdul Halim dan ketika menyambung pelajaran di London pada tahun 1927 mereka berkongsi misi untuk membina Malaysia sebagai negara muhibah dan maju.

Sementara Tunku aktif didalam politik, Prof Lim Hong Luan menumpukan tenaganya di bidang pendidikan. Baginya, negara yang maju hanya mampu dibina apabila taraf hidup dan ekonomi semua bangsa ditingkatkan. Semua itu mampu dilaksanakan apabila semua bangsa mendapat pendidikan yang sempurna dan bagi merealisasikan hasrat itu maka sekolah ini ditubuhkan.

Ketika itu hanya ada Kolej Sultan Abdul Hamid, sekolah aliran Inggeris di Alor Setar dan pelajar-pelajarnya terdiri daripada golongan kaya dan bangsawan. Prof Lim Hong Luan dan beberapa sahabat, menubuhkan sekolah ini bagi menyediakan pendidikan aliran Inggeris dan terbuka kepada semua golongan tanpa mengira bangsa dan taraf hidup dengan motto "Education For Everyone."

Semasa sekolah sistem vernakular tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, Sekolah Menengah Persendirian Hong Luan pula bergerak dengan cara berbeza. Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama para pelajar wajib mengambil mata pelajaran bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan dan satu bahasa pilihan sama ada bahasa Cina, Tamil atau Arab. Sekolah Persendirian Hong Luan mengimpikan satu sistem pendidikkan yang dapat menyatu padukan seluruh kaum di Malaysia.

Jadi kamu faham betapa pentingnya peranan guru-guru di sini, kita bukan hanya perlu memastikan pelajar-pelajar kita mendapat keputusan cemerlang malah tugas guru juga untuk menanamkan semangat nasionalisme dan cintakan negara Malaysia.

"Kenalkan ini Cikgu Meena guru matapelajaran ilmu alam, Cikgu Meena akan membawa Cikgu Maryam berkenalan dengan guru-guru lain dan juga melawat kawasan sekolah." kata Hong Guan.

"Baik Headmaster," jawab Meena.

Meena membawa Mei Lin ke bilik guru.

Sir Thiru guru bahasa Inggeris
Miss Fong guru muzik yang bermain piano semasa perhimpunan pagi tadi
Ustaz Zakariah guru Pendidikan Islam
Miss Habibah guru Bahasa Melayu
Miss Jun guru Bahasa Cina
Miss Lily guru Pendidikan Jasmani
Miss Soong guru Sains
dan beberapa guru lagi.

dan dia membawa Mei Lin melawat kawasan sekolah. Meena sangat peramah dan ceria dia bersungguh-sungguh menceritakan tentang sekolah ini.

Tiba waktu rehat Meena mengajak Mei Lin dan Miss Fong makan tengahari di gerai menjual mee goreng dan cendol yang berada bertentangan dengan sekolah.

"Ini gerai Appa aku Uncle Muthu, Appa ini Maryam guru baru," Meena memperkenalkan Mei Lin. kepada ayahnya.

"Hello Uncle," sapa Mei Lin.

MEI LINCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang